Assalamualaikum..
Ni bila ni kejadian impromptu visit to Farm In The City - Seri Kembangan ni? Rasanya 2 weeks ago kot? Tak plan pon nak datang sini. Kalau plan, tidak le Sazli and Shein pakai baju lengan panjang nak pergi outdoor activity and I pulak takde la beria pakai dress labuh bagai. Kot ye pon nak pwincess agak-agak la. Masuk Zoo pon nak pakai wedges bagai, Ko dah kenapa? Haha. Sebenarnya pagi tu memula plan nak breakfast dekat Kubur sebab nak makan Mee Bandung tapi hujan pulak so Sazli cakap jom la breakfast dekat O'Briens GE Mall je. Dah nak pergi Mall, kena la mandi wangi-wangi. Lepas tu ingat nak beli Dinosaur untuk Shein dekat ToyR'us so kalau dah siap mandi, takyah nak kelam kabut balik. Mandi pagi time cuti ni malas sikit. Tak Zohor time, tak mandi. Haha. Eh, tu I la. Abah Shein memang jenis bangun pagi mandi. I je la M A L A S. Kata cuti? Kah kah kah. Si Shariffah and Mr David semalam beria la plan nak morning walk dekat KLCC Park plan dengan family Reham, sudahnya pukul 10.00am whatsApp bagitau morning walk dekat atas katil je. Haha. So kitorang meet up dekat O'Briens for breakfast lepas tu terus plan nak pergi outing since takde buat apa-apa. Rayyan nak pergi Planetarium Negara tapi Shein sah-sah la tak berapa paham and I suggest Farm In The City since Dyba pernah pergi and dia cakap ok kat sana. Redup. Tak berapa luas so tak la penat. Kata Dyba best! So boleh la try pergi. Lagipon tak berapa jauh dari Ampang pon. Sekentut kera je.
Masuk-masuk je, terus Shein pergi dekat kura-kura besar ni. Besar nak mampos ok? Shein pulak hulur tumbuh-tumbuhan tu dekat jer dengan mulut kekura tu. I pulak yang risau.
Ok. Kalau korang nak datang sini, I suggest datang awal pagi. Dorang bukak 10.00am sampai 6.00pm every day (kecuali hari Selasa) so better masuk pukul 10.00am jugak sebab time tu semua animals macam fresh lagi and tengah lapar. Hulur sayur laju je makan. Kalau dah petang, dorang pon tak larat nak makan dah. Tu ada arnab kena tunjal dengan Shein sebab taknak makan. Lebih fun for kids. Lagipon haiwan-haiwan ni tak berak lagi so takde la bau taik sangat. Pasal taik tu sebenarnya I exaggerate je sebab tempat ni dijaga rapi and bersih tapi dah kata animal mesti la sipi-sipi ada bau kambeng. Takkan nak bau perfume DKNY pulak kan? Farm In The City ni tak berapa luas. Pusing tak jauh tapi kualiti. Bila tak luas, so kita akan dapat pergi semua tempat and boleh concentrate and paling best rasa close to them sebab boleh sentuh and feed them. Yang ni memang best and fun. Unlike Zoo Negara yang kita cuma boleh tengok dari jauh. Yer la sebab kat sana ada harimau segala. Kang kalau boleh feed, susah pulak sebab sapa yang feed sapa pulak kekdahnya nanti. Hahaha.
Setiap satu tempat yang boleh kasik makan, ada penjaga yang provide sayur/tumbuh-tumbuhan. Jangan harm the animal bagi makan bukan-bukan. They only eat healthy foods ok? No Mc Donalds and KFC please.
Masuk-masuk je area ni, pusing ke kiri then terus sampai dekat tempat giant tortoise ni. That is JLo tengah pegang Shein.
Shein kalau duduk bagi makan kekura ni 8 jam pon takpe. Bagi je makan sampai debab. Hahaha. Pulak tu kekura ni hulur apa pon makan. Tak kenyang ke dia entah? Sama la macam Shein masa kecik, pantang hulur zaaaapppppp makan.
Sini memang redup dek pokok-pokok yang merimbun. Kalau hujan, I tak sure macam mana keadaan tapi memang la tak best sikit kot? Ingat lagi last time pergi Zoo Negara masa Shein kecik, hujan pulak. Belengas ketiak rasa. Pakai la pakaian yang sesuai. Pakai cotton shirt yang absorb peluh also pakai sport shoes. Better macam tu, lebih selesa nak bergerak. Kalau panas, boleh pakai topi pesawah tu. Takyah la beria bawak payung, aku tampar kang. Untuk kids, pakai sleeveless pon ok. Jangan lupa mosquito patch ok? Air kosong letak dalam tumbler. Dekat sini, no outside foods allowed. Nak beli, beli makanan dalam areaFfarm ni je. Ada food court, ada toilet semua. Complete. So, takyah risau kebuluran atau ada adegan terberak dalam seluar ke apa. Facilities complete.
Tu kandang ayam pon ada.
What is that Shein? Shein jawab : Ko kok! Boleh laaaa
Sazli happy to see Shein happy. Kata dia, next time kena bawak Shein datang sini lagi. Kita datang awal pagi and pakai la pakaian yang bersesuaian. Ni dengan baju lengan panjang memang panas. Kalau panas, mula la nak menaga je.
Umur sedang-sedang Shein ni paling sesuai datang sini. Kalau baby tak sampai setahun tu, I pulak naik kesian tengok. Shein ni, lepas kan dia sorang-sorang pon takpe. Tapi kalau tak kawal, memang masuk kolam la terus. Berenang dengan itik. Bukan boleh percaya dia ni.
