Monday, October 24, 2016

Camera phone sehebat DSLR? Huawei P9 la jawabnya!

STICKY POST

 *Please scroll down for new entry* 


Assalamualaikum..

Jaaaaatuh cinta habes dah I ni dengan Huawei P9 ni. Macam dah tak boleh nak move on dah. To be frank, inilah handphone yang paling best yang I pernah guna dalam hidup I. Seriously. Pempuan ni senang je kalau nak ngorat dia dengan handphone. Kasik je handphone yang ada camera jenis dapat result gambar lawa yang tak memerlukan skill mantap tapi gambar punya result nampak macam professional yang guna camera DSLR confirm dia suka and tak carik lain dah. Nanti mesti happy nak update dalam Instagram. Biasa la perempuaaaaaaan. Kaki berangan. Muka kepam pon kalau ada effect beauty sekali snap terus meletop lagi la dia suka. Haha. Yang ni jangan nak deny. Bonus pulak untuk sesiapa yang suka bereksperimen dengan object, pemandangan and suka ambik gambar berseni macam bokeh, light painting and many more inilah dia handphone yang korang patut ada. Seriously dengan camera Huawei P9 ni gambar dia sehebat macam ambik dari DSLR camera. Gambar clear, lighting lawa and perfect! Sebelum tu I belanja dulu gambar selfie sekeping. Ni gambar raw yang I takde edit langsung. Takde adjust color ke apa, memang takde. Snap and result terus Siti Nurhaliza macam ni. Haha. 


Korang tengok la, cantik kan gambar selfie? Lighting sebenarnya memainkan peranan paling penting untuk menghasilkan gambar yang cantik. Takyah beria nak carik tempat ada cahaya cantik sebab Huawei P9 ni ada 2 camera. It’s dual-lens Leica. Tau kan camera kalau diiktiraf oleh Leica ni memang power la result dia. Yang ni semua professional Photoghrapher tau.

Korang nak tau kenapa Huawei P9 ni gambar dia cantik? Sebab dia ada dual-lense Leica 12 megapixel. Dua camera tu sebab 1 untuk mengesan warna RGB - warna biasa and satu lagi mengesan warna hitam putih melalui sensor monochrome. Sebab tu power. If nak ambik gambar cantik, macam yang I cakap dekat gambar atas tadi, ialah lighting. Lighting paling penting. Macam Huawei P9 yang ada sensor monochrome ni, dia akan tangkap cahaya 3 kali ganda lebih dari camera biasa. Huawei partnership dengan Leica weh, mana la tak mantap dia punya power and result gambar. Memang korang takkan dapat hasil gambar macam DSLR camera dekat mana-mana handphone tak kisah la berapa mahal pon harga handphone tu. Yang ni jaminan dari Huawei P9. Harga pon tak mahal. bawah RM2,000 untuk yang berkapasiti 32GB. Berbaloi-baloi.


Korang tengok la design Huawei P9 yang sleek dan elegant ni. Nak pegang pon senang. Size dia just nice. Tak bulky, tu yang paling penting. I menyampah giler handphone tebal.


Huawei P9 dilengkapi dengan dual-lense Leica 12 megapixel. Tengok tu besar tulis LEICA. If mana-mana camera yang ada LEICA function, kita tau yang camera tu memang power.


Pilih je nak guna mode apa. Ada 9 mode yang korang boleh pilih ikut la tema gambar macam mana yang korang nak.


Nipis je. Nak masuk dalam purse yang jenis panjang pon boleh. Takde hal.

Huawei P9 ni tak makan bateri. Maksudnya tak payah la korang nak mengusung power bank kehulu kehilir all the time. Dengan screen menyala pon boleh tahan sampai 8 jam. Lepas tu kalau nak charge pon sekejap je sebab Huawei P9 ni menggunakan kuasa bateri power rangers berkapasiti 3,000mAh. Takde lagging takde hang. Tuuuu kekadang kalau handphone yang beria RAM besar ni kekadang hang rasa macam nak hempuk je dekat dinding. Bila cerita pasal memori dengan RAM besar memasing taknak kalah. 'Eh you perempuan suka ambik gambar selfie kan? Ambik yang memory besar la. Nanti handphone tak hang. Boleh ambik gambar banyak mana you suka'. Opah kau? Geram pulak I. Memang la memory besar tapi kalau nak kena re-start manjang sapa tak bengang? Huawei P9 ni korang takkan face masalah lagging and hang. Best tak best la kan?

Jom tengok gambar-gambar yang I ambik dari Huawei P9 ni. Ni semua raw photo. takde yang I edit kasik adjust brightness ke apa. Snap and masuk dalam gallery and ni la result dia. Best giler ok? Sebijik macam ambik dari DSLR camera.


Ko tengok dia punya lawa gambar ni? Lighting semua perfect! Terus Siti Nurhaliza dengan Neelofa. Haha.


Camera handphone ko boleh ambik gambar sekali snap terus nampak macam ni? Tak boleh kan?


Biasa kalau camera handphone biasa, jangan berani nak ambik background cerah macam ni, Mau gelap terus gambar tak nampak apa. Tapi Huawei P9 takde masalah. Dia punya focus on object memang power.


Color pon cantik and vibrant.


Ni memang belakang dia expose lighthing tahap takde belas kasihan, tapi Huawei P9 boleh dapat result macam ni. Power tu!

Tu baru bab camera eh? Bab lain punya pon best jugak. Function Huawei P9 yang lain ialah seperti knuckle gesture untuk activate certain function dekat screen selain dari ada back finger print ID sensor untuk pick up calls/view dari gallery. Memang sangat smart handphone ni. Kalau compare dengan handphone yang I pakai sekarang memang dah kalah habes la. I sukaaaa giler Huawei P9 ni. Ada 2 variasi memory iaitu 32 GB, 3 GB RAM dengan 64 GB, 4 GB RAM. Semua function dalam handphone ni berjalan lancar and takde masalah untuk guna. Sesetengah handphone kekadang cerita macam bagus je function. Tapi bila nak guna macam-macam masalah. Untuk I punya own experience dengan Huawei P9, I suka semuaaaaa yang Huawei P9 offer. Especially camera. Lepas tu kelebihan lain macam battery, RAM and speaker pon best. Bukak Youtube, sound langsung tak pecah and bingit. Eh, amenda yang best sangat nko ni haaaaa?

Dah, jangan cakap banyak. Kalau nak something yang value for money, go get Huawei P9 di mana-mana outlet Huawei yang berdekatan. Tengok sendiri and lepas tu I jamin korang akan suka and taknak dah handphone lain.

-eNd-

No comments: