Friday, November 25, 2016

Birthday Dinner Fruz and Hani. Special Guest : Fattah Amin.


Assalamualaikum..

Sebelum Rish remind dalam FB tiap-tiap hari untuk masukkan dalam blog pasal Birthday Fruz and Hani and I makin stressed baik I masukkan harini jugak. Haha. Ni pon dah kira lama ni sebab birthday dinner dekat Brolly ni kitorang buat on malam 11 November lepas. Lagipon I kena jaga hati Rish, dia memang banyak menyumbang duit untuk ANS. Loyal customer ni. Corset, Skincare, Bella semua dia beli. Ni masukkan entry ni I letak muka dia paling atas ni, harap gaji ni dia beli lagi la barang-barang lain pulak. Kalau tak habes makan Transbella pon takpe beli je jugak buat stock, I kena follow up dengan dia suruh beli jugak lagi. Hahaha. Rish ni shopaholic tahap 8 la I agak. Now kitorang ada group 'Gila Bawal' lagi la I tengok menggila masing-masing. Ketua dia Marsha. Habes semua jenis tudung dari Owl, Neelofa, Aleeya Miranda, iBawal and segala mala tok nenek dia tau. Rish pulak pantang nampak offer mesti beli. Harini Iza and Mira dah beratur pulak dekat Bangi sebab Owl ada sale. Eh, tetiba cerita pasal group shopping overshadow pasal Birthday Dinner Fruz and Hani. Hahaha. Pasal shopping mudah betul distracted. Sabar ajer la. 


Tak dapat Fattah Amin betul, dapat muka ala-ala Fattah Amin pon jadik la eh Rish? Ni Zareef, budak WakDan jugak. Macam Fattah Amin kan muka dia? Suara, gaya cakap semua sama and most important is dia Pilot sebenar! Fattah Amin tu pilot tipu-tipu buat apa. Lagipon dia Pilot macam kerja office je I tengok dalam Suri Hati Mr Pilot. Masuk kerja pagi, balik kerja petang. Hahaha.
Masa ni dalam group yang kitorang ada tu, memasing la meroyankan si Fattah Amin. Dengan Mira, Syikin, Hani semua sama naik. I yang tak minat ni pon tetiba terjebak layan Loffatah IG sampai pagi pergi tengok video-video dorang. Hahaha. Ni memasing dah slow down sikit tapi kalau nampak Lofa and Fattah kat mana-mana masih lagi meroyan especially Rish la. Dulu Fattah Amin tu macam Mat Rempit mana je poooonnnn. Sekarang badan dah buff memasing mula la suka. I out eh? Cuma saja nak ikut trend. Orang suka, I pon sebok nak suka jugak. Hahahaha.

Ok back to pasal birthday dinner ni. Actually memula plan nak buat dekat BLVD. Sekali bila call, BLVD charge minimun RM150.00 spend/person kalau nak buat birthday dekat sana. So harapan tinggal harapan, maka kami beralih ke Brolly. Dekat Brolly pulak kalau nak VIP room kena minimum spend RM1,500.00 so ambik je la tempat biasa. Hahaha. Sedih sangat bunyik dia ni kan? Deco pon cuma letak belon je la. Macam biasa, I la tauke belon. Tempah dekat KLCC a day before lepas tu Jumaat tu, I datang collect and hantar dekat Brolly terus. Theme is Green and White.



Cantik combination green + white


A second before Abang Guard KLCC datang sebok-sebok cakap jangan lepas belon. Lepas tu marah-marah. Yang Si Intan pergi melawan masa dia cakap jangan lepas belon. Kata Intan, 'Kan berikat ni? Takkan la nak lepas'. I cakap 'Tak payah explen Intan, blah je'. Lepas tu Abang Guard tu escort sampai escalator, takot benar dia kitorang nak lepaskan belon ni.

Janji semua berkumpul dekat Brolly pukul 8.30pm tapi biasalah kan? Memasing dah ada anak ni mana la boleh nak on time. Syikin dengan Gofur datang asing. Syikin dari Shah Alam, Gofur dari Jalan Klang Lama. Masa pukul 8.00pm I otw nak ke Brolly, Gofur call cakap dia OTW jugak. Syikin dekat Shah Alam lagi T___T Padahal masa petang ni dalam group Syikin kata dia nak cepat sampai. Hahahahahah. ni pakkal la askar 3 orang tak bawak, kalau tak pukul 11.00pm kot baru gerak. Haha. Tapi syikin sampai tak la lewat sangat. Masa I sampai pon, Hani and Kidd dah ada dekat Brolly.


Tak sempat nak ambik gambar deco meja. 


Syikin, Siti Nurhaliza and Mira tauke brownies. Janji je nak datang bawak brownies tapi janji hanya tinggal janji. Pataaaaaaaaaaaaaaah la hati


Excited je muka masing-masing bila cakap nak masuk blog. Hahahaha.  Ni la bakal-bakal model Annesuraya skincare. Kah kah kah. Nak caras Cikgu vnkery. Jangan memain eh?


Kesian dekat Rish sebab Rizqi macam cranky malam ni. Dia macam moody. Tapi I tengok dia handle ok je. Ni kalau jadik dekat I ni, memang jawabnya balik terus. Takde dah nak tunggu-tunggu. You hebat Rish!

Order la masing-masing nak makan ikut selera masing-masing. Concept birthday ni is 'go dutch'. Senang. Hahahaha. Actually banyak lagi makanan lain tapi segan pulak beria nak ambik gambar. Nak tau sapa yang paling banyak order? Hani and Kidd. 2 orang tu je order dekat RM300.00 kot? Hahahahah. Masa nak bayar bill Hani gelak-gelak je sebab tak sangka order dia and Kidd paling banyak.  Oh, I datang sorang time ni sebab Sazli demam kena tonsil and dia kata takde mood nak makan and bercakap. So kawan la dengan Shein dekat rumah. I ni pon pakkal la datang solo, kalau ada Shein memang tak boleh la nak ambik gambar borak-borak semua. Macam si Raisa (anak sulong Rish) jenis pandai bawak diri. Sapa-sapa pon dia ok jer.


Spring Chicken in Kamala : RM48.00


Beef Sirlion - RM65.00


Lamb Moussaka Burger - RM36.00


Yang ni apa ni? Satay ke? Takde dalam bill pon? Haha.


Beef Ribeye - RM78.00


Flatbread Salmon Pizza - RM26.00


EB Grilled Salmon - RM48.00


Cajun Chicken Wings - RM19.00


Happy Birthday to Fruz (10 Nov 1982) and Hani (15.11.1984)
Semoha Allah panjangkan umur, sihatkan tubuh badan dan diberi kebahagian dunia dan akhirat. Amin,,,,,,,


Cake by Marina Malek @bakedinchelsea. Nama cake ni The Chocolate MnM. Harga RM200.00


Bila belah, dekat tengah-tengah dia ada muntahan M&M. Sedapnya!! Cake ni Rish la pilih. Semua la dia yang decide. Dia kan Mak Pengantin?

Total bill is RM1,005.80 untuk 14 orang dewasa. Kira ok la kan? Lepas makan, sambung borak-borak dekat luar. Tabah jugak Fruz and Rish tunggu sampai pukul 11.30pm dalam Rizqi mengamok macam tu. Hahahah. Brolly pon syok jugak lepak bila malam. Ada orang main Live Band. Tak sesak sangat but ada orang. Makan pon rasanya tak mahal sangat and affordable. Cuma sayang la, Brolly pon tak lama dah ada. Soon dorang akan shut down. No more Brolly after this. Tak dapat la dah makan Flatbread Pizza lepas ni. 


Nak jugak ambik gambar dengan Zareef. Malam ni Zareef dah macam star dah sebab semua nak ambik gambar dengan dia. Dia takde apa pon. Kitorang je la gelabah nak ajak ambik gambar sama. Hahaha. 


Fruz and Rish + 2 babies. Raisa and Rizqi. Rish. You paling cantik malam ni. Acc number I ialah 1642122*****. Hahahahah.


Mira and Eddy. Eddy ni kekadang iras Syukri Hashim pon ada I tengok.


Acap, Shima and Dhia.


All girls! Raisa pon girls jugak. So kena la ambik gambar sekali.


Acap. I kasik you markah lebih sebab you tongkat dagu.


All of us. Dari kiri : Acap, Dhia, Shima, Syikin, Raisa, Siti Nurhaliza, Rish, Mira dukung Rizqi, Hani, Kidd, Gofur, Azrid and Paan.
Belakang : Fruz, Zareef and Eddy

On behalf of Rish selaku Mak Pengantin/Organizer untuk Birthday Dinner Fruz and Hani, I nak memandai ucapkan terima kasih pada semua yang datang. Paling terima kasih sebab share beli belon and kek. Hahahahaha. Nanti lepas ni kita berkumpul untuk Langkawi Trip pulak on January. Ni diam je group. Payment hotel lagi half kena settle on 1st Dec jangan lupaaaaaaa. Ni lagi la I stressed nak kena masukkan dalam blog nanti. Seram I kena follow up dengan Rish. Tau la Lawyer/ Hahahaha. Dia tu pagi-pagi dah bukak blog I ok? Peminat setia Chooyaya Secret Garden sungguh! Malam tu, 11.45pm I sampai rumah. Si Hani gagal goda Kidd untuk tengok Live Band dengan Syikin and Gofur. Dah tetua ni, memasing la ingat bantal je. Dulu 11.45pm tengah bercantik-cantik la kalau Jumaat/Sabtu. Hahahaha. OMG dah tuweeeeeeee!!

-eNd-

No comments: