Tuesday, November 8, 2016

#teamtakbolehmove on dan Kuih Keria Antarabangsa

Assalamualaikum..

AKHIRNYAAAA I dah move on dengan Kuih Keria Antarabangsa. Lama jugak nak move on. Ada la setahun lebih kot? Was wondering nak pergi Melaka just untuk cari makanan yang sedap-sedap. Nak Try Kuih Keria Antarabangsa yang viral dekat FB and Instagram tu and nak try Coconut Shake yang popular jugak  tu. Melaka – KL pon tak jauh. Dalam 2 jam lebih dah sampai. Lagi best kalau ada orangd rive, kita tido. Kah kah kah. I Ok je kalau nak pergi tapi nak carik geng yang suka travel semata-mata sebab nak makan tu susah la sikit sebab memasing part time Power Rangers macam I, acane? Semua pon bizi menyelamatkan dunia. Sazli pulak memang tak la. Dia tengok kedai makan beratur panjang pon tak berapa berkenan. Ni I baca kata beratur sampai sejam semua memang kirim salam la nak pergi. Tapi dari info yang I dapat, dorang cakap kalau pergi weekdays and datang awal, takde la sesak macam weekend. Ada yang cakap, makan panas-panas tu sedap nak mampos and share pulak gambar dalam FB memang I bergenang air mata. Hahaha. I memang sejenis beremosi dengan makanan. Memang cenggitu. Tu la keistimewaan I yang ada connection dengan foods.


Akhirnya minggu lepas dapat makan Kuih Keria Antarabangsa ni. Now I dah move on.


Tenkiu untuk blog readers, FB friend’s yang bersungguh share information dengan I pasal delivery Kuih Keria Antarabangsa ni sampai la I dapat jugak akhirnya makan last week. Mimi Fahmee siap offer lagi dia punya, tapi kena datang Putrajaya pulak. Kebetulan malam tu I ada hal, so tak boleh nak pergi. Tapi last week, finally I dapat jugak rasa through Gombak Food Delivery FB yang offer untuk belikan Kuih Keria Antarabangsa ni. Harga seketul RM0.50 and upah RM5.00 jer. Pick up point dekat KFC Wangsa Maju, so boleh la I cuba. Ni la paling reasonable dan masuk akal dia punya upah. Kekadang ada yang charge sampai RM20.00 and ada jugak yang ambik sampai RM200/trip. I pon takde la nak salahkan yang tukang deliver ni sebab dia pon nak kira cost minyak/tol/upah beratur semua kan? Itu semua duhet. Kalau dah teringin, bayar ajer la service tu. Tepuk dada tanya selera. Ye dak?
I beli 2 packs which is 1 pack ada 10 ketul. Nak bagi Anny, Dyba, Kaklong and Intan so beli la lebih. Masa dapat tu of coz la dah sejuk. 1 pack tu rasa dia macam Kuih Keria la, tapi dah sejuk and yang 1 lagi macam tak boleh nak telan sebab texture dia pon dah jadik lain. Susah nak describe. Maybe dah simpan lama ke, not so sure. Masa makan tu, I also tak expect macam testimonial dari  orang yang makan fresh masa baru lepas masak sebab dah sejuk kan? Rasa macam kuih keria biasa tu. Takde beza cuma color dia gelap sikit sebab sira dengan Gula Melaka. Bagi I, nothing special. Seriously takde apa pon. I rasa kalau nak puas hati, memang kena makan time panas-panas la kot? Baru la ada umppp!!

So kepada sesiapa yang teringin nak makan Kuih Keria Antarabangsa ni, elok lah makan yang panas-panas je. Kalau dah sejuk, takde apa pon. Tak pon buat jer la sendiri. Buat gemok debab sama macam size Kuih Keria Antarabangsa tu and sira dengan Gula Melaka. Makan panas-panas time tu semestilah sedap. Kalau panaskan balik pon rasa dia tak banyak lari dengan yang sejuk. Tapi apapa pon I sekarang dah puas hati dan memang dah 100% move on. If ada rezeki, nak cuba makan yang panas pulak. Bebila la nanti kalau pergi Melaka. Bila tu taktau lagi. Kalau ada niat nak kirim sebab teringin, I nasihatkan tak payah la sebab kalau dah sejuk, memang tak sedap. OK? Unlesssss kalau kretif. Mintak la yang tak sira lagi. Lepas tu frozenkan. Nanti nak makan goreng balik and sira dengan Gula Melaka. Buat sendiri dekat rumah. Yang tu MUNGKIN sedap. Kbye.

Kuih Keria Antarabangsa I dah move on. Yang I tak boleh move on sekarang ni and masuk #teamtakbolehmoveon is Fattah Amin and Suri Hati Mr Pilot. OMG kenapa aku terjebak???? Seriously I biasa-biasa je ok dengan Fattah Amin ni? Tapi si Rish, Hani, Miera, Aliah, Shanom, Effa and Syikin kepoh giler dalam Wakdan Wags Group sampai la I sendiri terjebak pergi tengok dalam Instagram video Fattah dengan Neelofa kekadang berejam. Ko dah kenapa??? E! Ni si Hani dapat personal hello dari Fattah sebab Fattah kawan dengan Arie, kawan kitorang and dapat rakam for her. Si Rish la ngek sampai dia cakap, invite la Arie dalam Wags sebab nak mintak Fattah persenel hello individual dekat kitorang pulak. HAHAHAHA. Nama reservation dekat restoran pon dah RishFattah. Hahahahahhaha matilah. Sanggup dorang pergi Stalker Café sebab nak makan dekat café si Fattah ni. Haritu I share gambar Mimy Hamid makan kat sana jumpa Fattah, kata Rish ‘Kenapa tak peluk? Kalau I, I dah peluk dah. Lantak la’. HAHAHAHA. Kepada Rish, harap bersabar ok? Istifar banyak-banyak. Bawak-bawak mengucap. Hahahaha.


Sapa lagi yang tak boleh move on, korang boleh PM Rish and Hani. Dua orang tu dekat office bukan buat kerja pon. Mengadap si Fattah dalam IG je. I ingat Rish kena jadik Presiden Fan Club Fattah Amin ni. Serious.

-eNd-

2 comments:

mama tisya said...

nk rasa juga yg keria melaka tu tp tula aritu ms outstation melaka pegi singgah tk buka lg...tkde rezeki lg...tp adik dh pegi kebetulan xrmi..tp tk bgtau kakaknye, hampeh..whatsapp gmbr dh otw blk kl...kot la akaknye bole rs seketul dua hehe

Mommy Cici said...

ahhaha bestnya kalau tengah obses dengan hero heroin tu lepas tu dapat personal hello. dulu berebut nak autograf skg main record je ye =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...