Friday, September 30, 2016

Shein dan U L A R



Assalamualaikum..

Shein ni kan, dia memang kemain berani dengan katak, ular and segala mala jenis binatang. Haritu kitorang bawak dia pergi Farm in The City dekat Seri Kembangan. Kat situ kan boleh feed kura-kura, arnab, kambeng segala mala binatang? Kemain dia suka. Kalau pegang kangkung tu sipi je lagi I rasa tangan dia nak kena ngap dengan kura-kura gergasi tu. Seriau I. Dia boleh selamba relax. Kambeng pon dia kasik makan selamba. I tak takot, tapi geli vontot. Rasa macam kambeng tu nak panjat je. Masa duduk dekat kambeng ni, ada la sama bau Shein masa lepas dia berpeluh main. Hahahaha. Sian Shein Mama cakap sama bau dengan kambeng. Time nampak ayam dia cakap kokok. Dia pegang selamba anak ayam. Masa bagi itik makan, ada la drama sikit sebab itik taknak makan dari tangan dia. Macam mana itik nak makan sebab tangan dia banyak rompong-rompong je walaupon debab-debab. Orang suruh rapatkan jari dia renggangkan jugak. Acane makanan tu tak jatuh? Hahahhaha. Ular poooooon dia selamba pegang. Idok ler teman. Itu pon dia selamba letak pipi dia kat badan ular. I tanya pada Mr David, izzit normal for Shein sebab tak takot semua binatang ni? Kata Mr David it’s normal. Nanti masuk 6 7 tahun mesti dia dah takot unless girl la. Biasa girl dari kecik dah drama queen, mmg dah takot binatang. Jom tengok gambar Shein dengan ular.


Shein, itu ular. Ko tau tak U LA R ?? Hah. Tengok tangan dia tu pegang ular macam mana. Comel jer. E!



 Kiss the snake Shein. Ok.


Ko ada?


Abah duduk belakang je ke? Hehe

Ko dengan ular kemain kan Shein? Cuba kalau dengan lipas and cicak, berteraburrrrrrrrrrrrrr dia lari. Kokossssshhhhh! (Cockroach) Hahahaha. Insect la biasanya dia takot. Binatang besar dia tak takot. Masa kat kampung dia kejar je katak. Tapi dengan katak tu berani takot la sebab bila Mak nak bagi dia, dia lari tapi lepas tu dia mintak pulak. Punya takot sampai tetengah lari, dia berenti mintak katak tu. Hahahahaha. Tu cara dia nak lawan dia punya takot kot? I suggest, untuk korang yang ada masa lapang, datang la Farm in The City ni. bawak budak-budak. Dorang confirm happy. Sini pon tak panas. Redup jer. Lepas tu kawasan dia tak luas tapi dapat la get close to the animal sebab boleh feed and boleh sentuh. Kalau kat Zoo Negara boleh tengok dari jauh je. Tak boleh rapat. Tapi dekat sini boleh bagi makan. Cuma I suggest, if nak datang, cuba datang awal pagi time semua tengah kebulur. Hahah. Masa petang-petang ni dia dah kenyang makan, so tak syok sangat. Shein pon masa bagi rabbit makan dok ‘aaaaa aaaaa’ Suruh rabbit tu bukak mulut. Member dah kenyang memang tak layan la. Lepas tu kena la tunjal dengan Shein. Tau pon dia marah bila dia suruh arnab tu makan tapi arnab taknak. Sama la perangai macam nko Shein. Datang angin dia taknak makan, puas nak bekejar.

Nanti gambar lain I share next time ok? Biasa kalau gambar banyak yang best dia jadik cenggini la. Taktau nak letak yang mana baik takyah letak semua je terus. Hahahaha. Nak datang sini, korang Waze je. Sampai la. Kepada yang perempuan, pakai pakaian yang bersesuaian. Takyah nak beria pakai heels ke apa, buat seksa je. Lepas tu kena banyakkan berdoa supaya hari tak hujan. Yang lain-lain rasanya takde apa sangat. Makanan sini ada jual, tiket pon tak mahal sangat, anak-anak pon happy. Setel.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...