Tuesday, October 4, 2016

Sehari di Jakel for Kakyang Wedding Preparation

Assalamualaikum..

OMG nak muntah tengok Mercedes CLA kaler merah ni. Apesal la ko lawa sangat??? Harap-harap la masa birthday minggu depan ni ada orang sudi hadiahkan. Kalau ada, syukur al-hamdulillah. Heeeeeee Bak kata Amsyar kalau sendawa lepas makan, ‘Alhamdulillah… Mujur ada Pamoga’. Kentut dia la. Sapa ajar ayat belakang tu entah. Alhamdulillah dah ok dah. Tetiba mujur ada pamoga pulak dekat belakang. Hahahahaha. Ngek la Amsyar! Semalam masa berpisah diperkarangan Hotel De Palma dengan Shein memang drama habes. Sedih la dua orang tu. 3 hari main sama-sama tetiba kena berpisah. Jangan kata bebudak tu, dengan I sekali sebak. Mak dah nanges dah. Ko la De, duduk sampai Klang sapa buat apa? Dekat Ampang ni melambak kot rumah? Dah jauh nak datang. Sabtu – Isnin, I banyak spend time dengan GF and Adik-beradik. Nak setelkan hal wedding Kakyang and Eddy bulan November ni. Haritu ada readers yang nak datang wedding Kakyang, I pon dah lupa sapa. Nanti email I balik ok? Boleh reserve table. Anyway, masa hari Sabtu, kitorang serang Jakel untuk carik kain pasang untuk wedding sebelah Kakyang and sebelah Eddy. Atin-tin yang bagitau Jakel ada sale giler. Memang giler weh! Kain samping pon jadik murah, tudung Ariani pon sale sampai 50% sukaaaaa hati dia je. Rezeki kitorang la. Kebetulan Mak datang KL so segerombolan la kitorang ke Jakel sampai bersila memasing pilih kain.


Warna belah Kakyang is plum. Lawan dengan  tudung kaler gold manja-manja bapak la lawa. I dah tempah dah dekat Medan Mara semalam. Buat cutting pwincess, lepas tu nanti pakai turban siap ada border lace with batu Swarovski bagai aku pon taktau sapa yang nak kawen sekarang ni. Kah kah kah.



Kain kitorang ambik heavy como crepe untuk perempuan and lelaki dull satin biasa-biasa je (mana boleh lawan pwincess kan?) Kain tak sama jenis tapi warna lebih-kurang sama. Heavy como crepe ni memang lawa kalau nak buat kurung modern. Harga dia dalam RM30.00 semeter bidang 60, so sorang amek 3.5 meter. Both side kitorang amek jenis sama. Dia punya konsep, kain sama kaler tapi lace boleh lain-lain corak ikut taste memasing and pesen pon ikut suka hati abah engkau nak buat macam mana. Kalau ikut Mak, dia nak buat baju kurung biasa je. Mana glemer? Orang siap nak kain leret-leret dia nak pakai baju kurung, taknak lah! Ni I tengah pujuk dia buat pesak gantung. Tengok berjaya ke tak. Suruh pakai tudung satin macam kitorang pon dia taknak. Semua taknaaaaaaaaaaaaak! Haha. Tapi ok la dia lain sikit sebab dia kan Ketua Pengawas, kena la lain. Tudung nak Ariani je, kemain. Naseb dia mintak Ariani. Kalau dia mintak Duck Scarf mampos.


Pengantin ni kerja dia berangan je. Amsyar je ada ni. Shein duduk dengan Sazli. Tak boleh bawak, nanti kang huru-hara Jakel ni sapa nak jawab?


Pantang nampak cermin.


Mak and Amsyar. Sayang Mak! Kena sihat selalu ok sayang? Nanti I belikan you handphone android lepas tu I ajar you WhatsApp. FB sekali la. Senang nak carik jodoh. Haha.


Rozita Che Wan, Julie Dahlan. Siti Nurhaliza. Hahahahaha. 


Ok, dah siap pilih kain pack asing-asing sebab kain ni ikut size badan. Yang runjau gemok kain lebih,  yang pendek kain kurang. Bayar asing. Tak pening. Tetiba Intan and Ellis punya pon ada jugak.
Untuk belah Kakyang, Lace kitorang ambik yang ni. RM55.00 semeter harga lepas less. Harga asal tak sure berapa. Rasanya dekat RM100.00 kot? Sebelah tu dull satin untuk tudung.


Belah Eddy kain kaler coklat, lace hijau macam ni lawan dengan tudung emerald green. Nanges la Rozita Che Wan tengok.


Tudung ni Si Atin yang potong and buat. Senang anak buah boleh jahit shawl, pilih je nak kaler apa.


Kaklong tu macam nak angkat sumpah kenapa?

Kitorang dekat Jakel ni dari pagi ok? Pukul 10.30am dah sampai sini jejak ke petang. Nak pilih kain tak boleh rushing. Lepas tu kena asing terus sebab memasing kena fikir suami and anak sekali. Kang nanti bawak balik macam tu je korang confirm confuse. Dah siap pilih kain, pilih lace pulak. Lepas tu Mak pulak nak kain pasang biasa. Layankan ajer, asalkan dia happy. By the time dah siap semua dah kebuluran and tak larat dah nak shopping kat Ariani. I now dah tau dah macam mana nak datang Wisma Jakel ni. Tak payah dah ikut Jalan TAR/Jalan Masjid India. Boleh ikut Bukit Nenas tu je, lepas tu zaaappp masuk parking kat basement. Senang giler kot? I memula nak parking dekat Sogo, bapak jauh nak menapak. Taktau Jakel dah ada bangunan dia sendiri. Depan tu ada May Tower punya building. Nak parking kat situ pon boleh jugak. Yang ni I sorang je yang tau ke? Ke padahal orang lain dah tau 18 tahun lepas? Hahaha. 


Dah siap shopping kain memasing cebet plastic kiri kanan, kita makan la dulu dekat Food Court bebetul sebelah Lulu Market ni. Tak sedap! Gambar je lawa, tapi rasa kelaut.

Hari pon dah petang, so moh la balik. Esok pulak la tempah baju dekat Medan Mara. Malam tu ANNESURAYA buat tahlil dekat Masjid TTDI. Among family je. Bagus jugak sempena dengan Awal Muharam ni kan? Mak ikut I balik rumah. Dia ada 3 anak dekat KL ni, pilih nak ikut sapa. Balik ni dia ikut I, malam lepas tahlil dia pergi rumah Kaklong, tido pulak dekat rumah De. Semua rumah anak dia pergi, so adil. Bagus Mak, I up gaji you. Seronok sangat spend time dengan Mak and Kakak-kakak macam ni. Kakyang ni kira last la kot majlis dalam tempoh terdekat. Nanti KakSha dengan Kaseh kawen, Atok pon dah tua agaknya. Harap panjang la umur Atok sebab Atok kena ada, nanti kalau dia takde, sedih la… Makcik pon dah Mak Datin dah time tu. Kah kah kah. Berangaaaaaaaan je. So birthday I minggu depan, nak Merc CLA Kaler merah ikat tepi please. (Untuk sesiapa yang berkenaan). Kbye.


-eNd-

1 comment:

Hani said...

Jgn lupa jemput hakak okbai nak gi carik baju pwincess gakk
tapi pwincess gemok lalalalalalalala