Thursday, September 22, 2016

Weekend activity with Shein and Sazli

Assalamualaikum

Sian Sazli dari hari Isnin lagi dia tak sihat. A day before dia pergi mengurut dekat Manjakaki Ampang Point. Masa I tengok tu, I dah tau dah ni nanti mesti demam urat ni sebab Abang tu urut beria kot? Malam Ahad tu Sazli main bola league dekat Damansara dengan Wakdan. 4 game dah kot? Menang skali, draw sekali and kalah dua kali. Untunggggg ada menang. Kalau sebelum ni main untuk team lagi power tak pernah menang, kalah semua. Wakdan semua dah berat-berat and tuweee kot? Hahaha. Hari Sabtu tu kitorang pergi Shah Alam rumah De and Sazli bawak the kids swimming. Petang tu dia mengadu lengoh kaki, tu yang Ahad petang pergi mengurut kat Manjakaki. Kata Abang tukang urut tu, kalau lepas bersukan tak elok urut, nanti boleh demam urat. Sazli pulak baru swimming and mengurut sebab konon best nak main bola tapi demam pulak. Ahad ni ada run dengan abang/kakak geng apartment ni. If dia tak sihat, probably tak boleh la join and tak kena gaya, Sazli admitted kot today. Dia pon demam since Isnin. Tonsil dah ada, temperature badan always 39 over and makan pon tak lalu. Kebah bila makan ubat je, lepas ubat habes demam balik. So better drip and duduk hospital je. Dekat hospital ada treatment yang bagus so tak ler demam lama sangat. Kesian pulak I tengok jalan slow je macam dalam pantang, rokok pon tak. Kata dia tak selera. Makan pon roti je. Takper la demam sesekali sebab demam ni penghapus dosa kecil. Dalam pada tak larat, Dia siapkan Shein jugak ke school. Shein nanti bila dah tua, kena jaga Abah macam Abah jaga Shein, ok?



Sementara Abah urut kaki, bawak Shein makan aikrim. I tanya Shein, 'Shein, what is this?' Jawapan : W'hat? Aikrim.. What? Aikrim.' Hahahaha. Tak boleh selalu, sesekali je bila dia behave.


Shein kan? Lawak giler dengan ice-cream ni. Kekadang balik kerja, If dia sampai lambat dari Shein and Sazli, bukak pintu je dia cakap macam ni, ‘Ayaaaaaangggggg. Aikrim?’. Hahahaha belum apapa dah mintak ice-cream. Masa hari kelmarin, dia main kereta remote yang boleh jadik kereta and robot. Masa kereta tu transform nak jadik robot, dia sebok nak pegang lepas tu tersepit la. Nanges sayu giler. ‘Mamaaaaaa. Akit…. Akit… Athoi….’ Pastu I hug dia and mintak tangan nak tiup. Masa nak tiup tu dia nanges la lagi, hujung-hujung tu… ‘Huwaaaaaaa…. Aikrim?’ Hahahahahhahah. Sempat jer kan? Senak perut I ketawa. Kan dalam Youtube ada lagu yang Ice-cream song tu? Lirik dia macam ni. ‘What??? Ice-cream, what??? Ice cream!’ So Shein kalau lalu kedai ice-cream dia nyanyi la. ‘What? Aikrim, what? Aikrim!’ Hahahaha.



Usually kalau pergi Ampang Point, I akan pergi salon cuci rambut ke, manicure/pedicure lepas tu Shein akan ikut Abah urut kaki. Nanti jumpa balik dekat Ampang Point and kita pergi dinner terus. AMpang point ni bapak la boring. Memang takde apa tapi orang Ampang memang suka. Termasuk la I. Dalam pada takde apa, sini jugak pon yang selalu datang. I kalau datang sini untuk pergi Giant, Watson or Guardian, makan. Tu jer. Takde la datang saja-saja window shopping. Baju semua tak best pon. Tapi Shein haaaaappy. Dia mana pon happy asalkan jalan. Tak tau la ikut perangai sapa. Kah kah kah.





Kalau Shein teman Abah urut macam ni la dia. Behave je menyentil dekat tepi layan Youtube. Tapi bila nampak I je terus buat perangai.




Masa Abah solat Maghrib, I bawak Shein pergi makan dulu dekat Octopus. Lalu pulak kedai Toys. Nampak pulak Tobot so apa lagi, pau la Mama. Shein ni mana tau beza Tobot dengan Super Wing. Dalam Super Wing tu kan suka cakap, ‘Oh tidaaaaak!’ So Shein pon mengikut. Asal jatuh ke, or apapa accident nanti dia pekup telinga and cakap, ‘Oh tidak!’ Hahaha







Suka kau Shein eh dapat pau Mama. Ikut perjanjian toys Sazli yang kena beli. Bak balik duit Mama! Haha




Simple je makan malam. Sazli makan Roll 2, I makan salmon mayo 4 ketui. Cukup! Shein dia makan jer Tobot tu.

So harini keluar semua happy. Mama pergi salon, Abah dapat massage and Shein dapat toys. Mission berjaya. Yang tak berjaya Cuma cuci kereta je. Ampang point ni ada tempat cuci kereta, tapi suka paksa. I mintak Sazli je handle kan sebab kalau I memang tewas. Nanti dia suruh wax la apa la. Bodoh-bodoh pon suruh nano wash. Amenda dia buat pon I taktau tapi RM80.00 kena charge. I ingat lagi this one time memang I dah nekad biar kena paksa macam mana pon, I takkan termakan. Berjaya la elak sampai la masa bukak bill, Chinese tu cakap ‘Macam ni la kakak, I merayu tolong la Nano Wash, harini takde customer. Tolong la I mau carik makan’. I cakap taknakkkkk. Lepas tu dia cakap ‘Tolonglah, saya duit takde mau bayar pekerja ‘. Lepas tu I cakap ‘Ok laaaaaaaaaaaaaa!!!’. Terus dia macam sembah-sembah cakap thank you thank you. Masa I berlalu dari dia I, I mengutuk diri sendiri sebab tak cukup kental lepas tu berzikir. Sekadang babi keluar. Hahahahaha.

-eNd-



P/s: Sazli bagi tips, kalau korang nak cuci kereta and kena paksa buat macam-macam, cakap je kereta dah nak jual. Malas nak spend banyak-banyak. It’s work! Cuma haritu masa Sazli datang sana and kena paksa, orang kat situ cakap now cuci with wax sahaja yang boleh. Cuci sahaja takde. Sazli cakap, ‘Ok, nevermind’. Lepas tu blah. Hahahahha. Amenda la konsep CAR’s ni. Boleh pulak cuci kereta kena ambik package wax segala. Tapi CAR’s ni kat mana-mana pon jenis paksa ok????? Masa nak cuci dekat Wangsa Walk pon I kena paksa macam ni la. Tapi I cakap, ‘Ni kereta pinjam, I nak cuci sahaja’. Lepas tu blah. Woot woot. I menang!

2 comments:

Mimy Hamid said...

ampang point mmg boring tp tu la pot masa aku keje ampang...lunch situ aje...now tak tau sh cana...bowling ada lg kah?? kedai sebelah reject shop tu apa..brand outlet eh?? tu ok la nk cr baju basahan

Cici said...

hhahaha I pun jenis kurang kental. kalau orang pujuk cepat je cair. T_T

btw dulu zaman balik sekolah mesti pegi ampang point lepak mekdi takpun cuci mata kat bowling . hehehe.dah ada anak malas sikit nak pergi. parking hazab -,-' kalau lepak pun kat Pelita tu je