Thursday, October 20, 2016

Birthday Dinner at Thirty8 Grand Hyatt with Ellis, Anny and Natra

Assalamualaikum..

Hari Jumaat lepas, Ellis and Anny cakap nak dinner untuk birthday I. Pilih punya pilih kitorang chose ‘Thirty8 - Grand Hyatt’. Konsep dia sesapa punya birthday now kena pemandangan KLCC and tingkat tinggi-tinggi. Dia punya theme is ‘Malam Anugerah’. Kata Anny, ‘Kita kena lawa-lawa wei. Pakai dress. Kan tema Malam Anugerah?’. Hahaha ko dah kenapa sampai nak tema Malam Anugerah bagai ni Anny? Lain founder sekarang ni. Setiap kali keluar je, mesti nak caras Dato’ Vida. Kata Anny, ‘Dato’ Veda Engkau’. Dia memang suka ubah-ubah nama orang. Hahaha. Lepas tu pesan selalu dekat I, ‘Suraya ko kena kurus ok? Jangan gemok dah. Kalau boleh kurus lagi sikit sebab nanti masuk TV berat kita akan tambah 10 pound’. Gittewww cita-cita dia, tapi takper. Kejayaan, impian dan cita-cita kan bermula dengan angan-angan? So lepas ni hatta pergi buang sampah pon aku akan pakai lawa-lawa. Hahaha. Kata Ellis, ‘I tak boleh ikut tema sebab I dari site. So I kodok je’. Tapi dia punya kodok siap pakai jump suit dengan clutch MCM. Kodok celah mana? Anny ajak kawan baik dia masa study dulu, Natra/Atta. Anny pon dah lama tak jumpa Natra sebab memasing bizi. Ni la baru dorang jumpa tapi kata Anny, selalu dia bercakap dengan Natra walaupon tak dapat jumpa. Sian Natra and Anny tunggu I and Ellis dekat sana dari 7.30pm. Pukul 8.20pm baru I dengan Ellis sampai.


Dari Kiri : Ellis, Natra, Anny and Siti Nurhaliza
Tak janji pon nak pakai baju merah tetiba sama. Memang banyak kali dah jadi macam ni dengan Anny


Si Ellis ni alahai. Dia ni memang jenis cool nak mampos. I dah pesan pada dia, ‘Baby, Dinner awal tau? Kesian Anny dengan Natra tunggu kita lama. Pukul 7.45pm you dah kena sampai rumah I’. I pon dengan lipas kudungnya petang tu balik kerja, terus balik kemas umah siap semua sebab taknak lambat. Shein pon I mandikan cepat-cepat so that nanti Sazli tak la susah-susah. I paling tak boleh and tak suka to keep people waiting. Contoh kalau orang tu cakap, ‘I dah dekat Coffee Beans, I tunggu you dekat sini. I ter awal pulak. It’s ok, take your time’. I kenotttt. Sebab kalau I tau orang tunggu, I kelam kabut bersiap, lepas tu jalan laju-laju and cecepat carik parking. Takde dah nak belek-belek baju dulu or bawak kereta kemut-kemut, lepas tu nak pergi toilet dulu ke apa. No. Tapi sejenis Ellis ni (geram pulak bila ingat) hidup dia ni macam takde urgencies. Maksudnya kalau I cakap suruh cepat or orang dah tunggu, or I dah lambat untuk Event, dia selamba je. Bawak kereta slow bersiar-siar sangat. Relax nak mampos siap berborak-borak semua. Lepas tu dah sampai kat parking, take her own sweet time check make up dekat cermin, ambik kasut dekat belakang kereta slowly and relax nak mampos. Jalan pon slow jer macam tak kisah apapa. Sambil berbual ok? Kekadang siap tengok henpon dulu. OMG

Kata la kalau I cakap, ‘Baby, boleh speed sikit tak? I dah lambat ni’. For 5 minutes dia speed la. Lepas traffic light dah dia borak-borak  balik dengan I lepas tu slow balik bawak kereta. OMGGGGGGG. Dah sampai parking pon takde der dia nak cepat. Macam tu jugak la. Kisah pulak dia I muka dah cuka, dah taknak borak semua sebab dah lambat. Dia relax je. Tapi haritu I dah bengang I cakap, ‘Cepat la sikit Baby. Anny and Natra dah tunggu lama. I pelik la hidup you ni macam takde urgencies. I cakap suruh cepat pon you buat bodoh je. Selalu macam ni’. Baaaaaaaaaaaaaaaru la dia cakap ‘Sorry Baby, Sorry’. Baru jalan laju. Padahal dari duluuuuuuuuuuuuuuuu lagi kalau I cakap cepat sampai tak larat nak tarik muka and merajuk pon, dia buat cool je. Geram ok? Dia ni tak paham ke aku bengang? Hahahahah. Comel pon ada. Tapi comel yang annoying and menyirap.

