Tuesday, October 18, 2016

MAD ABOUT EGG-YOLK

Assalamualaikum..


Semalam Izzy carik pasal pergi hantar gambar Wendy’s Salted Egg-Yolk Chicken Burger dekat group ‘I Will Survive’. Pakkal dia bagi dah malam, kalau dia bagi time office zaaappppp memang I dah pergi KLCC dah tapau burger ni. Sekarang ni fasa I menggila dengan salted egg punya makanan. Dari donut, ke croissant dekat Doppio jangkit pulak ke Dolly Dimsum punya Salted Egg Bun tu (Tetiba teringin masa Jumaat lepas. Bila Kaklong tanya kenapa, I cakap sebab nak makan salted egg bun dia gelak je. Macam nak cakap ‘Ko dah kenapa dengan  telur masin ni, becinta ke apa?’) Hahahaha. Semalam pulak Izzy kasik tau pasal burger tu laaaaagi la I tak sabar-sabar nak makan. Salted Egg tuuuuuuuuuuuuuuu. I memang suka la wei. Tadi makan fries cicah dengan kuah salted egg-yolk yang meleleh-leleh tu Subhanallah sedapnya lahai. Macam makan dengan kuah cheese KFC. Kuah cheese tu pon tak sedap macam ni. Rugi la sapa duduk Kulai. Mana ada Wendy’s. KL ada la banyak. Ke kat Kulai ada Wendy’s? Hahaha. JB ada tak? Kalau ada bagus. Kalau takde, boleh datang KL la makan Wendy’s lepas tu boleh singgah Melaka beli Kuih Keria Antarabangsa. Hahahaha.


Salted Egg-Yolk Chicken Burger Wendy’s combo dapat soft drink + fries for RM13.00 kalau tak silap. Tambah singget boleh upgrade large size dapat air and fries lagi banyak. Gemok padan muka. Kalau ala-carte RM10.00 jer.



Ni gambar dari Wendy’s Malaysia Facebook. Tu sebelah dia is Yolkenator Fries. Geram je nak order tapi takot gemok pulak dengan burger, soft drink bagai so fogedit.

Sebetulnya I menyampah la kalau apapa makanan letak daun kari. Sebab tu I kurang gemar Ayam Berempah atau Butter Prawn. Potong laaaaaaaaaaaaa rasa kalau letak daun kari. I tak suka ok? Nanti pening kepala la kalau makan. Daun Kari tu letak dia dalam masak kari sahaja. Yang tu je I boleh terima. Tapi tadi makan Salted Egg-Yolk Chicken Burger ni ok pulak rasa. I sendawa rasa daun kari lepas tu boss I cakap, ‘Eh, kuat betul la bau kari ni. Tadi saya dah basuh bersih dah tangan.’ Lepas tu I cakap, ‘Power kot kari kepala ikan yang Boss makan tu, sebab tu bau kuat sampai sekarang’. I nampak Boss I cium tangan dia. Kalau lah dia tau dia sebenarnya dah hirup bau sendawa I, mati lah KPI I sikit tahun ni. HAHAHAHAHA. Ok sambung cerita. Usually I confirm akan pening bila makan any dish yang ada daun kari ni (kecuali masak gulai kari). Dia punya saiko kekadang membawak ke demam. Serious ok? I kalau phobia dengan makanan, bila makan I boleh diarrhea muntah melepek and demam. Contoh macam Ikan Talapia, Petai and Jering. Now Petai I dah boleh accept. Jering ok tapi yang muda krup krap. Daun kari ni pon nampak macam ok dah tapi Ikan Talapia memang I kenot forever. Penjahat tu. I takot.


Ni Salted Egg Bun dekat Dolly Dimsum masa I makan dengan Kaklong last week on Friday. Kata Kaklong, ‘Kenapa ko tak pernah bawak aku makan kat sini Kochip? Sedapnyaaaa’


Kalau nak makan sedap selalu kena la doakan ANNESURAYA punya sales sampai RM6,000,000.00 sebulan. Jangan kata makan kat Dolly Dimsum, dengan kedai-kedai dia aku pacak depan rumah ko kak. Nak makan apa je zaaaaaaaaaaap ada depan mata. Eh tapi kalau I banyak duit and boleh beli power, I nak ada power macam Gopal dalam Boboiboy. Dia ada power boleh tukar apapa pon jadik makanan ok? OMG bestnya kalau macam tu. Tengok calculator depan mata, guna power boleh tukar jadik Kuih Keria Antarabangsa Melaka. Kan best tu? Tak payah dah sesusah nak beratur. Power ok Gopal? Nanti kalau orang tanya sapa I punya Superhero favorite, I nak cakap Gopal la. Mana ada orang power macam dia boleh tukar apa sahaja jadik makanan. Hebat nak mampos. I suka.


Yang ni Salted Egg Éclair dekat Doppio. RM9.00 seketul. Atas dia ada Salted Egg cream and dalam dia ada inti salteg egg yang lebih creamy. I only can finish 3 quarter je. Lepas tu dah tak larat nak makan. Too creamy. Tapi sedap. Probably time tu I dah terlalu kenyang.


Yang ni pulak dah bersiaran ulangan berapa kali dalam blog. Semalam ajak Kaklong makan lagi dekat Doppio. Rasanya setakat ni I dah ok. Dah tak teringin dah. Tak payah dah nak turun bawah pukul 11.30am pergi Doppio sebab takot habes. Boleh la bertahan seminggu tak teringin ni.

I rasa sesapa yang cipta semua makanan ni jadik sedap macam ni memang terror la. Hope lepas ni ada la orang jual cakoi, cicah dengan kuah salted egg. Sedapnyaaaaaa. Tak pon churros makan dengan salted egg dip. Kan sedap tu? I rasa the idea is, makanan tu kena letak ibu roti dalam dia then only match. Betul laaaaaaaaaaaaaaa. Kan bun, roti burger, donut, éclair tu letak ibu roti? Tu jadik sedap. Imagine ada orang buat donut bentuk bulat duhet limaposen, lepas tu letak dalam bekas yang macam corn in a cup tu, curah kuah salted egg ni perrrrrrrghhhhhhhh. Mesti sedap! I ingat kalau I bukak la restoran yang berasaskan salted egg ni, mesti laku. Kita buat la yang lain dari lain macam churros makan dengan salted egg dip, sekejap je viral kan? Orang Malaysia ni memanggggg suka bagi viral menda yang unik macam ni. Sebab tu la Kuih Keria Antarabangsa tu boleh popular. Kuih Keria je pooooonnnnn. Ko dah kenapa yang tingin sampai bawak dalam mimpi?

Patut la Sazli cakap, ‘Mama letak gambar makanan dalam blog, nanti orang teringin kesian tau? Nanti berdosa la kalau orang teringin’. Now I paham konsep dia macam mana. Kalau tak sebab dalam explore Instagram asyik keluar pasal Kuih Keria Antarabangsa ni takde la I teringin macam ni. Batu Belaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah

P/s : I’m not pregnant


-eNd-

4 comments:

Unknown said...

kak su,..saya dh teringin nk mkn kuih keria antarabangsa dengan telur masin kak su duk crita ni..saya tak mampu nk rasa semua tu..nanti kak su dah jadi jutawan, kak su belanja la saya ye..saya doakan kak su sihat selalu, jadi kaya raya giteww...setiap hari jumaat kak su leh belanja org miskin mkn dan rasa apa yg kak su penah rasa..semoga diberkati dan dipermudahkan...

hachereennor'ain said...

bab makanan boleh bawa ke demam tu saya ada alaminya kak. masa sekolah dulu saya pening dengan air sirap. kalau nampak pun rasa nak muntah apa lagi nak minum. bayangkan masa tu baru sekolah rendah kantin hari hari jual air sirap, memang saya tak pernah lalu area air tu. even kalau beli air dalam cawan plastik yang saya tahu bekas air sirap pun saya boleh muntah. kalau nampak classmate bawa air sirap dalam botol, mesti saya suruh dia letak bawah atau saya tak boleh pandang. sampai dulu pernah ada 1 classmate dia kasi surat dia tanya kenapa saya tak boleh minum atau tengok air sirap? kelakar je surat tu. dia tanya sebab dia takut tengok saya sikit sikit nak muntah. haha

Nur Aishah said...

suraya sulatin oiii.. weekend i pegi melakaa..melaka faham???
tu makna apa?? maknanya i akan 4wd pic keria kat u...hahahhaa...
su, tgk cemana..kalau i pegi.. i belikan hang naaa..pstu i pass kat hang... itu kalau I pegi tawwww.. sbb sblm hang jd kaya dgn annesuraya tu..bek i ngaku hang kwn i siap2..bff i suraya tu.. haahahaha

SueGinola said...

Surayaaaa...saya dah rasa dah yang kat BreadTalk..sedap dap dappp....hehehe...

Samalah..tapi yang bab makan tu saya tak boleh makan Ayam Goreng Berempahhhh...kalau rempah lite-lite giler takpe..tapi kalau rempah segala rempah dia letak (ada pulak daun kari) memang lepas makan tu terus loya, pening dan rasa nak demam (siap pakej mengigil sakan)..huwaaaa...taktaulah kenapa okeh....okbye...