Friday, October 7, 2016

Izzy Is Off The Market - Part I

Assalamualaikum…

Ok, quick one before I share dengan korang lebih detail (lebih detail tu basically upload gambar-gambar dengan lebih banyak sampai 18 juta sebab biasa la pempuan kalau dapat bergambar paham-paham ajer la) Panjang pulak kurungan. Haha. So, harini kitorang manage untuk buat Lunch for bakal pengantin si Izzy. Buat dekat Brolly, bawah office kitorang je. Senang. Nak buat brunch apa semua time weeekend susah. Memasing ada anak/komitmen, so buat je time office hour. Best jugak and langsung tak rushing. Sempat makan dekat Brolly and sempat Dessert dekat Dopio. Seronok la Izzy orang celebrate untuk dia. Yang paling seronok Intan la. Gambar dia paling banyak. Lepas tu, kalau duduk dekat kerusi Izzy, tak jeling suruh bangun, taknak bangun. Geram je. Dah la dalam group WhatsApp dia pesan banyak kali, ‘Tema Pink + Black yer? Makesure pink ok? Bukan maroon’. Pesan macamkan dia pakai pink. Tetiba pagi tadi tengok baju dia pink belacan, tudung pink light nak mampos. Tarzan terus I. Intaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnn!! Member terus down, cakap nak balik tukar baju. Cakap je, Tak balik pon. Hahaha. I ni beria la beli pink lain sebab tudung yang ada pink light-light je. Kang tak ikut tema kang marah si Intan.  Dia kan Mak Pengantin? Anyway ni nak cerita pasal Intan ke Izzy? Geram je nak tunjal kan Si Intan ni?


Kena Pesan dekat Intan banyak kali, 'Ni Izzy punya ok? Intan jangan pakai'. Lepas tu dia punya muncungggggg hahahaha


Semalam ada yang tanya mana beli balloons. Yg crown semua (except helium balloons) kitorang beli dekat Balloon Buzz Party Centre dekat B1 – Pavilion. Paling dekat dengan office. Dekat sana semua ada kalau nak buat any party. Murah or not I tak sure sebab tatau kalau murah dia jadik berapa sebenarnya. Macam Set Balloons Queen For A Day tu + Polka Dot and Heart Shape tu RM42.00 sekali masuk gas. Tahan 3 hari. Yang Helium Balloons tu pulak dari Event4U. Invoice Tauke dia tak bagi lagi. Lin tu memang susahhhhhhhhhhh betul nak quote I invoice. Kekadang dah makan bulan baru bagi. I pon dah lupa dah.


Crown yang Izzy pakai tu RM16.85 . Yang kitorang punya ni (Kemain Hen Party. Hen Party la sangat) harga dia RM7.30 je satu. Bride to be sash tu pulak RM7.30 je.


Yang gantung dekat belakang tu tulis ‘Bride To Be’ is RM11.90 sahaja. Nak murah boleh buat sendiri. Cuma rajin atau tak jer la.


Ni lepas set up meja. Tenkiu to Faizal husband Lin dari Event4U datang set up meja. Simple je sebenarnya macam ni. Cost pon tak sampai RM200.00. Alhamdulillah Bakal Pengantin sangat happy.

Kitorang makan dekat Brolly ni, ikut apa yang Izzy nak. I dah kepit mulut Intan awal-awal tak bagi dia decide. Dia kan kalau sapa punya event pon, dia yang paling sebok? Hahahahaha. Izzy cakap nak makan ketam. Ok! Kita makan ketam. Konsep lebih kurang macam dekat Shell Out je. Harga pon not bad. Lepas divide semua, sorang RM58.00 je ponnnnnn. Jadik murah sebab Izzy bagi RM250.00 hahahahaha. Dah la raikan dia, lepas tu dia pulak contribute duit paling banyak. I suka konsep macam ni sebab jimat. Hahaha. Tapi dulu masa zaman I nak kawen, takde pon semua ni. Tak adil! Untuk Dyba pon kita tak buat sebab masa tu tak close macam sekarang lagi. Takper, harapan kita pada Intan je la. Nanti dia kawen, kita buat vacation siap. OK?


Seafood Set Flower Crab Medium ni harga dia RM109.00. Satu ni boleh makan untuk 2-3 orang. Makan dengan Shallot Rice, bapak la sedap!


Close Up skek! Ada ketam, udang dan pelbagai jenis makanan laut. Padahal dapat sama jenis semua, tapi masih ada yang bergaduh tak puas hati kenapa ko punya banyak kupang, aku takde? Hahaha.


Al-hamdulillah complete kitorang harini. Sarah pon ada datang all the way dari Melaka. Tenkiu BB for coming

Typical Sarah, mesti ada barang nak tertinggal kalau pergi mana-mana. Tadi dalam 10.30am dia call I cakap terpaksa patah balik lepas suku perjalanan ke KL sebab dia tetinggal purse. Boleh????? Dia ni purse, handphone memang letak merata. Tu bijik tu pakkal la lekat, kalau tak memang dia punya la yang paling selalu hilang. Hahahahaha. Siap makan, kitorang terus ke Dopio sebab nak makan Salted Egg Croissant. Now dekat Dopio dia punya roti semuaaaaaaaaaaaa sedap-sedap ok? Nanti esok lusa atau bebila I free, I akan update lebih detail and share gambar lebih banyak sampai ke lantai. Meanwhile kalau ada kawan korang nak kawen and korang ada limited time and budget, buat macam ni pon dah ok dah. Tak banyak sangat modal also tak consume banyak masa. Yang penting, bagi la bakal pengantin rasa special sikit. Buat orang happy pon dapat pahala. Nanti Allah akan gandakan rezeki dekat kita.  Aminnnn

-eNd-

No comments: