Monday, November 28, 2016

Trip Ke langkawi Untuk Girlfriend.

Assalamualaikum..

This is short entry sebab ain dapat arahan untuk update few things, since kaksu now ada kat Villaku. Nanti dia akan update blog jugak, so korang jangan risau. PA dia take over sekejap je. Ini pon dia ingatkan suruh update blog macamkan nak pergi berperang. Sayang sangat kat readers dia sebab nanti takut korang komplen blog tak update. Harap semua peminat dan readers dia bersabar ok? Korang pon kena la sayang dia lebih. Sebagai contoh tanda sayang, beli la korset dia sorang lapan (ada promo beli 1-RM130, beli 2-RM240, beli 3-RM300). Lepas tu beli pulak AnneSuraya Skincare sorang enam belas (ada promo price jugak RM90 free postage). Hahaha ni berguru dengan kaksu la ni sesambil promote. Kah kah kah.


First sekali kita letak gambar bos dengan girlfriend. Cantiknya bos.. Dahla cantik, baik, pemurah. Terus tenggelam yang lain macam kuat membebel, cakap laju macam keretapi express dan sedikit garang. hahaha. I love you bos!

Bos-bos cenggini la dia, selalu outstation or holiday (cecece). Lagipon dia kan busy dari few weeks ago sebab wedding ayang anak kaklong. Dia pon dah taraf mak pengantin punya busy. Kadang kesian sebab dia mengadu busy tak cukup masa, kerja, bisnes, diri sendiri, penat bla bla bla. Tapi kadang padankan muka je sebab kaksu ni kekadang kan sejenis wakil rakyat yang semua benda dia nak borong buat. Semua orang selagi dia boleh tolong, dia tolong.
.
Ok straight to the point. Lagi few weeks kaksu nak pergi langkawi holiday dengan kaklong, de and girlfriend dia. Soooo nak mintak kalau mana-mana readers dia ada suggestion servis yang boleh guna kat sana, boleh la komen nanti ok? Kalau dapat dengan contact number sekali. Since holiday ni untuk mak (girlfriend dia), mintak korang pon consider la kalau nak bagi suggestion tu. Jangan la suggest tempat nak midnite party pulak, or tempat party buih. Tak kena konsep. Bila bawak orang tua ni mestilah kena consider banyak benda. Aktiviti pon tak semua sesuai. Aktiviti paling sesuai pon most of that adalah makan rasanya. Haha. So korang nanti boleh la suggest kan apa yang ain list kat bawah ni ok? Atau share la korang punya experience apa best kat langkawi. memang kita boleh je google untuk baca, tapi personal experience is the best knowledge. Tak gitu?
.
  1. Tempat makan best dan sedap. Kena ingat yang pemilik blog ni bab makan dia beremosi sikit, so kalau korang suggest tempat makan tak sedap takut dia amek flight balik KL terus. Yerla, bab drama dengan makanan ni suraya sulatin je yang paham.
  2. Sewa kereta yang senang deal and servis cantik. kereta ok, harga ok, yang deal pon baik. Bukan kaki mark up macamkan kita ni bukan rakyat Malaysia. Sebab ada je sesetengah penyewa ni kalau sewakan kereta macam laaaa kita ni pelancong dari luar negara. Harga melampau.
  3. Hotel/Resort yang ok but at the same time tak jauh dari tempat-tempat menarik kat sana. Yang view cantik laaaagi bagus.
  4. Aktiviti apa sesuai sebab semua perempuan and ada mak sekali (selain beli periuk dengan pinggan mangkuk) haha. Sebab mak-mak kan suka bab ni.

.
So rasanya tu jela. Ain and kaksu pon personally bukan tak pernah pergi langkawi. Ain pon dulu belajar kat kedah. Cuma macam ain cakap tadi, share la experience korang holiday kat sana ok? Mana la tau ada tempat makan best yang maybe tak berapa popular lagi tapi korang dah pegi. Popular ni tak semestinya sedap kan? Actually kalau holiday ni banyak je benda/tempat yang orang tak berapa pergi sebab kurang pendedahan tapi sebenarnya waaaay lebih best.
.

