Assalamualaikum..
Happy Birthday Intan! Tahun ni Intan 32 tahun. Single macam biasa. Takpe Intan single sebab the best is yet to come. Sebab usually dalam hidup kita ni, yang indah-indah tu sampai lambat sikit sebab konsep dia, 'save the best for last'. Lagipon Intan nampak muda je dengan mengamalkan makan Zenia Collagen, Transgluta dan Transbella (Sesambil iklan) Hahaha. Intan cakap, tahun ni last la dia single sambut birthday. InsyaAllah tahun depan celebrate dengan suami. Tapi masalahnya tak tau sapa lagi sebab calon pon takdak. Hahaha. Intan pon bizi dengan study dia. Dia kan ambik degree? I naik menyampah tengok dia buat notes semua. Tahun ni Boss dia tak sambung kontrak so Intan dah tak jadik Secretary dah la. Dia nak masuk HR. Lepas tu pesan awal-awal dekat Abang Azza (HR Manager) kalau dia masuk HR jangan bagi kerja susah-susah sebab dia bizi dengan study dia. Boleh? Sesuka hati je. Intan ni memang aci boleh je. Beza dengan I, Intan ada la usaha nak kerja Department lain. macam I, I forever nak jadik Secretary sebab I tak suka kerja banyak-banyak sangat. Haha. Dah, jom kiter tengok gambar Surprise Lunch Intan yang kitorang arrange kan untuk dia masa 27/10 lepas dekat Imperial Chakri Palace, KLCC.
Ni dia dapat surprise ni masa kitorang lunch. Macam biasa package surprise dari Event4U. Takyah bagi bunga, sebab bunga tak boleh makan. Kata Dyba bagi la Chocolate Bouquet, nanti boleh makan sama-sama tapi haram sampai sekarang tak nampak kelibat. Haha. Intan taknak share ok? Kedeks Intan!
Kaklong outstation masa hari kejadian so dia tak boleh nak join. Kemain sekarang semenjak masuk Procurement dah pergi outstation. Naik pangkat dah dia jadik exec. Hahaha. Izzah pulak busy tengahari tu kena setel kerja urgent so dia pon tak join. Tinggallah I, Dyba and Izzy je. Macam biasa, I heret Anny masuk dalam ini cerita untuk memeriahkan suasana. Intan dah pesan, jangan la buat surprise macam Kaksu punya birthday. Intan malu. (Malu tapi mahu sebenarnya) Hahaha. Kitorang cakap, takde surprise apa. Kitorang cuma nak bawak dia ke KLCC je, makan dekat Food Court sudah. Intan pon muka redha kesedihan. Tapi sebenarnya kitorang nak bawak Intan makan dekat Imperial Chakri Palace. Intan suka makan nasik. So kita bagi dia makan nasik la senang.
Nak jimat masa, a day before I terus book tempat and order siap-siap. So by the time kitorang sampai, tinggal nak makan je. Balloons semua I beli dekat KLCC and mintak dorang hantar dekat Chakri Palace. Satu belon RM6.00 kaler hitam + orange (sebab takde kaler peach) and delivery dorang charge RM5.00. Boleh laaaaaaaaaaaaa kasik deco lawa-lawa sikit. Kek pulak, I beli je dekat Bisou Bake Shop. Beli Red Velvet yang kecik tu. Sedaaaapnya! So cost cake dengan belon dalam RM120.00 macam tu. I beli cake siap-siap and hantar dekat Chakri Palace terus. Deal dengan staff sana cakap kek nanti bawak keluar and sing a birthday song waktu dessert time. Alhamdulillah masa hari kejadian, semua sukses!
Simple je. Takde deco apa. Cuma letak balloons. Tapi kira ok la kan? Kena je warna kitorang pakai peach dengan kerusi and alas meja. Kah kah kah. TQ Izzy tolong ambikan gambar. Birthday Girl punya impian nak pakai crown akhirnya tercapai.
Dyba cakap dengan Intan, nanti lunch masa birthday Intan Dyba nak kaler lembut pastel macam peach. Intan tak setuju. Dia nak warna biru turquoise. So gaduh la Intan dengan Dyba masa nak decide kaler. Kata Dyba, 'Birhday orang semua akak dah decide nak kaler apa, kalini biarlah Dyba pulak decide. Dah la birthday Dyba takde ambik-ambik gambar macam ni'. Hahaha. Dyba memang tak puas hati je. Time birthday dia last year jatuh bulan puasa. So memang takde la ambik gambar and makan-makan macam ni. Sebenarnya cantik Dyba pilih kaler lembut macam ni. Kalau korang perasam, kitorang sebelum ni kaler semua yang garang-garang. Today kaler peach nampak lembut je kan? Jom tengok apa kitorang order.
Stir Fried Squid Salted Egg - RM32.90
TERPALING SEDAP! Signature Kadok Leaf Roll (Meang Kam) - RM24.90
Ni bukan daun sirih ye Intan? Daun sirih tu yang Nenek Intan makan sampai mulut jadik merah tu.
