Wednesday, October 26, 2016

Edisi Terhad Shell Canister

STICKY POST

 *Please scroll down for new entry*

Assalamualaikum..

Bila Shell launched limited edition of Shell Heritage canisters, I la paling happy sekali. Rasa macam excited untuk collect semua sebab bagi I, things like this boleh reminiscing back memory I masa zaman kecik-kecik dulu. Yang lahir tahun 80’s ialah yang terakhir boleh tengok Shell Stations and Pumps macam ni. Zaman sekarang dah takde. Memang la kan? Sesuai la dengan peredaran zaman and teknologi. Macam Shell pon makin lama makin maju. Now semua digital and computerize. Walaupon moden macam mana pon, sometimes I tetap ada traditional at heart and suka sangat if ada something yang boleh remind zaman kanak-kanak dulu. Sebak pulak bila fikir how time flies. Untuk Shell, thank you very much sebab keluarkan this collection bersempena dengan ulang tahun ke-125 Shell di Malaysia! Untuk peminat collectable item macam ni, korang dah boleh dapatkan koleksi ini di Shell Pump Station diseluruh Malaysia bermula dari 18 September sehingga 31 October 2016. Koleksi ini terdiri dari pelbagai design of Shell Stations and Pumps dari tahun 1920-an sehingga 1980-an.


My Limited Edition of Shell Canister



Canister ni datang dengan 2 size. Size mini dan size besar. Pelanggan yang spend minimum RM40.00 di mana-mana pump station boleh beli canister size besar pada harga RM12.90 satu. Dalam dia pulak ada fridge magnet. Manakala pelanggan yang buat pembelian di Shell Select dengan nilai sekurang-kurangnya RM6.00 atau pembelian sebarang barangan promosi pula boleh dapatkan canister size mini dengan harga RM7.90 sahaja. Setiap design akan dikeluarkan pada setiap minggu selagi stock masih ada. Maksudnya kena dapatkan cepat la. Dah habes, memang takkan re-stock dah. Dah kata limited edition memang la takkan keluar dah. So sapa nak, memang kena cepat-cepat sebab canister ni selling fast tau?


Mini size and big size of Shell canister

Banyak koleksi lain untuk Shell Canister ni termasuklah Limited Edition Shell Tanker dan Helix Car Care Kit. Semua cantik-cantik and korang memang kena ada complete set ok? More info pasal semua koleksi ni boleh check out Shell Website.




1980-an Model (9-15/10/2016)




Shell Tanker Model (16-22/10/2016)

Bagi I, Shell ni memang sinonim dengan Pump Station sejak dari dulu lagi. Asal isi minyak, mesti sebut Shell. Dari dulu sampai sekarang macam tu la. Hatta kalau dekat kampung-kampung kecik terpencil yang takde Shell tapi cuma kedai yang jenis isi minyak dalam botol tu, I tetap akan sebut 'Nak pergi Shell'. Hahahaha. Rasanya bukan I sorang je macam ni kan? Nampak sangat Shell dah lama bertapak dekat Malaysia and dah lekat dalam kepala each one of us. No wonder lah sebab Shell ialah perniagaan runcit bahan api yang terbesar didunia merangkumi 45,000 stesyen minyak di 80 buah negara dan dekat Malaysia je, Shell dah bertapak lebih 125 tahun. Lama tu!

Untuk keterangan lanjut mengenai edisi terhad Shell canister ini anda boleh layari www.shell.com.my/heritagecanister atau hashtag #shellKita di media sosial Instagram dan Facebook.

-eNd-

3 comments:

Mar Mansor said...

cute sangat

reen shazarina said...

Hai kaksu.. Sama la kita.. Saya dah dapat kumpul complete set.. Syok! Siap beli bekas transparent untuk isi 4 ketul mini tin tu.. Hehehe..

Unknown said...

comelnyaa semua shell canister tu.. rasa mcm nak kumpul sekarang jugak..:D