Akhirnya takde la short sangat entry ni. Harap bos puas hati and peminat dia pon tak kecam ain. Hahaha. Mintak maaf pada yang tunggu kaksu punya entry tapi ain yang update. Akhir kata marilah bercuti dalam Malaysia. Banyak yang boleh anda terokai. Cuti cuti Malaysiaaaaa (Tetiba mesej macam kerja dengan kementerian pelancongan) kat bawah ni antara few tempat dalam Malaysia yang ain pernah pergi and ada yang repeat pergi. Dan ini je gambar yang sempat carik dalam henpon sebab kena update sebelum pukul 12pm. Ni pon dah 12.30pm. kah kah kah. 
.




I Love Nature.
.
Bye.
Ain :)

1 comment:

ijan said...

Assalamualaikum Ain...hai, Kak Su..ehhh..bos

Baguslah jadi PA bos ni...nanti bos UP gaji lebih banyak lagi kan..hahha. Kita nak share experience since kita baru bulan lepas gi Langkawi...(so sure takut nak bagi pengalaman ni, takut kak su terus frust, naik flight terus gi KL) hihihi. Lsgi2, I ni jenis tak cerewet sgt makan, semua nya sedap...hihi

1. Memang kena bawak gf kak su gi kedai roti (bakery Melayu) kat HIG baru tu...Lupa nama kedai (sorry..hehe) Tapi mmg satu je Bakery Melayu kat depan HIG Hotel tu..roti2 dia not bad...:D

2. Restoran kat Laman Padi (Seashells Restaurant), sila cuba...set nasi kukus dia, not bad. Tapi, menu lain dia takde (Tu yg hampa sikit)..Mmg semua set nasi.. Kak Su jgn order macam2 yg luar biasa tau, pasti kecewa sbb takde...hahahaha. Suasana malam tak nampak sgt, better gi tengahari kot.

3. Dan bawak lah naik kat kereta kabel tu...mmg pening2 sikit, sbb lama gile kot nak naik dan turun. Pakai sport shoes je atau comfort shoes, sbb jalan jauhhh utk gf..Sila jgn makan kat luar kawasan kabel tu..lagi2 yg dekat parking. My bad experience ngan depa. Nyesal tak sudah. Ohh kat sini, ada pakej2 yang boleh kita pilih, nak beli tiket yg masuk semua ke, masuk 3 tpt je ke...

Ada satu kedai makan Melayu, tapi nama omputih rasanya dalam kawasan kabel tu, berlatarbelakang tasik yg ada org main mende besar2 mcm pelampung tu. Depan kedai dia, ada slide budak2 main. Sedap makanan dia, ke sbb kitaorg lapar? hahaha. Tapi mak, kakak, abang semua kata sedap...Nama? Again lupa.opss

4. Takyahlah nak gi kat Hafiz Rojak tu...hampaaaaa... hahahaha. (Ini pengalaman Jan lah tau..)lain org lain lidah lain taste...Sbb takde special pun, sedap lagi restoran Mamak...ehhh.

5. Sila try Uncle Jai Cafe kat kawasan Pekan Kuah. Set Moi dia sedap, Kuey Teow Kungfu sedap, Soft Crab Shell pun not bad. Boleh try yg lain kot.

6. Jan sewa kereta dari IG packages.langkawi...Ok, senang deal dengan dia..kami pergi 5 dewasa, 1 kanak2..Mula2 nak amik Innova..but, turns out sampai Langkawi depa up jadi Grandis..sbb kereta innova takde. Kami pergi bukan cuti sekolah, so murah je sehari RM160. Better ambil pakej yg ada kat Feri atau Airport.

Sekian, itu je review i ya, Ain...kirim salam kat boss Besaq, Su Cantik