Assalamualaikum..
I rasa ada la 2 bulan kot I tanya Nape, 'Nape, Ana bila nak bagi Kaksu rasa Brownies dia?'. Berzamaaaan ok nak dapat? Menyirap je I tengok each time Ana upload dalam FB. Hahahaha. Only semalam Nape bagi I rasa brownies yang Ana buat ni. Dia bagi mini pack, dalam dia ada 6 ketul. I makan dengan Intan, Dyba and Kaklong. Sedaaaaapnyaaaa!! Tenkiu Ana. Rasa dia tak manis sangat. Just nice. Rasa chocolate dia sedap, lepas tu dalam dia moist, atas dia kedut-kedut rangup and drizzle pulak dengan Nutella. Heaven! Memang kena dengan tekak I sungguh. I ni hantu makan dessert. Walaupon cuba elak sebab takot put on weight but sesekali I makan jugak lepas tu flush out balik dengan minum air kosong 2 liter. Macam tu cara dia kalau nak menten 'kurus' untuk makan dessert. Anyway back to Ana punya Brownies. Bagi I, Brownies yang sedap dia kena chewy, gewwy and moist dekat tengah-tengah. Tak boleh manis sangat sampai potong kaki. Rasa chocolate mesti ada pahit-pahit manja sebab guna premium quality chocolate, atas dia kena ada kedut-kedut and jangan berderai. Lepas tu I suka Brownies yang takde nuts or very sikit nuts. If ada semua ciri-ciri ni, kira berjaya la ngorat I dah. Among all, sebagai customer mestilah I nak yang FREE DELIVERY lepas tu murah. Hikhik. Bahan mintak quality and premium je, lepas tu nak murah. Buat sendiri laaaaaaaaaaaaaaa!! Eh tapi ni I suarakan mewakili pembeli-pembeli. Bukan I yang cakap eh? Sebab I jenis yang tak kisah sangat bayar untuk makan JANJI SEDAP. Now Ana punya Brownies dah masuk dalam list favorite I.
Nutella Fudge Brownies by Ana. Kasik close skek. Teringat lagi semalam masa first bite. Dia punya moist dalam dia. Perrrrghhhh!!
I pernah je order Brownies tapi tak sedap. Dry sangat and bila gigit habes berterabur. Dry giler ok? Lepas tu dah la kena paksa-paksa order sampai I naik semak. Kena paksa beli, lepas tu kena paksa bayar walaupon term COD. Delivery charge pulak sampai RM30.00 OMG. Cara tuntut bayar dah macam Along. Dia punya follow up sampai 2 3 kali sehari sampai I naik semak. Katanya sebab nak beli bahan. If tak bayar dia tak boleh nak beli bahan. Padahal bukan tak kenal pon. Desperate benar dia punya business. Tak cukup kena paksa beli, kena paksa letak dalam Blog pulak. Tak dapat la kan? Sebab I only akan share kalau SEDAP. Tak sedap memang I takkan share dengan readers. Sebab rasa macam menipu pulak. So kalau makanan yang nkorang nampak I share tu, InsyaAllah maksudnya memang sedap. OK?
Intan pon suka jugak Brownies Ana walapon dia bukan dessert person
Economy Pack ni dalam dia ada 6 ketul, only RM10.00 SAHAJA. Murah kan?
Yang ni pulak size 8'x8' harga dia RM35.00 SAHAJA. Apa tak memberangsangkan gambaq hang ni Ana? Kata Ana, henpon dia cikai. Hat ni pon puas edit baru la ada rupa sikit. Ambik gambaq macam mana pon nampak huduh. Henpon lawa Nape punya ja. So kalau nampak gambaq lawa tu dari henpon Nape la. Hahahaha.
Uish. Sedapnyaaa. Teringat pulak. Menyesal semalam share makan dengan bebudak ni. Hahahaha.
Kalau 8'x8' ni dapat 25 pcs. RM35.00 untuk 1 box. Maksudnya seketoi jatuh RM1.40 je. Murahnya lahai....
I tanya Ana, macam mana Brownies dia murah tapi sedap? Dia cakap, Dia nak orang puas hati makan Brownies dia sebab sedap. So dia buat sungguh-sungguh and pilih bahan buat Brownies ni only yang berkualiti jer. Siap tanya I, 'Ok ka Kaksu Ana jual harga macam ni? Mahal sangat dak'. Risau sungguh dia takot mahal. Ok dah ni. Ana pon guna bahan ber quality. Bukan margerin timbang kati yang bau hapak tu. Coklat compound Ana guna jenis Beryl's, butter guna jenis Anchor, Coco Powder Ana guna jenis Van Houten and topping memang Nutella betul. Bukan chocolate spread jenama lain yang lebih murah. Ana ni pon budak baik sangat-sangat. Jauhhhh la kalau nak compare perangai huru hara I ni. Hahahaha. Dia cakap pon lembut je. I jenis kalau bercakap memang macam petir.
So, pada korang yang nak order boleh WhatsApp/Call Ana sendiri dekat 019-5144174. FREE COD dekat Menara Felda, KLCC and kawasan sekitar dari Isnin - Jumaat. Sabtu Ahad pulak FREE COD area Sungai Buloh and Rawang. Untuk area lain, boleh tanya Ana sendiri macam mana ok? I still tak boleh lupa I kena delivery charge sampai RM30.00 walaupon dalam satu area. 2 kali kena. Yang best, nak collect bekas pon kena charge delivery jugak T___T Mati la naaaaaaaaak.
Hp : 019-5144174
-eNd-
No comments:
Post a Comment