Peacock pon ada!
Ni dekat kolam itik. Boleh kasik makan dekat tangan sendiri. Kalau berani la.
Shein panggil duck 'Duck duck come. Aaaaa aaaa' Sambil nganga mulut macam yang biasa kita cakap 'aaaa' suruh dia bukak mulut. Panggil duck, tapi buat bunyik kucing. Tak paham konsep ke Shein ni? Haha.
Hi Rayyan. Planetarium next time ok?
Kambing dekat sini punya obses dengan makanan sampai nak dipanjatnya kita. I geli vontot la dengan kambeng. Bukan takot tapi entah. Rasa seriau. Shein kisah pulak dia? Tengok la tu, dia hulur tu dekaaaaaat je dengan tangan dia.
Lepas tu boleh bagi makan ikan pulak. Ada Ikan Talapia ni. Phobia I. Eeeee takotnya Ikan Talapia Goreng. Sapa ingat kisah I dengan Ikan Talapia? Hahaha.
Sini depan Food Court. Boleh tangkap ikan tapi kena lepaskan balik. Nampak macam senang, tapi susah ok? Shein dah tak dapat ikan mula la nak marah-marah. Dia ni ingat semua menda nak datang dekat dia ke? I pon kalau jadik binatang taknak dekat dia. Sebab either dia gomol sampai lemas atau dia paksa suruh makan sampai mati. Hahahaha.
Haaaaa. Yang ni comel. Ni tikus besar yang biasa orang buat experiment tu. Tau ke tak? Ni kalau orang tukang jaga tu tipu I, maka I pon tipu la jugak korang.
Next! Kita tengok anak ayam pulak. Kena peratikan Shein dengan anak ayam ni. I nampak dia dah ketap-ketap bibir je. Baik selamatkan sebelum kena penyet.
Lasssst sekali, kita tengok ular! Shein berani la pegang. I duduk jauh.
Dah Shein, let's go home. Shein pon jawab. NOooooo!! Nanti kita datang sini lagi. I ada bump dengan readers yang friend dekat FB. Tapi tak sempat tegur sebab masa tu dia rushing nak balik.
Best kan kat sini? I sangat rekemen korang bawak anak-anak datang Farm In The City ni especially yang baya-baya Shein sebab confirm they will enjoy their moment here. Ingat pesan I, datang awal pagi ok? Lebih fresh time tu. Pada yang berminat nak bawak anak-anak korang datang sini, boleh la plan dari sekarang. I pinjam gambar dari blog ctliyana86 ni sebab dia ada ambik gambar yang nampak informative skek. I kalau ambik gambar takde der yang berinfo. Semua focus on subject je. Hahahahaha.
Yang ni pintu masuk ke Farm In The City. belah kiri tu counter beli ticket.
Nak jimat, boleh ambik family package sebab harga tiket akan jadik murah lepas tu dapat pony ride, dapat discount makan jugak.
Next time boleh try la Pony Ride ni. Ongtue boleh ke naik ni? Kalau tak boleh, I kurang setuju la dasar diskriminasi terhadap golongan usia macam kami. Hahaha.
MyCard Holder harga lebih murah. Adult is RM30.00, Children is RM25.00 and Senior Citizen is RM25.00. Bagi I, harga ni affordable la dengan semua yang ada dekat sini. Kena la bayar tiket kan? Kalau tak sapa nak jaga semua haiwan ni?
Bukak setiap hari kecuali hari Selasa. Tapi kalau Selasa tu jatuh Public Holiday and School Holiday dorang bukak. Kalau hari biasa operation hours is 10.00am - 6.00pm tapi kalau Weekend/Public/School Holidays dia bukak awal skek dari 9.30am - 6.00pm
Map to get here. Tak jauh dari Jusco Taman Equine. Guna la Waze, confirm sampai.
Sebelum balik, beli bubbles dulu. Suka la si Rayyan and Shein
This impromptu plan is so fun especially to Shein. Biasa kalau plan memang always tak jadik. Ni tak plan, sampai dah kitorang dekat sini. Thank you to Mr David, Shariffah and Rayyan sebab ok with this Farm In The City thing. Kitorang dekat sini lebih kurang dalam 2 jam setengah dari 1.30pm to 4.00pm macam tu je. Lepas balik dari sini, terus makan dekat NZ KLCC tu. Shein takde nap apa pon dari pagi jejak ke petang. Sampai rumah terus I mandikan Shein sebab bau dia pon dah macam kambeng dekat sana tadi. Siap mandi, lepak dalam bilik pasang aircond nikmatnyaaaaaa. Tau-tau Shein dah lelap. Tido tu direct dari 7.00pm sampai la esok paginya. Tauuuuu pon penat. Masa dekat Farm, dia taknak makan. Dekat NZ makan nasik lauk kari portion nasik macam I punya. Habes licin. Hahaha, Oooooo tau pon lapar?
Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
1 comment:
kak su cantik..ala..kita pegi 3hb aritu..kalau x boleh bump2 la dgn akak..
kak su gigih pun nak ckp "tumbuh-tumbuhan" ckp kangkung sudah..hahaha..
sy dtg da pukul 2..kura2 tu x larat nak buka mulut da..kesian x pasal2 dia obes nanti..
tp my kids x berapa nak enjoy sgt..masa masuk kereta terus ckp 'ok ayah..kita pegi zoo lain pulak..yg ada elephant..' hahhhh!!!
Post a Comment