Please improve this ok Ellis Suraya? If I cakap I nak cepat, maksudnya nak cepat laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Huwaaaa mati I kena heart attack dengan Si Ellis ni. Tu tak kira I kena pesan dia 6 juta kali, ‘I don’t want to know about them. Find someone to talk about this. Not me’. Untuk 30 minutes, dia stop. Lepas tu nanti dia cakap lagi and I remind balik. Masa ni level suara dan naik 30%. Lepas tu borak borak macam biasa end up kona-kona pusing sana sini naaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak jugak bercakap menda yang I tak suka nak dengar sampai spoil mood I nak makan. I letak fork and spoon, ‘Seriously Ellis? I ask you to stop. U just don’t get it kan? Dah la. Takde mood nak makan’. Then only dia stop. Sampai sekarang dah tak dengar dah menda-menda yang I tak suka dengar. Dah pesan macam ni almost setahun ok? SETAHUN.

Only after a year dia ikut apa I mintak. Ni kalau jumpa lagi, lepas tu dia cakap lagi menda yang sama and kata la masa tu I dalam kereta and dia tengah drive, seriously I akan terjun je kereta. I cakap betul ni Baby. I terjun. Ok? Nanti kalau orang tanya I, ‘Kenapa yang sampai terjun kereta tu?’ I nak jawab, ‘Pergi tanya Ellis. Dia tau kenapa’. So don’t start, don’t you dare. **urut dada. Masa taip ni, I dapat imagine macam mana muka Ellis. Muka seposen dia tu la. Hahahahaha. Dia kan jenis takde perasaan? Jenis cakap or marah ke apa dia buat dek je. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Actually kita ni dalam dunia ada dua jenis orang yang kita akan geram. 1) Jenis melawan and ada je nak menjawab. 2) Jenis kalau cakap apapa macam cakap dengan dinding. Ha, Ellis masuk kategori number dua la. E!

Tengok? Dah bebel panjang pasal Ellis. Hahahaha. Padahal tadi nak cakap pasal birthday jer pon. Tapi I sayang dia. Sayang sangat Intan Payung Manja tuuuu. I nak Ellis ada dengan I sampai bila-bila selagi ada hayat. Manusia paling cool I pernah jumpa dalam dunia ni, Si Ellis la. I agak la. Kata la kalau dia tertinggal flight nak pergi London, dia akan ok je kot? Takde der dia nak sedih lama-lama. Ko tak tengok dia buat muka seposen dia tu. Nak marah pon tak jadik. Sebab tu kalau I tengah bengang, I elak tengok muka dia sebab nanti kesian. Hahahaha.

Ok Sambung cerita.

Kata Natra, kalau nak makan Mee Goreng, Nasik Goreng pergi kedai Mamak. Sini kena order western food. Baikkkkk. Baru plan nak order Chinese Fried Rice sebab I lapar harini. Cis!


Anny order ni. Tak pernah kalau I keluar dengan dia, I nampak dia order daging. Always cikinnnnnssss. Pelik pon ada. Dia tau tak steak medium rare tu heaven? So yang ni is Chicken Piccata - RM65.00


Ellis pulak sejenis makan kambeng. Memang 8/10 time dia akan order kambeng. This one is Grilled Double Lamb Chop. RM160.00


I dengan Natra pulak order yang sama. This one is Beef Steak from the Grill Oven – Australian Black Angus Tenderloin RM140.00


Side Dish kena order separate.  I order Rosted Potato - RM35.00


Yang ni I dengan Natra pon order sama jugak. Dia order dulu, I order kemudian. Rupanya dua-dua pilih exactly menda yang sama. Yang ni is Pan - roasted Mushroom - RM35.00 


Becinta dua orang ni. Natra ni a bit reserve. Dia segan lagi kot? Borak dengan Ellis pasal bisnis U and I gittew. I dengan Anny ongkampong macam ‘Wei Anny ko taaaaauuuuuuuu’, sebijik Mak Jemah. Macam ada 2 different world pulak. Tapi lama-lama Natra pon Ok. Sipi-sipi nak balik, keluar dah perangai sama macam I dengan Anny.


Lepas Natra balik. I cakap I nak dessert. I memang sweet ending person sebab tu la I Siti Nurhaliza (tetiba). Yang ni signature dish Thirty8 ni. Nama dia Thirty8 Signature Cake - RM45.00


Sebelah kek coklat dalam gelas putih tu actually is dry ice. Sebab tu la satu malam kubur berasap. I tanya Ellis, macam mana nak makan? Ellis cakap tuang la yang berasap tu atas kek. Tu sos dia. Eh, biar betul. Kang buatnya menda lain ada yang arwah 3 orang dekat atas ni. Jangan jadik bodoh sombong. Tak tau tanya je. So I pon panggil Waiter tu and tanya dia, apa dalam gelas tu. Dia cakap it’s a dry ice. NASEB BAIK TAK MAKAN. Kalau tak, mereput la organ-organ dalam perut kalau terminum, terus frosts bite (ada ke frosts bite dalam perut? Memandai je). Esok masuk pulak suratkabar. ‘3 Wanita dikejarkan ke hospital kerana termakan dry ice’. Tak ke malu? Lagi la Si Anny. Mekap, baju semua dah lawa sekaaaaaaaali dry ice pon pergi makan. Hahahahaha. Baju dah merah, mekap dah cantik. Makan nak dekat Thirty8 je, sekali dry ice orang buat presentation ko pergi makan. Meleleh air mata gelak lepas tau. Bongok la Ellis ni. Hahaha.



Ni sebelum Natra balik, kitorang ambik gambar berangan dulu. Anny request nak ambik gambar macam catwalk. I pandang je dia. Perempuan ni lately lain macam pulak I tengok. Hahaha.



Natra and Anny. Cantik dedua ni. Anny ko memang kawan yang cantik-cantik je ke? (Sesambil je tu nak memuji sebenarnya)


Kalau datang malam ni scenery memang la lawa, tapi takat henpon punya camera gambar memang la hazab. Dia punya lighting kaler kuning so gambar buruk ok? Kalau korang nak ambik gambar lawa, datang time siang. Tapi gambar lawa, pemandangan pulak tak lawa. Ah lantak la! Malas nak fikir. Tapi sini best la…. Cuma bagi I makanan dia mahal skek la. Tapi kalau KL ni standard harga macam ni la kalau tingkat tinggi-tinggi. Nobu dah pergi (Baca dekat sini), Troika Sky Dining dah pergi (Baca kat sini ), this time Thirty 8 and next I nak try pulak dekat Marini’s On 57. Nanti time birthday Ellis pulak bulan 12 kita pergi ok? Kali ni kita Lunch la. Boleh ambik gambar cantik-cantik.


Macam ni la pemandangan dalam Thirty8 waktu malam. Cantik kan?


Konsep lebih kurang je macam Nobu.


Nak dinner boleh, nak coffee-coffee sambil tengok lampu pon boleh.


Ok time to go! Tadi nak posing dekat atas, sebok la Pak Pak Arab tengok kitorang. I lantakkan ajer. Siap angkat kepala sign ‘So?’ Hahahahaha. Dia mana paham masalah perempuan yang tak habes-habes nak amek gambar ni. So duduk situ duduk dediam. Lepas turun dekat lobby, baru la pengcahayaan cantik.


Tu dia perunding imej ajar macam mana nak posing sesambil betulkan baju Dato’ Seri Veda


‘Balas dendam selfie’, tajuk gambar ni.


Baju I ni, labuh sikit lengan dia, pakai dengan kain sopan sikit dah boleh pergi kenduri. Haha.

Thank you to Anny, Ellis and Natra for this wonderful night. Seronok sangat-sangat birthday tahun ni. Macam-macam jadik. Hopefully our friendship akan berkekalan sampai bila-bila. InsyaAllah. I nak grow old dengan Anny and Ellis. Sahabat yang Allah kirim bukan dari circle mana-mana cuma secara kebetulan tapi ngam sekepala pulak. Al-hamdulillah. Thank you so so much you both sebab paham I and terima I seadanya. Dengan Anny and Ellis ni, kitorang boleh borak 8 jam tak henti  pon. Nanti plan nak pergi holiday sama-sama. Bila tercapai tu taktau la. Sebab kemain nak holiday 3 orang tak sedar anak dekat rumah ada 5 (in total). Kah kah kah. Takper laaaaaa. Berangan tak kena bayar pon. Tapi kata la holiday plan ni jadi, I agak Anny la paling beria sekali. Kalau pergi pantai, I agak dia bawak bekal topi besar ala Audrey Hepburn kot siap spek mata lalat entah. Haha.


So, Kuih Keria Antarabangsa Melaka bila nak dapat? Kata nak pergi Melaka balik haaaaaaaaari??

Thirty8
Grand Hyatt Malaysia,
12, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur,
Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
Hours:
Open today · 6AM–11PM

-eNd-

2 comments:

adda syuhada said...

Kkruk krukkk lapar pulak perut ni...

dyba said...

sis anny,

PM hbag..hahaha..macam gucci soho j tu kan?