Monday, October 10, 2016

Testimonial dari pengguna Trial Pack ANNESURAYA SKINCARE

Assalamualaikum…

Seronok baca feedback dari customer yang dah dapat trial pack ni. Ramai yang excited and suka dengan ANNESURAYA SKINCARE ni especially dia punya sabun yang tak mengeringkan kulit tapi cuci sampai ke dalam dia punya feel. Lepas cuci muka, memang rasa bersih giler lepas tu fresh jer. Kitorang punya pencuci ada glutathione ok? Agent pemutih. M A H A L tu. Sebab tu kalau ada yang tanya, ‘Kaksuuuu bestnya pencuci muka dia ni’. Terus I flip hair lepas tu cakap, ‘Opcos la, mahal tuuuuu glutathione’. Hahaha. Krim malam pon best jugak. Memang krim malam ni, dia akan buat kerja sepanjang-panjang korang tido. Tak caya try pakai yang macam kitorang suggest. Cuci muka, lap. Pakai toner. Lepas tu pakai Night Cream and last sekali pakai Intensive Night Cream. I suggest korang pakai sebelum tido la. Time muka tengah lembap-lembap lepas cuci tu. Esok pagi, memang terasa kulit lembut. Ada sorang kakak ni punya excited nak share, terus call I. Dia cakap muka dia jenis sensitive. Dia cuma boleh pakai Product ‘N’ je. Dia a bit nervous to try at first tapi lepas pakai 3 hari, kulit dia OK takde naik merah so dia akan stick pakai ANNESURAYA je lepas ni. Thank you Kak Ella. Kata Kak Ella, muka dia memang merah all the time bila naked face. Super sensitive tapi ANNESURAYA ni dia serasi. So pada yang tanya I, kulit sensitive boleh pakai ke tak, JAWAPAN : Ye boleh. Beli lapan terus. Hahaha.


Horror betul kulit Lin ni. Lepas seminggu pakai, setel jerawat semua. Habes yang kasar-kasar tu dia lembutkan. I yang tengok pon puas hati.



Sama-sama kasih awak. Kulit muka makin tambah cantik lepas 5 hari pakai.


Seram pon boleh eh Noor Diana. Hehe. Day cream kitorang memang jimat kalau guna. Pakai nipis je cukup.


Terus jatuh cinta. ANNESURAYA memang lembut pada kulit. Yang tu first time guna pon dah tau.


Kulit kusam pon getting better after a week guna.

Kan I cakap Trial Pack I dah pos 3 batch? So tunggu je la eh? But kata la ada yang tak sampai tapi I ada reply ayat computer cakap Thank You tu, bagitau je I balik if tak dapat by Friday this week. Nanti I check lepas tu I akan pos semula (let say nama korang tertinggal). Don’t worry, I akan kotakan janji. It just a matter of time sebab I bizi menyelamatkan dunia. Tau kan I Power Rangers Kuning? Malam tadi pon I tak sempat nak jumpa Awie. Dia bersiap dekat rumah I sebelum buat show dekat Hard Rock. I cakap nanti la lepas dia show baru I jumpa dia. Sebok check database client time tu depan lappy. Awie pon kecewa je tak dapat jumpa I, padahal sanggup tu bersiap dekat rumah I daripada bersiap kat hotel, sekali I pulak bizi tak boleh jumpa dia. Punya bizi sampai ke dalam mimpi I bawak bizi check database semua. Dah tak dapat jumpa Awie dalam mimpi tu. Hahahaha.

