Thursday, September 29, 2016

New Desserts at Evendough Green House

Assalamualaikum..

I dah mengadu kan pasal Bakery Evendough dekat Green House dah take out Dark Chocolate Soufflé dari menu? So, last week lepas Sazli discharge, dia cakap lapar nak makan dekat Green House, so kitorang pon terus la pergi sana. Sazli makan la dia punya Salmon Salad, while I rambang mata pilih desserts meroyan macamkan dia yang demam OMG. Nampak semua macam sedap sebab semua lawa. Cheese cake memacam jenis. Red Velvet I tak nampak tapi ada Pavlova and Creme Brule. Harga semua ok je. Yang I ambik semua below RM10.00 pon. I ambik Pavlova, Creme Brule dengan satu lagi amenda entah. Bawah dia coffee jelly and atas dia agar-agar. Ikutkan nak ambik lagi macam cheesecake semua tapi takot pulak gemok. Shariffah ada bagitau I last time yang dessert dekat sini freshly made every day. Sebab tu la every 10.00pm, semua dessert buy one free one. Ke 50% eh? Jap I call Greenhouse. Gigih benar nak collect info. Hahaha. Ooooo dah tau. After 9, semua roti and desserts termasuklah yang whole cake buy 1 FREE 1. Kisahnyaaaaa. Bagus! So sesapa lepas ni nak celebrate birthday kawan ke, ada makan-makan kat office ke, after 9 korang datang and beli cake dekat sini. Dapat banyak! Hahaha.


Crème Brule dia sedap! Tak manis sangat. Sejuk je masuk tekak. Dyba haritu teringin nak makan Crème Brule patut boleh je beli dekat sini



Pavlova dia bagi I kureng.  Rupa cantik. I tak berapa suka Pavlova yang dia buat bentuk macam ni sebab dalam dia takde la texture marshmallow tu. Not Good. Tapi kalau dah teringin sangat, boleh laaaaa.


Yang ni kalau suka coffee mesti suka. I rasa macam pahit. Yerla, dah coffee memang la pahit


Lawa parking bantal golek dekat sini. Haha.


Kata Sazli, sebab dia sakit ambik gambar tangan je. Baik boss.


Paparazzi snap gambar kitorang tengah date.

Lepas makan semua ni, still I rasa tak boleh lawan Dark Chocolate Soufflé pon. Buat apa nak buat variety dessert kalau takde yang kualiti sama macam Dark Chocolate Soufflé? Tapi dalam pada tak puas hati semua tu yang peliknya all gone. Hahahahaha. Habes semua I setelkan. SORANG. Lepas makan, macam biasa la menyesal. Tapi ni je la setelah sekian lama I tak meroyan makan dessert. Tau dek Anny ni mampos kena mengaji dekat telinga. Tengah kitorang duduk, nampak Mr David and Shariffah datang. Suppose dorang plan nak visit Sazli after dinner at GH tapi sebab Sazli dah discharge awal, so dinner je la sekali. I dah kekenyangan makan dessert, so masa dorang makan I tengok je la. Tapia da jugak rasa semangkok kecik Shariffah makan Hot Pot Kimuchi Soup. Hehe.

I really hope yang Green House consider untuk put back Dark Chocolate Soufflé dalam menu. Bukan takat I sedih, Shein pon sama sedih. T upon favorite dia tu. Kata Shein, ‘Aikrim!’ Hahaha. Padahal menda tu kek, memandai sebut ice-cream. Dah la tu, sebut ice-cream pon salah. Aikrim Aikrim. Ice Cream la Shein!

-eNd-

1 comment:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)