Thai Mango Salad add Catfish. - RM22.90
Birthday Girl Favorite. Traditional Green Curry (Beef) - RM29.90
Traditional Pandan Chicken (6 pcs) - RM32.90
Chakri Tomyam Choice of Clear Seafood - RM25.90
Lepas duduk 5 minutes, makanan pon sampai. Masa makan tu Intan rasa macam takde apapa dah untuk dia. So dia pon bersemangat la makan. I, Dyba, Intan, Anny and Izzy pon bersungguh makan. Dah kenapa semua macam kebuluran? Hahaha. Time ni, Faizal dari Event4U pon sampai nyanyi lagu birthday and bawak balloons and chocolate bouquet. Intan pergi cakap, 'Hei, I know you!' Hahahaha. Bongok Intan. Time ni Intan pon busy la sebab nak main teka-teka sapa bagi hadiah semua. Tak sempat Faizal bagitau what to do, Intan pergi cakap. 'Ok bang, takper. Takyah cakap. I tau dah procedure dia macam mana. Kena teka kan?' Bongok la Intan! Main teka-teka sapa bagi pon ada la 10 minutes lepas tu Anny cakap, 'Kitorang makan la eh Intan? Ko main la teka-teka tu lama sikit'. Hahahaha
Thank you Faizal datang on schedule.
Happy la Intan dapat semua ni
Kata Intan, memang impian dia nak dapat surprise dari Event4U now dah tercapai hasrat dia. Masa ni, Intan kena rakam ucapan terima kasih. Lepas tu siap mintak kalau salah cakap, boleh take two tak? Kata Faizal tak boleh sebab 'kodak' tak cukup. Hahahaha. Intan bagi ucapan, lepas tu dia sendiri 'cut'. Intan ni memang bongok la. Sempat pesan, 'Makan la slow-slow, tinggalkan lah Intan sikit lauk'. Tapi bila makan, tengok dia makan sikit je sebab dah tak lalu makan. Dia kata dia malu. Asyik cakap malu je.... Kata Intan, dia tak pernah dapat surprise macam ni. Balik-balik Suraya punya birthday jer yang buat surprise. Sempat jugak tu nak mengungkit? Hahahaha.
Dah habes makan, staff Chakri Palace pulak keluarkan kek and nyanyi birthday song. Ni mana lilin kecik lagi satu? Intan 32 la!
Happy Birthday Intan. Hope Intan suka surprise yang kitorang buat ni. Kata Intan, 'Biasa-biasa je surprise ni. Boleh la. Takde la surprise mana. Tak macam Kaksu'.
Hahahahaha. Ungkitttttttttttt jer kerja. Tapi the next day baru la Intan cakap, dia terharu sebenarnya dapat semua surprise ni. Dia tak sangka and speechless. Selama dia hidup, ni la first time orang buat untuk dia macam ni. Biasa la Intan, Ego nak mengaku. Dah malam baru la share-share gambar cakap sedih sebab birthday dia dah nak habes. Sorry sebab tak meriah macam Kaksu punya. Mana boleh lawan Kaksu, sebab Kaksu kan kakak?
Ok. Complete 5 of us!
Ambik gambar dekat depan Chakri Palace sebelum balik. Bergaduh je Dyba dengan Intan sebab belon. Semua taknak pegang. Intan tu memang, time birthday dia taknak pegang belon, taknak pakai crown. Kalau time birthday orang, dia yang sebok.
Cantik kan warna Dyba pilih ni? Lembut sangat. Ni first time kitorang pakai warna lembut macam ni.
Pukul 2.00pm kitorang gerak balik office. Cukup 1.30 jam untuk makan and ambik gambar semua. Kitorang pon buat hari kerja so limited time masa lunch. Nak buat jugak on the birth day itself baru la meriah. Lagipon Jumaat tu Dyba cuti. Haha. Memang simple je semua ni tapi Intan cakap, dia rasa special. Dia banyak diam sebab dia malu (tapi mahu tu). Kata dia, memula ingatkan betul la kitorang bawak dia pergi Food Court. Kalau betul la kitorang bawak dia pergi Food Court je memang kejam la. Hahaha. Takde la Intan, takkan la nak bawak Intan yang Pwincess ni makan dekat Food Court je. Kan?
Intan, kitorang harap Intan happy.... Intan pon selalu buat orang happy so today turn kami buat Intan happy walaupon Intan cakap 'biasa-biasa je semua ni'. Wajaq ok? Hahaha. Semoga apa yang Intan hajati akan tercapai. Most important yang nak kawen tahun depan tu. Aaaaaaamin!
Ni I compile video untuk Intan.
-eNd-
3 comments:
agak2 bday dyba tercapai tak hajat nk seprais mcm ni?? harapan jelaaa sbb tahun depan bday dyba ialah hari raya ke 3 ( aku tye aku jawab)...lepas tu xde dah seprais2 ni...ok bye :(
this is the best surprise yg intan pernah dapat. Terima kasih kawan kawan.. kak su dyba ezy dan annie (Bakal kakak ipar tak jadi) buat kezutan kat intan.. walaupun nampak simple kezutan tu tapi ianya sgt bermakna dan takkan pernah lupa..
awal2 da pesan kat dyba kak su ezzy tak nak ada surprise macam event4u buat kat kak su tu.. pastu zappp dyba kata tak sempat da.. event4u tak nak amik..last minute booking tak approve. hahaha tapi masa makan kat chakri palace tu tgk ada satu mamat berjambang macam ala2 wok dyok.. apa lagi.. Eh i know u. hahaha... dapat gak surprise dr event4u..
Nway, i love u all so much.. tq for such a lovely friends, lovely surprise, lovely present...
Agak2 tahun depan ada lagi tak surprise macam ni? In Sha Allah.. mana tau dapat surprise kawin ke kan? mana la tau.. Amin..
p/s: Bila nak ada assemoga intan part 2..
Salam Kak su,
Bila nak update assemoga intan part 2... :D
Post a Comment