One more, I nak mintak tolong pada yang dah dapat Trial Pack tu, If ada ANNESURAYA SKINCARE  HQ WhatsApp/SMS tanya feedback, korang reply la eh? Kalau kata tak pakai lagi atau tak sampai lagi just bagitau je. At least I tau. Jangan la ignore terus. I have records mana yang dapat tapi ignore kitorang punya WhatsApp yang nak tanya feedback tu. Macam mana korang excited nak cuba Trial Pack tu, macam tu jugak I excited nak tau feedback lepas korang guna macam mana. Sila la kasihani diri I ni. Pos beratus pack lepas tu bila nak tau feedback dalam 40 whatsApp 10 je yang reply. Takper laaaaaaa. Batu belaaaaahhhhhhhhhhhhh. Remember. If kita buat orang happy, Allah tu akan lipat gandakan rezeki kita. Yang ni memang betul. Macam mana susahnya effort kita nak buat orang happy dengan usaha kita nanti tetiba je Allah bagi rezeki yang tak terduga. We never know. Macam I sekarang. Tak sangka dapat ada Skincare dengan Anny (Walaupon tetiba je ada orang benci tak tentu hala) tapi takper la. Allah ada cakap, ‘Ada kesempatan disebalik kesulitan’. So better ambik yang baik-baik je, yang busuk menyakitkan hati lempar jauh-jauh and tak payah ambik tau langsung dah. Aman jiwa. Kah kah kah.

Eh apeni? Tadi nak cakap pasal apa sebenarnya? Ok sambung. I nak remind yang harga RM60.00 (tambah postage RM7.00) untuk Pre-Order ANNESURAYA SKINCARE masih ada sehingga 15 October ni ok? Lepas tu kita akan jual NP RM120.00/kotak. Tu ialah harga di kedai-kedai jamu. Dengan I, probably dapat la harga discount tapi tak boleh dah dapat RM60 macam sekarang ni. It’s 5 in 1 so memang sangat berbaloi bayar RM60 macam sekarang ni. Percaya la cakap I, Set 5 in 1 ni la paling confident kalau kita nak pakai sebab kita tau setiap krim tu dia punya kerja berbeza. Toner kitorang pon best, bila pakai dekat muka, rasa berangin je.


50% Off masih ada ok? Cepat order.
Tikus Makmal kitorang is Cikgu Kery ni. Dia paling risau kalau tak ok sebab Mak dia pesan, kalau tak serasi dengan kulit, jangan guna and tak boleh jadik a part of team. Tapi Al-hamdulillah lepas pakai, dia suka giler! Lelaki pon takkan la taknak jaga muka kan? Ni ada talent baru nak cuba product. Rockstar rambut panjang kenteng. Muka familiar dekat blog ni. Dia cakap, contract mintak Anny yang deal sebab taknak bias. Melampau. Haha.

Untuk update terkini boleh follow ANNESURAYAInstagram. Now kita buat contest like dari IG Cikgu Henseng vnkery dengan Lianatalia. Syarat dia korang tengok la dekat IG dedua tu. Like paling banyak akan dapat RM200.00 dari kitorang. Ada yang cuba beli like dekat Instagram tapi kitorang boleh detect ok? Jangan main kotor. Tak baik macam tu. IG ada dua gambar, lepas tu follower ada 60 tetiba like 1,500 dah kenapa? Yang like pulak semua Pak Arab, Russian entah mana-mana. Nampak sangat beli like. I benci betul kalau orang guna cara kotor sebab nak menang. Hesh!

Untuk order, korang boleh direct ke number ANNESURAYA SKINCARE HQ (010-3213830 or 010-4314406). Let say korang lebih suka deal or manja-manja dengan I, boleh je terus order dari I. 012-9184042 ok? Takde hal. Tapi kalau lambat reply, jangan marah. Lepas tu satu lagi I nak cakap, dekat Dopio sebelah office I ni, dia punya roti now semua best-best. Salted Egg Croissant dia size besar and donut dia pon size muka. Jap lagi lunch I nak beli. Nak makan sempena dengan takde apa-apa. Saje je nak makan banyak. Lantak lah kalau Anny nak bising ke apa. I pakai House of Corset ni mana boleh makan banyak-banyak pon. So takkan gemok punya. Badan pon ada curve. Bapak best. Semua I jual memang best la senang cerita. Kah kah kah. Okbye!


-eNd-

1 comment:

Unknown said...

Kak Su,
Handphone saya problem buat masa ni.takleh terima whatsApp lagi.tapi setakat ni, saya memang tak dapat lagi trial set tu..kak su jgn batu belah dengan saya yee..sedih saya...saya akan inform kak su jumaat ni kalo masih tak dapat trial pack tu.
yang benar,
wahidah YSL