Monday, November 14, 2016

Apa Yang Sedap Di Food Republic Pavilion KL?

Assalamualaikum..

I dah tau dah mana nak makan Kway Teow yang sedap selain dari dekat Madam Kwan. Haritu la accidentally terjumpa dekat Food Republic Pavilion secara tak sengaja. Beef Kway Teow dalam RM15.00 and Kerang Kway Teow dalam RM10.00 but taste soooooo good. Sama taraf dengan Madan Kwan okey? Biasa dekat Food Republic Pavilion, I makan Yong Tau Foo soup. Bebudak ni memandai bagi nama stall tu Pulau Ketam. Padahal yang nama Pulau Ketam tu dekat Midvalley tak silap I. Kuah boleh mintak 2 jenis, sup biasa atau kuah kari. Tak pernah yang dapat RM15.00 kebawah kalau order. Paling busuk RM18.00. Sebab time ambik masuk bakul rasa macam nak makan semua. Stendet macam tu la. tamak. Dulu masa tak expert, memang banyak bazir dari makan. Now nak makan habes, sayur kena ambik satu and sampah sarap ball lelain tu ambik 3 je. Kuah sup tau? Lepas tu mintak kuah manis and kuah pedas asing. Jangan lupa letak sesame oil + sesame + white pepper baru best! Eh, tadi nak cerita pasal Kway Teow padahal, ni tetiba jadik Yong Tau Foo. Hahahaha. Dekat Food Republic ni sebenarnya banyak je Food Stall yang sedap-sedap tapi biasalah, kita jenis kalau suka satu tu, memang kedai lain tak pergi dah. Jenis setia cenggini la. Cecece. I pulak dulu tak habes-habes dengan Ayam Penyet tak pon Maggie Korea tu. Now ada la variety skek. Korang kalau dekat Food Rupiblic suka makan apa? Share Pleaseeeeeee. 



Oyster Omelets. Harga below RM20.00 rasanya. Tak ingat. Kalau nak makan this alone cukup, jangan makan dengan menda lain kalau tak memang kenyang. This oyster omelets is penipu sebab I rasa telur dia tu bukan telur alone tapi dia campur tepung so dah jadik macam cekedok pon ada. Tapi sedap!





Beef Kway Teow dalam RM15.00. Sama kedai dengan Oyster Omelets tu.




Yang ni is Kerang Kway Teow. RM10.50 je harga dia. Sedap! To cilantro I yang mintak. Sedap wei makan Kway Teow dengan menda ni. Bahasa Melayu dia panggil Daun Ketumbar. Daun Ketumbar ni kalau korang masak kicap letak la. Nanti rasa lebih sedap.




Kasik close up skek. Kway Teow ni macam dia campur dengan Mee Kuning kan? Tapi sedap je. I sukaaaaaaaaaa sangat Kway Teow yang kena dengan tekak macam ni. Makan dengan cili potong. Perrrghhhh!!



Yong Tau Foo Soup ‘Pulau Ketam’. Yang ni Intan punya. Dia kata nak beli RM10.00 je tapi always failed. This one dalam RM14.00



Ni Dyba punya. Si Dyba suka makan dengan Mee. Kenyang sikit. Dia breastfeed memang makan banyak.




Si Intan ni bukan la suka sangat Tteokbokki ni tapi dia kan Minah Teringin? Ni terpengaruh dengan SI Sarah makan ni dulu.




Hot Plate Yee Mee. Dyba makan ni.

Just untuk korang punya information, makan dekat sini dalam RM10.00 – RM20.00 la lebih kurang range dia depends on apa yang korang order la. Ada yang lebih murah macam Nasik Lemak bungkus tu dalam below RM3.00 sebungkus. Ada jual dekat sini cuma kena rajin la mencari. Kalau tak kenyang boleh ambik 2 baru balance kiri kanan. HAHAHAHAHA. Lepas tu air pulak, bawak je bekal dari office sebab jimat. Bawak bekal air comel apa macam Shein? Jadikkan habit setiap kali keluar bawak bekal air. Banyak kan tumbler yang comel-comel ada jual dekat kedai? Kekadang sekarang restaurant pon melampau charge air kosong ada yang sampai sehingget. Dua hingget pon ada. Tu kalau fine dining restaurant la. Yang best Pavilion ni sebab parking murah. First hour baru RM3.00, kalau KLCC masuk je parking RM5.00. KLCC memang la mahal parking dia. So sesapa yang duduk area Pavilion or yang rasa macam teringin nak makan dekat Pavilion tapi tak tau harga jangan risau sebab RM10.00 pon dah kenyang. InsyaAllah. Cuma kat area Food Republic ni dessert memang la tempting semuanya. Tak boleh nak elak kalau jenis kaki dessert. I pon kalau dekat area sini jalan pejam mata je. Usually kitorang datang KLCC just untuk makan je. Takde window shopping ke apa. Sejam dah cukup J

Food Republic
Lot 1.41.00 - 1.51.00, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

-eNd-

1 comment:

mama tisya said...

Prawn noodle sdap juga situ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...