Thursday, September 15, 2016

OH OH TEE DEE

 Assalamualaikum..

Ramai betul yang sambung cuti Raya Haji minggu ni. Dengan cuti sekolah and orang sambung cuti ni, traffic dekat KL smooth je. I dari Ampang nak sampai ke office selamba tak sampai 15 minutes. Bahagiaaaaaaaaaaaaa sangat! Kalau hari-hari macam ni kan bagus? Pagi tadi siap I ikut jalan Tun Razak lepas bayar tol dekat Akleh. Takyah masuk KLCC macam biasa. Jimat RM5.00 woo hoo! Happy sangat dapat jimat bayar parking KLCC yang nak lalu je tu. Haritu ada readers komen, kata dia kalau keluar specific time macam within 15 minutes, tak kena charge kan? Jawapan : Kena. Walaupon lalu 2 minutes tetap kena charge. Taik hidung masin KLCC ni. KLCC buat macam ni sebab kalau tak ramai la yang nak lalu je untuk elak jem dekat specific place. Lepas tu I tengok yang season parking KLCC dekat luar tu habes dia cover semua, probably nak buat renovation so sah-sah la now kalau nak buat season parking, kena queue lama. Takper la, redha je la bayar RM220.00 sebulan at least untuk lalu sahaja. I lebih rela bayar lebih dari mengadap jem. Sebab jem memang boleh buat I stressed. Nanti mula la bawak kereta macam jilake. Sebab tu la I banyak naik divider dalam kehidupan I. Haha. Haritu kata Sazli, I boleh bawak kereta dia pergi kerja sebab dia nak pinjam kereta baru I (yang entah bila nak beli tu). I tanya dia balik, ‘Papa percaya ke Bubu bawak kereta Papa? Nanti kalau Bubu langgar divider macam mana?’ Sazli gelak je. Tu tak caya kat I lagi la. Takperlaaaaaaaaaa, dari I stressed bawak kereta orang, baik la I bawak je Snow White tu. Confident skek nak kona baring ke apa. Kekadang turun laju sangat dari parking bunyik Ssreeeet tersagat bumper. I chill je macam takde apapa berlaku sebab dah biasa. HAHAHAHA.


OOTD dengan Annie semalam. Boleh pulak pakai sama pesen. Baju merah, seluar baggy dengan tudung Mak Datin. Tak janji pon. Dah banyak kali dah jadik macam ni.


I dengan Anny sekarang tengah bekerja keras untuk pastikan ANNESURAYA Skincare boleh launch on 1st October 2016. Pada yang masih tertunggu-tunggu Trial Pack harap bersabar ok? InsyaAllah by next week on Monday kitorang post. I cakap pada Anny buat simple dah la. Ni tetap jugak nak ada specific botol dengan sticker la apa la. Lepas tu siap nak letak kotak cantik-cantik. I cakap takyah beria. Ini semua cost! Dah la dekat 300 tetiba penyertaan. Mati la nak. Minggu depan I pergi kerja pakai sependa je la sebab cost postage je dah RM2,000++ huwaaaaaa. Takper la, demi kesayangan blog readers semua yang selalu support I secara terang atau sembunyi-sembunyi I dengan Anny rela demi untuk bagi korang happy. Nanti doakan kitorang berjaya macam Dato’ Sri Vida sahaja. TAKNAK MACAM ORANG LAIN (Sebab boleh potong stim ok plz). Kira kalau korang doa, cakap macam ni. ‘Ya Allah, Kau murahkan lah rezeki Anny dan Suraya, permudahkan business meraka dan mereka berjaya macam Dato’ Sri Vida’. Macam tu. Ok? Kata Kaklong, kalau mintak dengan Allah mintak specific je. Takyah kias-kias. Kalau nak kaya, cakap je nak kaya. Buat apa nak malu-malu. Macam Kaklong lagi best, kata dia kalau dia doa terus macam ni, ‘Ya Allah bagi la aku kaya, ada rumah banglow’. Hahahaha. Bongok la Kaklong! 


Aik, sama pulak pakai kemeja putih


Kau pakai seluar hitam, aku pun jua


Ha, yang ni je tak sama. Si Anny la beria, ‘Wei Amira Rosli, jom ambik gambar’ Sekali gambar je. Ingat orang betul. Hahaha. Ngek!

So untuk semua, sabar eh? Nanti sampai la Trial Pack ANNESURAYA di tangan nkorang. InsyaAllah nanti kitorang akan buat contest video sebut ‘sayaaaaaaaaaaaaaang awak’. Penyertaan yang paling mencuit hati, kretif dan menarik nanti kita akan bagi hadiah wang tunai yang lomayan. Taknak kira pemenang by like or view sebab macam tak adil. Banyak sangat dah sekarang I tengok taktik kotor dalam IG. Ada jugak Lifestyle Blogger yang beli follower. Lepas tu bila orang nampak banyak follower, orang pon berminat la nak buar review. Mana-mana seller yang baca blog I ni, I suggest if korang nak buat paid review tengok and kaji dulu IG tu dia punya follower. Genuine ke tak. Follower 30k tapi like setiap gambar 40-50 je. Lepas tu pulak follower semua pak arab and mat salih mana-mana entah. Yang tu nampak benar penipunya. So hati-hati ok? Untuk individu yang buat kerja beli follower macam ni untuk dapatkan paid review, tak rasa bersalah ke pada yang engage dengan nkorang and bayar? Sian sangat. Follower 30k, tapi yang genuine sebenarnya tak sampai seribu pon. Jawab la kat akhirat nanti. Bengang pulak aku.


-eNd-

No comments: