Monday, November 7, 2016

ASSEMOGA INTAN - PART II

Assalamualaikum..

Kemain, ada je peminat Intan yang mintak entry sambungan Assemoga Intan – Part II ni cepat-cepat. Part I baca dekat sini. Memang I pon nak up cepat-cepat supaya tak kena pressure pada diri sendiri. Si Izzy punya entry Hens Lunch and Wedding pon sampai sekarang tak update, ko ghaser? Entry II ni actually takde apa sangat pon, tapi I saja la nak bagi Birthday Girl happy and rasa special skek so petang tu melayan dia ambik gambar dengan hadiah-hadiah dia. Saspen jugak takot kang tetiba Dato’ datang dari belakang lepas tu kena sergah tak pasal je. Heart attack ok? Haritu dah kena dah. Boleh baca dekat sini. I takot dengan Boss Intan tu. Dia tu kang entah dari mana tetiba je keluar macam magic. Kalau dengan Boss I, boleh compromise sikit, dengan Boss Intan ni memang takde. Dia macam Guru Besar sikit. Tapi ni hujung tahun dengar dia dah nak retired and tak sambung contract so lepas ni no more Dato’ and Intan akan masuk HR. Suka la dia banyak osstesen lepas ni. I nak cakap dekat Boss I, lepas ni kalau Intan Stock Take dekat mana-mana kilang, I nak ikut. I kena escort Intan sebab Intan tak boleh dipercayai. Dekat office ni yang paling takde osstesen memang Secretary je. Sian kan? Paling sian Intan la. Dah 8 tahun kerja, 1 kilang pon tak pernah pergi.

Kata Dyba, nanti masa Farewell Dato’, kita kena buat persembahan Bollywood. Kalau takde orang nak masuk, kitorang je la 3 orang joget. Dyba ketua. HAHAHAHAHA.



Ni hadiah Intan dapat dari I, Izzy and Dyba. Macam biasa, dari Event4U la. Coklat tu sampai sekarang taktau apa nasib beliau. Takde pulak Intan offer apapa. Lain kali bagi bunga je. Biar sama-sama tak dapat makan. Hahahaha.



Sekali dengan balloons ni. Ada lagi dekat tempat dia sampai sekarang masih tegak berdiri.


Bunga ni dari I. I beli dekat Happybunch.My
Best kat sini sebab everyday bunga dia akan lain-lain and most important sangat murah (RM46.00) and FREE DELIVERY


Ni yang I bagi pada Intan. Cantik kan? Boleh Follow IG happybunchmy.


Yang ni Intan dapat dari peminat misteri. Sampai sekarang taktau sapa yang bagi. AMBOI

Kata takde peminat?


Chocolate dengan Heart Shape Balloon tu dari Izzah, Smiggle yang terbalik tu dari Kak jue and Dalam Paper bag tu dari Dyba. Dyba bagi Intan tudung yang sama macam I and Dyba pakai masa hari kejadian. Aleynamiranda.co and I tumpang letak 1 bawal satin Dara by Fathiya tapi imitation punya. Kah kah kah.


This one from Frankie (Nama Glemer, nama sebenar dirahsiakan)


Dah berangan-berangan dengan Intan, tetiba si kecik Dyba sampai. ‘Sampai hati tak ajak Dyba sekali ambik gambar’. Dia cakap. Ok meh laaaaaaaaaaaaaaaaa. Tu tudung I dengan Dyba sama kan? Moktan pon dapat yang sama jugak. So nanti boleh la berzanzi pakai sekali.


Ok la kasik chance I masukkan gambar I dudek (jugek).
Kaklong selalu cakap, ‘Nak dudek’. Maksudnya Nak jugek. Haaaa


Intan bersama half dari koleksi hadiah beliau *rolling eyes

Kata Dyba, tahun depan semua tak payah dah surprise. Dyba dah taknak buat apapa. Kesian Dyba, dia punya tarikh birthday memang tak best. Kena cuti la, puasa la. Hahahahah. Nanti kita kena la buat surprise untuk Dyba sempena takde apapa. Kasik chance kat dia dapat surprise jugak. OK?

Now Intan, birthday Intan dah habes. Kena move on. Lagipon umur dah banyak, boipren sampai sekarang takde. Haritu I tanya Kerol (Adik Ipar Anny) ‘Kerol, U nak ke taknak dengan Intan ni?????’ Bulat mata I tanya Kerol. I saspek kalau Kerol kuar dengan Intan pon sebab takot I dengan Anny. Hahahahha. Tapi harini Dyba tag dalam FB. FB tu cakap macam ni, ‘769% perempuan yang kekal single semasa belajar hingga bekerjaya mempunyai potensi tinggi dilamar lelaki kaya. #fakta’. So maksudnya apa? Kang Intan tetiba je berenti kerja, tau-tau kawen dengan anak raja. Jangan kata seutas gelang emas, dengan kedai emas sekali laki dia boleh beli dekat dia tawwwwwwwwwwwwww?

Goodbye Kerol! **Tetiba


-eNd-

3 comments:

dyba said...

kahkahkah....happy bday mok..assemogaaa....

Anna Dayana said...

Hahahhaha... kenapa ada pic kak su tu.. kenapa? by the way thanks for the present and bunga bunga cinta tu.. suka sangat

Akhir kata assemoga Intan dapat suami tahun depan.. Amin

INNANIE ARIFFIN said...

OMG!!! KAK SU I LOVE THAT FACT!