Assalamualaikum..
Semalam Shariffah hantar gambar butterfly dekat dalam
group WhatsApp Tanah Aina. Hazel Mak si Bryton hantar dari Kalumpang Resort,
Berang. Sapa pernah pergi angkat tangan! Rindunya dekat Tanah Aina. Seriously…
Rindu nak dengar bunyi air sungai yang bersih dan sejuk, Ikan Kelah and nak
buat aktiviti macam trekking and morning walk. Pulak tu semalam dalam Nona ada
kisah pasal team dorang masuk hutan dekat Taman Negara, naik bot lepas tu makan
Ikan Patin Masak Tempoyak dekat tepi sungai and melawat kampung orang asli
terus Sazli cakap rindu dekat sungai and hutan. I rasa I memang orang yang suka
nature la. I love jungle. (Poyo je tetiba
nak I love jungle, padahal masuk hutan pon nak yang 5 star je macam pwincess hahahahaha).
Eh tapi betul laaaa. I suka jungle. Dulu masa sekolah I pengakap ok? Selalu
la ikut camping sekolah and take part bahagian kebudayaan. Pastu kalau masuk
yang pertandingan Buku Log nak menang je. Kalau kalah macam biasa la, nanges. Naseb
la dedua kali masuk, dedua kali menang tapi dia punya drama sebelum announce
winner you don’t want to know. Hahaha. I sukaaaa camping so much. Best! Tapi
now bila dah dewasa, camping yang tido dalam khemah takde tilam I tak berapa
suka. I suka chalet yang ada langsir and heater lepas tu nak mandi toilet dia
mesti best ada shower jenis hujan and makan kena sedap. Makan tu pulak yang
tinggal makan je, taknak masak. Tapi kalau masak guna periuk yang api buat
sendiri pon best jugak asalkan jangan ada pacat lepas tu tak payah basuh
pinggan. Banyak nau ko punya syarat eh? I love jungle la sangat. Hahaha.
Anyway, entry ni I nak share pasal activity Fyling Fox yang kitorang buat dekat
Tanah Aina masa morning second day dekat sana after Morning Walk.
Ni
je yang berani buat Flying Fox. Yang berani tu either kena paksa macam ni, ‘Takper taknak buat, pakai je dulu equipment.
Lepas tu kalau taknak takpe’. Dari kiri : Sazli, Shein, Haiya, Mr Mohammad
dukong si Haiya, Reham dekat belakang yang pakai harness sesiap lepas tu half
way dah lucut sebab taknak buat. Hahaha. Mr David why are you so happy? Rayyan
and Adrial, Siti Nurhaliza and Kyra McAfee. Belakang tu Abang dia Muhammad
Cornelius McAfee. (Baru tau nama betul sebab dah friend dalam FB)
Untuk buat Flying Fox ni kalau korang nak buat
harga dia ialah RM30/person and untuk subsequent rounds is RM15.00. Minimum 10
orang. Haritu kitorang ada 10 orang cukup-cukup. Semua buat 2 kali except Sazli,
Adrial dengan Reham. Bagi I, Flying Fox ni kalau korang dah boleh buat jump
15ft dekat leap of Faith, yang ni confirm korang boleh buat. Takde masalah. Ada
la gayat tapi sebab tau selamat pakai harness semua so OK je la. Tak jatuh
InsyaAllah. I memang la ada jerit, takyah nak komplen. Tapi tu sebab I nak
release tension, bukan takot eh sorryyyy. Cecece. Adrial yang 5 years old is
the Youngers. Budak kecik also boleh buat tapi kena paham instruction/direction
la. Tangan kena pegang dekat tali kiri kanan tu. Sian sangat Shein, was waiting
his turn tapi tak dapat buat pon. I risau takot if tiba-tiba dia off-balance
sebab tak pegang tali lepas tu how if anything happen. Biarlah dia nanges, dari
kita yang nanges but dah promise once dia paham bahasa, kitorang nak datang
lagi sekali untuk Shein cuba all activities include jump 15ft dekat
Leap of Faith tu.
Shein
actually ada temperature masa ni sebab malam tu kena sengat dengan flower bee
dekat tapak kaki masa tengah seronok main. Ubat semua memang bawak bekal dari
dia punya ubat demam, ubat allergic, puff semua dah ready.
Lepas kena sengat malam tu, nanges la si Shein.
Lepas tu Mr David tuam dengan ais. Ada la sore sikit dekat tapak kaki dia and
dia tido lepas tu. Asyik pegang kaki and cakap, ‘Akit… akit’ Awwww poor baby. Bangun pagi check temp dah over 38.
Time tu Sazli pergi Morning Walk. I dengan Shein morning walk atas katil. I
nampak dia macam uncomfortable and lepas muntah baru la dia ok a bit. After
breakfast, I consult dengan Dr Adrian and dia cakap bagi Aerius (Ubat selsema
and allergic) and PCM if ada temperature. Lepas makan ubat yayyyyy Shein ‘hidup’
balik! Sazli la nampak down. Dia cakap dia nak tengok Shein happy. Now moyok
je. Kesian pulak. Tapi nak makan senang la sebab Mr David ada suruh dia makan.
Selesai 1 bowl bubur. Tak sure makan sebab nak makan or takot. Hahahahaha. Penting
untuk korang bawak ubat-ubatan dekat sini sebab kalau apapa susah nak keluar balik
ke luar. Standby ubat for the kids and adult as well ok? Macam I haritu lupa
pulak nak bawak minyak afiat or minyak gamat. Patut kena bawak sekali incase
kena gigit serangga or minor injury kan?
Laaaaju
lajuuuu buaiku lajuuuu. Aku nak kawen dengan anak rajaaaaa. Yang sebelah Sazli
tu is Yna, helper Ms Siti (Mummy Adrial). Yna orang Philippine. I suka Yna ni.
Baik sangat and boleh harap jaga budak. Time dia ada dekat dorm, I rehat la
sikit. Kalau tak nak kena perati je bebudak ni main. Selamba terjun dari katil
double-decker tu kebawah macam Superman.
Kena la panjat bukit sikit untuk pergi ke starting
point Flying Fox. Route yang sama untuk Morning Walk and Night Walk. Lebih
kurang ¼ punya perjalanan. Kena climb a bit. Not too bad. Takde la penat
sangat. I ikut short cut, malas ikut jalan sebab jauh. Basah la sikit seluar
kena air embun.
Kena la panjat bukit sikit untuk pergi ke starting
point Flying Fox. Route yang sama untuk Morning Walk and Night Walk. Lebih
kurang ¼ punya perjalanan. Kena climb a bit. Not too bad. Takde la penat
sangat. I ikut short cut, malas ikut jalan sebab jauh. Basah la sikit seluar
kena air embun.
Happy
sangat Shein.
‘BB bird bird!’ Dekat sini memang Shein
busy with birds and fish! Oh, anak I romantic ok? Kalau conversation, dia
panggil I either Ayang aor Bb (Baby). Kalau tunjuk gambar I dia sebut ‘Mama’.
Ayang tu dia sebenarnya. Kitorang kalau dia masuk umah ke, atau baru jumpa
nanti panggil, ‘Ayaaaaaaang’, dah lepas tu dia ‘Ayang’ kan I jugak. Hahah ngek
Shein.
Cecece.
Tengok Selma punya gaya kemain jalan mengepak. Tapi takot nak try Flying Fox
ni. Ketua dia Shein la. Dia taktau tu dia tak dapat buat flying fox. Sian.
Ok,
get ready. I orang yang ke-5 kot? Senang je nak buat flying Fox ni. Lepas
pasang equipment, kita kena pijak atas platform, lay down a bit lepas tu pegang
the rope both side. Nanti dorang tolak la. Laaaaaaju sangat, but dekat belah
sana ada orang jaga and break kan kita. Less than a minute.
Sazli
punya turn. Memula dia taknak buat, tapi kena paksa. Muka separuh rela je.
Hahahaha. Sazli dia ada vertigo so usually orang vertigo memang ada masalah
balancing. Tu yang dia gayat. Yerlaaaaaa tu. Hahaha. But you did it Papa! Takde
la kena bahan sebab dah buat Flying Fox ni.
Alalala.
Sian anak Mama. Tengok mata dia tu. Penuh dengan harapan kan? I tak boleh la
tengok muka Shein macam ni. Ni kalau dia buat muka macam ni, mintak apa pon
confirm dapat. Haha.
Semua
dah ok ni Mama. I’m ready, When is my turn?
Rayyan
memang takde masalah untuk buat Flying Fox ni. One brave boy.
Kyra
pon memula macam takot nak buat. Lepas kena pujuk, dia ok.
Mr
Mohammad pulak macam takde perasan. Langsung tak berbunyik. Dia cakap masa
pujuk Reham je untuk try. ‘Yallah Reham… It’s nothing… You need to try’.
Reham paling last yang try. Lepas tu ramai yang
buat second round. Reham la paling kelakar. Dah ready nak start pon banyak
complain. Tangan basah la apa la. Naik turun platform berapa kali tidak jugak
start. Geram nak tolak je. Tapi akhirnya dia buat jugak. Good job Reham! You
did it! I sangat rekemen korang untuk buat Flying Fox ni. Sangat-sangat Fun!
Kalau ada Go-pro letak atas kepala kan best? Boleh rakam. Dekat bawah sana tu
nampak pokok-pokok, lepas tu angin sejuk sangat la fresh rasa. Rugi la pada
yang tak cuba. Dekat belah sana, ada Shariffah and Ms Siti standby bagi
sokongan and ambik video and gambar as well. At least ada sumbangan jugak.
Hahahahaha.
Sazli
memula nak buat lagi sekali, tapi dia cakap dia nak ambik Shein bawak turun ke
bawah. Padahal I yang bawak turun Shein. Acane? Haha.
Mr
Mohammad finally smiling! Tadi muka serious je.
Woi,
tu peha ke balak?
Is
that you Mr David?
Rayyan
Reham.
Congratulation. You did it! Hahaha.
Best sangat buat Flying Fox ni. This is my first
experience and takde masalah untuk cuba lagi. Buggy Jumping kalau ada pon I nak
cuba. Tapi macam nak pengsan sebenarnya rasa if buat jump ni. Rasa macam naik
Roller Coaster and Solero Shot yang dekat Genting Highland tu. Badan rasa macam
tertinggal dekat atas and jantung rasa macam nak tercabut tapi bila dah buat,
rasa puas. Seriously. I bila buat menda-menda macam ni mula la teringat, macam
ni la agaknya perasaan orang dalam airplane crash tu kan? Tak boleh nak
imagine. Takot giler! I tengok Shein ni mengikut I punya jejak. Lasak and adventurous.
Now tak boleh la nak agak lagi sebab he still small. Entah dia tau ke tak rasa
gayat tu macam mana. Tapi Si Shein ni, swimming ke apa takde masalah pon. Katak
pon dia berani pegang. Takot tapi nak pegang. Masa dekat kampung, Mak I ambik
katak tu and pegang nak menakotkan Si Shein. Berlari la dia ke dapur nak
dapatkan I. Punya takot sampai dia sendiri hulur tangan nak mintak katak tu. That’s
how dia counter back dia punya fear kot?n Haha.
Lepas semua turun ke base, mengamok la Si Shein
sebab only dia tak buat. Lepas tu I bawak Shein naik balik dekat starting point
Flying Fox tu dengan Mr David. Dah nak kena mendaki balik. Kalau 10 kali naik
bukit ni, bontot I memang kebelakang la tonggek. Haha. Panjat je la balik bukit
sebab nak bagi Shein puas hati, Bila dia tengok dah takde orang baru la dia ok.
Lepas duduk dua minute, dia ok balik and kitorang turun bawah. Sian sangat
dekat Shein. Haih. I tak boleh la ingat muka dia time tu. Rasa belas sangat.
Mama promise, nanti kita datang sini balik and Shein boleh buat berapa round
yang Shein nak. Ok? Lepas buat Flying Fox, kitorang mandi with the Kelah.
Tunggu masa nak lunch and petang tu ada yang buat Trekking to the Leap of Faith
for the second time. Kali ni baru Sazli buat the jump. I nak je pergi, tapi
kesian dekat Shein pulak takde Mama and Abah. Sebab semalam I dah buat the jump
so takde la ralat sangat harini tak join the trekking.
Air sangat jernih and sejuk. Mandi dengan Kelah. Esoknya lepas hujan air dah keruh. Lucky kitorang dapat mandi time air jernih.
Dalam air kena pakai selipar so that kaki tak luka terpijak batu. Tengok Shein mandi dengan Ikan Kelah. Selamba je dia. Happy ye ko eh Shein? Sekejap je nak get over frust tak dapat Flying Fox
Boleh buat 'Fish Spa' dekat sini. The Fish wont bite. Tapi I tetap rasa macam geli bontot. Takot kena gigit dengan ikan.
Oh, dekat sini ada provide all the shampoo, conditioner dengan shower gel. Organic. So kalau guna sabun pon, ikan ni dia tak pedih la mata dia kena sabun. Selamat.
5 minutes je I tahan duduk dalam air sebab sejuk nak mampos!
So sexy Mr Mohammad. Haha.
For more info, click sini. Ada macam-macam lagi activity
lain selain dari Flying Fox dekat Tanah Aina. Good Luck! (Tetiba good luck)
Hahaha. Hoi! Panjangnya entry ni. Sedap la eh korang membaca. Sapa scroll-scroll tapi tak baca semua siap korang. Dowan fwen!
-eNd-
No comments:
Post a Comment