Wednesday, October 5, 2016

Colorful mini burger - Homemade beef patty.

Assalamualaikum.

Today suraya sulatin korang busy menyelamatkan dunia. Especially semenjak dah ada ANNESURAYA dia memang busy sikit mengalahkan YB. Asyik cakap tak cukup masa, cakap 24 jam macam tak cukup, cakap busy busy busy. Tapi masa makan ada pulak. Alih-alih ada je gambar pergi makan. Tapi bagus jugak dia still allocate waktu untuk makan, sebab yang kenal dia akan tau dia kalau lapar boleh bertukar jadi naga. Hahaha. Cakap pasal ANNESURAYA korang jangan lupa pergi place pre-order ok? Kaksu kata untuk 100 pembeli terawal dapat half price. RM60+RM7 postage je. Murah tuuuuuu (sesambil promote. harap-harap dia up gaji. haha). Pergi follow instagram @annesurayaskincare ok? Cara order and detail semua kat sana. 


Mini burger and Takoyaki. Size lebih kurang je. 



So hari ni dia suruh ain update pasal makan-makan. Kalau kaksu suruh ni biasanya consider kena buat. No option. So sebab dia dah lantik jadi PA (secara paksa-rela), kena la buat. Malas nak dengar dia bebel-bebel. Memandangkan kelmarin ain ada buat colorful mini burger, so ain share yang tu jelah. Buat tu pon sebab kebetulan ada potluck among family. Masa hari kejadian kaksu dah membebel cakap nampak sedap and sampai hati bla bla bla. Dia kan kalau bab makan emosi sikit. Yang dia selalu update makan sedap-sedap kat kita semua takpe pulak. Kan?

Oklah, pasal mini burger ni, bun comel ain beli pada member yang memang ada kedai burger. Patty buat sendiri sebab nak puaskan tekak sendiri. So kena put effort sikit la. Sesekali main masak-masak best jugak, bila makan puas hati. Antara bahan-bahan yang digunakan untuk 20 biji mini burger adalah ;

Bun
- Beli dah siap. Kalau buat sendiri takut bantat.

Patty
- Daging kisar. Ain beli jenis Ramly, berapa gram tak sure, tapi yang pack 4 ketul square RM14. Guna 3 je.
- Minced garlic.
- Garam.
- Serbuk black pepper.
- Chili flakes/serbuk paprika.
- Italian herbs/basil herbs.
- Tepung jagung sikit. Patutnya breadcrumbs, tapi takde,
- Telur 2 biji.

Hias
- Cheddar cheese
- Salad
- carrot coleslaw (carrot + mayo + perah lemon  black pepper + sos cili)

**Untuk patty tu nak buat senang je, masukkan je semua bahan kecuali telur dan tepung jagung/breadcrumbs. Gaul sebati and bila dah sebati baru masukkan telur dan tepung jagung. 2 bahan ni macam agen pelekat. Tepung jagung tu agak-agak je. 

Patty tu lepas dah gaul bulatkan satu-satu macam gambar kat atas. Then restkan dekat freeze at least 1/2 jam. Antara tips nak bagi daging masak sekata and bentuk dia firm, bulatkan tengah tu sikit macam donut. Nanti masa bakar/grill dia akan tertutup semula and bentuk elok. Before angkat letak slice cheddar. Bagi dia melt before angkat.

Close up. Macam ni la besar dia. Dua or tiga kali ngap habis. Makan 2-3 biji dah kenyang sebab patty dia kita buat bigger. Bun tadi bakar lite je sebab taknak dia penyek. letak bun - salad - carrot coleslaw - patty - bun - cucuk lidi - SIAP! Dah boleh ngap. Untuk mini burger macam ni jangan beriya letak cili sos, black pepper sos semua, nanti kill the taste, lagipun masa buat patty dah masuk black pepper.

Mini burger colorful, Takoyaki, and crab cheese popia. Masa makan-makan ni kaksu bebel nanti gemok. Buat tak reti je.
So kalau korang rajin nanti boleh la buat sendiri kat rumah. Simple and senang je. lagi pon bila patty buat sendiri lagi puas hati sebab juicy and kita tau ingredient. bebudak pon jadi excited nak makan. Tapi masa ain makan takde pon budak-budak, yang besar yang tua pon happy je makan. 20 biji ni sekejap je settle. Kalau jenis mak mak rajin, buat la patty lebih and simpan. Nak makan tinggal bakar. 

Selamat mencuba.
(Harap bos besar puas hati)
.
BYE :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...