Assalamualaikum..
Masa weekend bebaru ni balik kampung, I ajak Sazli
singgah makan Ikan Patin Tempoyak dekat SZ Rahmah (Tok Penghulu) yang sebelah
BHP Temerloh, lepas Hospital Temerloh kalau datang dari KL tu. Kata Boss I,
dekat situ sedap tapi sekelar RM30.00 la. Mahal sikit. Masak dengan air mineral
ke apa I tak sure kenapa yang jadik mahal macam tu. Tapi kata Boss I, kalau dah
makan yang kedai Tok Penghulu tu memang tak pandang dah yang Ikan Patin Pak
Usop Sungai Temerloh tu. Kata Boss I, dia dah ban dah Kedai Pak Usop tu sebab tauke
and pekerja memang sombong. Itu memang semua orang tau. I pon perasan dah lama
Tauke /Family dia macam eksyen sikit tapi takper la… Memang macam tu attitude
dorang. I perasan dah lama semenjak dari Arwah Ayah admitted dekat Hospital
Temerloh kitorang makan dekat sana sampai la sekarang, tak pernahnya nampak dorang muka manis. All the
time muka ketat. Macam masa weekend tu, depan I masa queue tu Nurse. Dia cakap
nak kepala bungkus, sekali Tauke dia cakap kuat-kuat, ‘Sini makan je, bungkus belah sana!!’ Nurse tu pon dah malu-malu
alah beratur belah sana pulak. I yang Siti Nurhaliza ni pon kena. Memula ambik
1 mangkok untuk makan, lepas tu beratur pulak belah sana mintak nak bungkus 2.
Masa tu balance tinggal la ekor. I cakap ok. Lepas pada cakap tu, I beratur
pulak ambik nasik. Datang balik kat Abang tu, I tanya. ‘Bang, ambik kat sini ke yang bungkus?’ Maka dia jawab, ‘Makan dulu! Nanti bungkus ambik lepas
makan!!’ Lepas dia jawab tu, I cakap je. ‘Terima Kasih bang’. Dia tak pandang tapi angguk je. Amboi budi
bahasa dia memang Gred A. Kata Sazli, kata la kalau Allah tiba-tiba bagi Ikan
Patin pupus dalam dunia ni, masa tu baru la Kedai Pak Usop ni tak sombong
agaknya.
No
Doubt memang la sedap Ikan Patin Pak Usop ni. Takper la kalau dorang sombong, janji
aku makan sedap. Kah kah kah.
I wonder kan, kenapa la selepas almost 10 tahun,
attitude tak berubah-rubah jugak. Memang kalau kedai laku, nak kena mahal
dengan senyuman ke? Nak kena eskyen ke? Mementang la kedai dia ramai orang
datang, boleh pulak eksyen. Padahal, tanpa pelanggan sapa la kedai tu kan? Cuba
muka manis sikit, cakap elok-elok takde rugi pon. Kedai sebelah-sebelah sana
pon jual ikan patin jugak tapi Kedai Pak Usop ni tetap paling ramai orang
datang. The best thing is, kalau datang sini nak makan Ikan Patin Tempoyak,
mesti dapat. Cuma kekadang kalau first trip dah habes, kena la tunggu dalam 40
minutes untuk next trip. Makanan dia sedap-sedap termasuklah ulam-ulam yang
fresh, sambal tempoyak and semua la lauk-pauk nasi campur memang First Class.
So, instead of tauke yang tak berapa nak warm, kita pejam mata je la eh? Janji
makan sedap. Mak pon happy semalam dapat makan Ikan Patin sebab I bungkus bawak
balik. Dari sekelar RM6.00, now dah RM12.00 tetap ramai jugak yang datang.
I
ambik Hati Ayam Goreng 1, Sayur taugeh goreng, sambal tempoyak dengan petai
jeruk and ulam-ulam. Sedapnya! Sambal Tempoyak tu sangat la fresh and rasa
manis durian dia.
Sazli
today makan Ikan Patin Goreng, dengan sambal ikan bilis campur tempe and tu
bawang dari air asam
Ulam-ulam
for Sazli.
Total kitorang makan ni, dengan Ikan Patin Goreng
untuk Shein and Air jagung also Air Milo ice, bungkus pulak 2 kelar Ikan Patin
Masak Tempoyak is RM63.30. Tak sure mahal ke murah tapi rasa berbaloi la puas
dapat makan. Dari SZ Rahmah tu pukul 12.30 dah habes ko dah kenapa? Dah tau
sedap, masak la banyak sikit. Geram je. Takper la, nanti balik lagi sekali I
nak cuba datang awal sikit ke SZ Rahmah tu. Mana tau ada rezeki untuk cuba. Tak
pon mintak mereka asingkan sikit untuk I let say I sampai lambat. Dekat KL now
pon banyak dah kedai Ikan Patin Temerloh tapi I tak sure mana yang ok sebab
bagi I, kalau nak makan Ikan Patin mesti dekat Temerloh. Baru feel!
Ni masa otw nak balik Jengka dari KL.
Untuk ahli
keluarga Pak Usop, harap dapat la baiki attitude and murahkan lah dengan
senyuman. Muka jangan nak ketat sangat. Orang datang makan dekat kedai awak tu
bayar, bukan makan FREE kot ye pon nak eksyen sangat. I pon takde la cakap
taknak makan kat sana dah sebab patah hati macam Boss I, tapi it would be nice
if kita pelanggan dilayan dengan baik. Kalau kita buat pelanggan happy, more
than that pon Allah akan bagi. Takyah la sombong-sombong sangat, kot nanti mati
mayat akan bergolek masuk kubur sendiri, lain la citer. Ye dak?
-eNd-
9 comments:
As Salam Sue
Kalu kami mmg tobat tak pi makan dah haih, nak sedap tara mana sgt.. Tempoyak ttp rasa tempoyak takkan rasa keju plk,kan
Org muka keta2 ni nyakitkan mata n jiwa
sedapnya ikan patin masak tempoyak..
adoiyai. I kan kalau tokey sombong / budi bahasa pelik pelik ni, memang I takmau beli. kalau terpaksa sangat i suh orang belikan. hehehe
macam kat pasar malam area umah I ni ada satu family jual air. memang dorang je jual bebanyak jenis air. terima kasih memang tak pernah ada, senyum memang tak pernah, sama sama ke angguk ke pun tak pernah. I assume satu family memang keturunan muka camtu dari makbapak sampai anak anak dara mereka. Orang still beli sebab takde choice dah. I sanggup tahan napsu tak minum air kelapa tetiap minggu . ahhaha
Setuju!! koi orang temerloh ni pun dah penah kena. Syukur sangat-sangat skang banyak kedai lain..tak kuasa nak jejak kedai dia dah.
tak yah makan situ lagi la su...idok le sedap tara mana sangat pon...da la sombong kan...skang port makan ikan patin temerloh koi pegi gobang..sedap jugek..
Saya penah makan kt kedai pak usop nie ..x la sedap mana pon..mmg sgt mengecewakan..kuah pedas giler ikan x berapa nk masak...aku heran mcm mana org ckp kedai pak usop tu sedap sangat..sekali tu je la aku g sana..
Saya penah makan kt kedai pak usop nie ..x la sedap mana pon..mmg sgt mengecewakan..kuah pedas giler ikan x berapa nk masak...aku heran mcm mana org ckp kedai pak usop tu sedap sangat..sekali tu je la aku g sana..
Reatoran SZ Rahmah hanya ikan patin liar sungai, bukan patin sangkar. Jadi stok tak banyak. Masak dlm 7 ekor jer sehari kalau ikutkan cakap owner restoran.
Betul kata boss kalau dah makan patin tempoyak SZ Rahmah, dah tak pandang patin tempoyak tempat lain. Itu yg bahayanya, mana larat nak beli RM30-RM35 sepotong. Hehe 😜
ustaz kata nak masuk kedai mkn....baca ayatul kursi dulu, tengok2 lah bhg atas....faham2 jelah
Post a Comment