Wednesday, September 14, 2016

Original Husna Nasi Berlauk dari Air Dingin, Tumpat Kelantan di Kuala Lumpur

Assalamualaikum..

I sukaaaaaaaa giler makan Nasi Berlauk yang biasa orang Kelantan masak tu. Pernah makan tak? Simple je Nasi Berlauk ni. Ada nasik putih, gulai ikan tongkol dengan sambal sikit. Sambal yang lada besar + cuka tu. Tau ke tak? Taktau sudah. Hahahaha. So set Nasi Berlauk memang macam tu je. Simple tapi sedap. Dia lebih kurang macam Nasi Dagang tapi nasik dagang usually ada jelatah and guna beras yang sticky tu. Yang tu I kurang. I memang apa-apa makanan ada jelatah I tak suka walaupon option boleh ambik atau tak, tetap tak suka. Haha mengada giler. Lagipon pulut-pulut ni I kureng. I lebih suka nasik putih. Kalau pergi kenduri pon jarang I makan nasik minyak. Nasik tu pulak dapat yang peroi-peroi lepas tu makan dengan kicap manis. Perrrrrrghhhhh!! Orang Kelantan jenis sarap pon makan nasik. Memang heavy macam tu eh? Tapi I tengok orang Kelantan tak pulak gemok. Padahal pagi-pagi dah bantai nasik. Mana la keadilan dalam dunia ni. Kita ni punya bercatu makan nasi seminggu sekali, dia selamba makan nasik pagi petang siang malam tadi kurus and comel-comel jugak. Contoh terdekat, Si Dyba ni. Bila nak gemok entah. Badan macam tu jugak. Cuba I makan ikut style dia, memang apam mekar terus. 


Nasi Berlauk - Nasi Air Dingin Husna Kolumpo. Yang ni Nasi Gulai Ikan Tongkol (RM6.00)


Dulu masa I dekat Balai Felda, selalu la kirim dengan Abang Reen Nasi Berlauk ni. Ada jual dekat Pasar Keramat. Sekarang ni dah duduk Menara mana la nak dapat dah makan. Jauhhhh. Tapi haritu masa Fauzuan dok distribute Nasi Berlauk ni dekat office I nampak, menggelupur la mintak. Dia cakap Nasi Berlauk ni original dari Kelantan. Memang dibawak dari Tumpat sana nu terus ke KL. Freshly made everyday. Perrrrrghhhh no wonder la masa makan sedap and terasa original dari Kelantan. Dyba yang typical Kelantan punya tekak pon cakap ‘Ni memang original rasa Kelantan Kaksu’, lantas makan sambil menitiskan air mata kerana terkenang kampung halaman. Hahahahaha.

Nasi Berlauk ni nama glemer dia ialah Nasi Air Dingin Husna Kolumpo. Amboi, upgrade terus nama bila masuk market Key Ell eh? Packaging dia memang kekalkan macam ni untuk mengekalkan ketulenan nasi berlauk ni. Lagipon senang la nak makan. Tak guna banyak space macam guna polistrin. Mana orang Tumpat tau la Nasi Berlauk ni sebab memang popular dekat sana. Dimasak dan dibawa terus dari Kitchen HNB yang terletak di Lot 1009,Kg Air Dingin,16200 Tumpat, Kelantan. Jangan risau bab kebersihan and macam mana cara penyediaan sebab Kitchen HNB ialah restaurant Gred A dan sering dilawati Bahagian Pematuhan Keselamatan Makanan Kementerian Kesihatan dan sebagai jaminan makanan yang anda makan adalah yang Bersih & Terbaik. 


Sedapnyaaaaaa


Nasi Gulai Ayam (RM6.00)     


Bungkusan versi "FOOD PACK KELANTANESE" untuk mudah hidangkan.


Freshly made everyday and diterbangkan terus dari Air Dingin. Tumpat Kelantan ke Kuala Lumpur


Dyba and Neelofa enjoy their Nasi Berlauk. Sorang Mek Kelate, sorang lagi Mek KL.


Tak sangka Siti Nurhaliza pon suka makan Nasi Berlauk OMG

If korang nak pre-order boleh terus whatsApp pada (01112120287) ok? Paling lewat sehari sebelum and kena makesure tempahan sebelum pukul 2.00pm. Dekat KL now banyaaaaak sangat yang claim mereka ialah Husna Nasi Berlauk (HNB), tapi korang kena pastikan ada logo HNB untuk menjamin kualiti dan kesedapan. Yang tu baru betul original. Kalau dekat KL ni, korang boleh dapatkan di Pintu Belakang Keramat Mall (berdekatan Stesyen Minyak PETRON), Jalan Datuk Keramat, 54000, Kuala Lumpur. Dibuka dari Isnin – Jumaat dari pukul 6.30 pagi – 8.30 pagi sahaja. Nanti I provide Map at the end of this entry. Kata la nak datang sendiri boleh waze ‘Nasi Air Dingin Husna Keramat Mall’ terus sampai la kesana. If mana duduk jauh-jauh boleh delivery dekat area Klang Valley tapi kena 5 bungkus ke atas. OK? So tak payah susah-susah nak pergi Keramat Mall. Bagusssss. Takde la yang duduk Ampang, Wangsa Maju semua kempunan nak makan Nasi Berlauk Husna ni. Ye dak? Yang mana duduk Kulai, Batu Pahat, Penang, Melaka dah, duduk diam sana-sana. Hehe.



Pastikan ada Original LOGO HNB untuk menjamin kualiti dan kesedapan dia ok?


Map to gerai Nasi Air Dingin Husna Kolumpo

Menu 

Nasi Gulai Ikan Tongkol (RM6.00)                             
Nasi Gulai Ayam (RM6.00)                                             
Nasi Kerutuk Daging (RM7.00)

Handphone : 01112120287


-eNd-

No comments: