Monday, October 10, 2016

Day Out with GF

Assalamualaikum…

Seronok sangat lately sebab GF selalu ada dekat KL. To be specific dekat Shah Alam rumah De sebenarnya tapi kira KL la jugak tu. Rasanya dah 4 kali Mak datang rumah De drag sampai seminggu lebih. Taktau nak cakap happy tu macam mana sebab dekat and boleh spend time lama-lama (Tapi Shah Alam jauh dari Ampang menyam ok). Walaupon I bercakap dengan Mak almost every day setiap hari masa OTW nak pergi kerja tapi still rasa tak cukup. Balik kampung usually every alternate week kalau takde apapa. Sebab tu rasa dekat and I cuba untuk spend time dengan GF as much as I can. Now rumah dia dah ada pagar keliling rumah, so takde la risau sangat. Ingat nak pasang CCTV nanti connect dekat henpon I terus. Dekat bilik, dapur, laman rumah dengan belakang rumah time dia sapu sampah lepas tu dengan dekat tempat tengok TV. Senang sikit boleh selalu tengok. Hahahaha. Melampau stalker Mak sendiri sampai macam tu. Eh biarlaaaaaaah kite sayang dia la! Now cuba taknak tegur Mak apapa walaupon menyirap sebab dia suka carik pasal and test kesabaran I. Biarlah apa dia nak buat walaupon menyakitkan hati I asalkan dia happy. Sebab tu kelmarin masa balik kampung, Mak lempar katak dengan lipas kat Shein I tak cakap apa. Tak cukup tanah member lari. Malam package ngigau. Mak tu memang kaki menyakat ok? Lagi budak nanges, lagi dia suka. Yerla kekadang kita ni baru je nak rehat nanti daaaaaahhhhhhhhhh dengar nanges. E! Tapi malas dah nak cakap apa. Ikut suka Mak la. Ni dia tengah sihat biarlah dia nak happy-happy dengan cucu dia. Kot esok lusa dah tak larat, kita jugak yang rindu. 


Kejadian minggu lepas. Julie Dahlan dengan Maya Karin. Ok la, Mak lepas ni jadik Maya Karin la. Haha.



I ambik cuti last week masa weekdays ajak Kaklong jumpa Mak and spend time dengan dia sama-sama sekali dengan De and Amsyar. Kitorang pergi Setia City Mall sebab dekat dengan rumah De. Kata Kaklong, last time masa Mak datang KL, dia tak lalu nak makan Nasi Ayam and dia demam yang langsung kena denggi tu. Ingat tak? So this time I belanja Mak makan dekat Chicken Rice Shop. Ikut suka Mak apa dia nak makan. I suka ke tak, tolak ketepi. Mak ni dia suka either Chicken Rice Shop or Johny’s je. Yang lain dia taknak. Cozy House pernah jugak try, dia suka la. Tapi tak berapa enjoy nampaknya. Macam steak tu I pernah bawak dia makan dekat Menate, dia kuis-kuis je. Tekak ongkampung suka makan nasik. Kita ikutkan ajer. Selalu rasa nak bawak Mak makan fine dining restaurant, tapi dia mana suka. Shopping Mall pon suka AEON Big dengan Jaya Jusco tak pon D’yana Wangsa Maju tu. Bawak pergi KLCC dengan Pavilion dia buat muka kura-kura. So ikut je la apa yang dia suka makan, mana dia suka pergi. You cakap je mana nak pergi sayang, zaaaappppp I bawak you.


Ni cucu kesayangan dia ni. Tapi yang paling sayang Aiman sebenarnya. Shein pon Mak sayang jugak. I takde pulak rasa sakit hati ke bila nampak dia sayang sangat dekat Aiman and Amsyar. Takde titik hitam dalam hati kalau Mak sayang cucu dia tu sebab I tau macam mana pon, dia paling sayang I WAHAHAHAHAHA


Ni Kaklong (Tak kenal memang cari pasal). Kekadang sakit je hati becakap dengan dia sebab manjang tadek bajet. Menyampah dah nak dengar. Haha. Anak sulong ni, dia punya aura lain sikit. Among siblings I rasa Kaklong la yang paling sikit kecikkan hati Mak. Paling menyenangkan hati Mak. I love you both.


Ni pulak De. Dengan I dia kurang bercakap dengan I tapi dengan Kaklong dia nampak lebih happy kalau sama-sama. Konsep dia siblings and kawan-kawan ni sama je click atau tak. De ni kalau dengan I tak banyak menda dia nak borak. I kena create topic to talk with her. Dengan Kaklong dia automatic ubah character. Dengan I lain.  Sama jugak I kalau dengan Kaklong ada je menda lawak nak buat.

Tak kisah la macam mana pon janji we know we have each other. Among us, nampaknya Mak lebih selesa lepak rumah De. Sebab dekat rumah De ada bilik Mak siap air-cond. Rumah I ada 2 bilik tetamu tapi nampaknya baju dah take over sampai tak boleh jadik bilik dah. Jadik closet. Hahaha. Sebab tu last week masa De dengan Mak nak sleepover dekat rumah I, pukul 10.30 malam I ajak check in duduk dekat De-Palma. Selesa la sikit tido hutel and ada aircond. Lagipon dekat je dengan rumah I. Ingat nanti next time Mak datang nak bawak tido hutel yang lagi best. Amsyar and Shein pon seronok dapat mandi kolam. Sazli pulak jenis tak menyusahkan hati I. Whenever Mak dekat KL, hatta 3 days in a row pon dia izinkan I layan Mak. Ada la muka sedih sebab selalu kena tinggal tapi Sazli pandai jaga diri. Selalu menyenangkan hati I bila I nak keluar ‘perempuan-perempuan’ aje. Shein dia akan jaga. Usually kalau keluar dari pagi, I siap kemas rumah and buat sarapan untuk Sazli and Shein. Baru senang hati nak besuka ria.


Ni yang kitorang order dekat Chicken Rice Shop. I ambik Family Delight Set dapat Pai Tee, Kerabu Mango, Quarter Chicken, 4 rice, Assam Fish, TawFoo, Bean Sprout, Chicken Ball Soup dengan 4 soft drinks. Set ni harga dia RM71.79. Lepas tu ambik ala-carte nasi lagi satu untuk Amsyar, Fortune wings and air upgrade and total Cuma RM108.10 je. Tak habes pon. Ada some kitorang tapau bawak balik tapi Mak happy takper la. Kata dia semua sedap. Selera Mak makan. Happy I tengok! I je la rasa pelik sebab Nasi Ayam ada lauk Asam Pedas ko dah kenapa kan? Yang lauk-lauk I sebut dekat atas ni ada yang boleh pilih nak mana. Next time I nak ambik Chicken Curry dia. Sedap!


Fortune Wing nama dia ni. 4 ketul RM10.33. Sedap!


Ayam Roasted. Ada masa I suka makan yang stim. Tapi kalau stim, probably Mak tak lalu la kot?


Taugeh ni simple je dia buat. Tapi sedap!


TawFoo


Kerabu Mangga


Asam Pedas


Pai Tee


Kata De, masa kitorang dekat Jakel beli baju untuk wedding Kakyang tu (klik sini untuk baca), nampak Mak macam tak larat. Yerla, Mak dah tua… Dah nak masuk 70 tahun. Mak pon cakap, dia tak selera makan macam dulu. Nak berjalan jauh pon tak kuat macam dulu jugak. Haih sedih pulak rasa. Masa malam yang De cakap tu, I sebak sangat dada rasa. Rasa macam nak peluk Mak jam jam tu jugak. Meleleh air mata dekat pipi and rasa ada seketul badak dalam tekak terlekat. Hahaha. Sebab tu la Rabu tu I ajak Kaklong spend time sama-sama dengan Mak. Dia cakap nak pergi urut kaki, makan dekat Chicken Rice Shop. Apa dia nak, I belikan ajer (Kecuali dia nak lipstick matte macam I pakai ni je I tak bagi. Beragak la kot ye pon Mak). Biar kanda pergi kerja pakai sependa, demi mu Dinda, Kanda sanggup. Untung mak ada BF macam I. Garang sikit kekadang tapi I kelakar jugak sebenarnya. Haha.


Singgah Padini nampak ada banyak kasut murah-murah dekat Vincci. Kata Kaklong nanti masa pergi Langkawi ‘Girls only’ tu, kite semua kena pakai baju and kasut sama. Baik. Mak nak pump shoes, zaaaappppp I ambikkan. Tanya kenapa tak beli 5 sebab alang-alang murah? Dia jeling I. Hahahahaha


Kitorang duduk dekat sini sementara tungu De beli barang dekat Padini.


Ok dah siap! Jom gerak tempat lain.


Ok la belanja gambar Siti Nurhaliza sato.


De I kurus je tau? Berat dia 45 tak silap I. Tak dapat dah kot kurus macam tu. Makan banyak je tapi tak pulak gemok. Nasik WAJIB makan kalau tak nanti badan dia lembik. Tapi tak pulak gemok. I syak dia bela saka. Haha.


Keluar dari Padini, I pulak yang beria shopping dekat H&M, Uniqlo semua macamkan tak pernah jumpa dekat KL. Mak dengan Kaklong jalan-jalan tengok Lipstick. Mak kata nak beli lipstick macam I yang matte tu. Hahahaha. Ok jom la Mak kita carik lipstick. Kata Kaklong, mekap dekat Elianto pon best. Tapi memang best! Lipstick Matte dia dalam RM30.00 je macam tu kot? Eye shadow lawa-lawa RM10.00 je satu. Semua la murah. Punya lama tengok lipstick akhirnya Mak bersila dekat lantai. Buat la perangai Ongkampong dia dekat situ. Hahaha. I belikan Mak lipstick tapi bukan matte la. Suruh dia ambik warna pekat sini kasik meletop sikit Mak Janda hahahaha. Kat kedai dia pakai, bila keluar je  dia padam. Lepas tu De bagitau I, ‘Kochip, Mak padam lipstick ko belikan tu’. I tak cakap apa, angkat je kening dekat Mak. Terus dia pakai balik. Hahahaha.


Kaklong pakaikan Mak lipstick

Siap shopping sini sikit sana sikit lepas tu dah penuh tangan, moh la balik. I pon nak singgah Wan Telor Goyang tu (Sebenarnya Wan Telor Berlada) I saja tukar nama sebab tak puas hati. Haha. Padahal I punya lagi sedap tapi Sazli cakap tak sama la macam Abang Wan punya. So singgah tapau dekat sana then only balik semula ke KL. Ikut Jalan Duta/Duke 50 minutes dah sampai Ampang. Penat jugak rasanya keluar dari pagi sampai ke petang tapi berbaloi sebab Mak nampak happy, makan pon banyak. Itu yang penting. I hope biarlah Allah bagi Mak sihat-sihat je. Untuk yang kedepan-kedepan macam tak sanggup nak fikir. Sazli tu lagi lah, anak tunggal. Biarlah I dengan Sazli dapat sama-sama dengan GF, Mak Azizah and Bapak sama-sama sampai bila-bila. Tapi mana boleh sampai bila-bila sebab fitrahnya, kita akan mati jugak satu hari nanti. Cumanya taktau bila. But untuk sekarang ni. ada mereka semua ni, I dah rasa cukup. Alhamdulillah…. Tak la kaya tapi macam ni pon dah syukur. Nak Uweeeeeet!!

-eNd-



4 comments:

SueGinola said...

Aduh Suraya...bestnya baca pasal U dengan GF you....

Naomie .Licouz said...

Hi Kak Su. nak pasang CCTV yg boleh connect tru phone blh WA Numi tau. Company ada pasang cctv 4 channel pada harga RM1980 sekali supply and install.

Berminat, Whatsapp Numi.

Blog: www.generalenstechnology.wordpress.com

Nur Aishah said...

good job su....
kita kerja, rezki kita semua ni tuk sapa lagi ye dak??
hidup ni pun sesingkat takbir dan salam je pon....
inspired entry2 mcmni..berbakti pada orang tua....tak mampu dari segi material, kita try the best, spend time ke... or sesekali mengaji sama2.. p semejid sama2..sbb ongtua2 mmg taknak benda lain dah...
take care siti nurhaliza celup2 nini cekelat celup. :p

Hani said...

Sedihnya baca entry ni
sama dengan I. Mak tinggal sorang je kat kampung tu. Ibu tunggal jugak sama cam mak su. ajak dtg sini paling tidak 3 hari pastu ayam kucing telefon suruh balik :)

kirim salam kat mak ye.

tapi,
bila kita bahagiakan mak insyallah rezeki kita sentiasa dalam doanya Su :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...