Friday, October 21, 2016

Dolly Dimsum with Julie Dahlan

Assalamualaikum..

So bersempena dengan birthday Siti Nurhaliza yang tak habes-habes lagi ni, kalini I dengan Kaklong makan dekat Dolly Dimsum pulak. Memang tradisi setiap kali birthday dia dengan birthday I, I akan akan belanja dia makan kat mana pon yang dia mintak. Tapi kalau Kaklong, biasa dia mintak makan dekat VS je. Bagos, sebab I pon suka. Menda ni I praktik pada Kaklong sorang je. Sebab dia special case. Now dia tengah pening kepala nak handle wedding Kakyang, so kita bagi la dia happy sikit. Lagipon dia tak pernah makan Dimsum dekat sini lagi. Boleh tahan kitorang haritu gigih beratur. Dekat 40 minutes baru dapat meja. Dekat Dolly Dimsum ni memang kalau datang waktu lunch especially on Fridays, memang kena beratur lama. Tak silap I untuk Friday tak boleh buat reservation. Kena walk in. So kalau nak datang sini time lunch, jangan datang time peak hour’s la ok? Either datang awal sikit around 12.00pm dah dekat sana atau pergi lewat sikit around 1.30pm so takde la lama sangat nak menunggu. Pakkal la masa Jumaat tu I tak berapa lapar sangat, kalau tak biasanya kalau lapar, I punya emosi tak berapa ok. Mau ada yang meja kena terbalik. Haha.


Orang tengah gile dengan Salted Egg, gini la jadiknya. WAJIB order ni setiap kali. Korang kalau tak pernah makan lagi, kena try this one. Sedap giler. Egg Custard Bun ni harga dia ialah RM7.80 untuk 3 ketol.


If korang datang sini berdua. I suggest korang ambik 1 macam Mee and Nasi Goreng ke, share berdua. Lepas tu ambik 4 jenis dimsum + 1 Egg Custard Bun. Air ambik sorang satu. Cukup dah, memang kenyang InsyaAllah. Total semua ni dalam RM100.00 la lebih kurang. Kalau ambik more, nanti confirm tak habes. I dulu dengan Ellis, nasik ambik sorang satu. Dimsum ambik 7 set kot? Selagi tak penuh meja. Lepas tu tanya Waiter, izzit enough? Waiter gelak je lepas tu cakap, ‘I think more than enough’. Memang pooonnnn! Memang tak habes. So If datang berdua, ambik macam I suggest ni je. Kata la tengah makan rasa tak cukup sebab lapar sangat ke, later baru order lain so takde la pembaziran. This time bawak Kaklong, I orderkan semua yang tekak I rasa sedap. Kaklong pon cakap dia suka. Yang Prawn Cheong Fun ni paling dia suka. Kata dia, sambal dia rasa macam sambal belacan goreng. Pon boleh la kak.


Prawn Cheong Fun. RM12.50


Dolly Mozza Roll. RM11.90


Salted Fish Fried Rice. RM21.50


Siew Mai. RM9.80


Ha, yang ni tak jual. I boleh lupa bawak purse. So, mintak Kak Ani cash, I transfer duit kat dia lepas tu letak dalam beg ni. Hahaha.


Assemoga Kaklong!


Tu dalam mulut tu ada makanan sebenarnya...

Alhamdulillah... Setel hutang dengan Kaklong. Malam ni Sazli ajak makan Salmon Ikura pulak dekat Green House dengan Mr David and Shariffah. I dah kenyang dah ni. Baru lepas makan steak dekat VS dengan Linda. Maaaakan je kerja-kerja sekarang ni. Tapi malam I tak makan, lepas tu portion actually tak banyak masuk perut sebab pakai House of Corset ni. I selalu berdoa mintak jangan la gemok balik macam dulu. Tengok gambar kekadang senyum mata pon tak nampak rasa pilu sangat. Kesian giler I gemok. Pakai apa pon tak kena. Now pon sebenarnya takde la kurus sangat tapi tadek la hazab macam dulu. Semalam masa photoshot ANNESURAYA, Anny (Guru Besar) tanya I, 'Suraya, ko berapa lama dah statik je berat ni? Apesal tak turun-turun? Ko makan nasik eh?' I cakap 'Mana ada, dah sebulan tak makan nasik'. So kalau dia baca entry ni, kantoi la Jumaat lepas I makan nasik sebenarnya. Kah kah kah. Nanti kalau kejap lagi dia call tanya, I nak tanya dia balik, 'Mana entry Dari Jendela Anny?' Sure dia gelabah lepas tu lupa nak marah I. Okbye.

-eNd-

1 comment:

FadMN said...

sue, cer u try dim sum kat Minmax restaurant, pnb darby park.takde la salted bun tu,tapi untuk yang lain2 tu,memang sedap la.price wise pun murah,yang penting semua sedap :D