Thursday, November 10, 2016

Edisi Makan Bersama Anny Ariffin

Assalamualaikum..

Semalam I ajak Anny makan Shell Out sebab teringin gara-gara tengok balik gambar masa Izzy punya celebration tu, tapi dia cakap dia nak masak dekat rumah malam nanti so tak jadik laaa makan Shell Out. Cecece. Masak nak hebat-hebat jer. Lepas tu I mintak dia Google resepi Home-made Shell Out yang I share dekat sini and ikut sebijik-sebijik macam yang I bagi tu. Orang cakap sotong matikan air pon tak paham. Dia cakap ‘matikan air’ mana ada dalam term masak. Ewah. Melawan pulak dia. Suka nak bagi I tak confident. Kalau I cakap sotong tu korang kena matikan air dulu. Masak asing. Lepas matikan air, baru masukkan dalam perencah/kuah. Korang paham tak? Ke tak paham sama macam Anny? Hahahaha. Sejenis Anny ni dia kalau masak, cost dah jadik macam makan dekat 5 star hotel. 

Haritu dia teringin nak buat kek menda entah, I teman dia beli bahan dekat Cold Storage lepas tu tetiba jadik dekat RM200.00 aku pon tak paham. Hahahaha. Malam tadi pukul 9.15pm maca tu dia tanya I serbuk kari berapa sudu, tapi I tak tengok phone. Bila dah pukul 10.00pm I wasap tanya jadik ke tak, dia cakap jadik tapi kaler tak merah sangat. Tengok pada gambar tu kira hebat dah tu. So sebab tak jadik makan dekat Shell Out, masa Anny ambik I dekat office, I bagi je dia direction nak pergi mana sebab kalau cakap nak pergi VS nanti dia akan cakap panas la apa la sebab dia jenis herbivor. Dia suka makan tumbuh-tumbuhan je and tak makan daging lembu. Tapi dia Herbivor special sikit sebab ayam dengan ikan dia makan. Kalau Herbivor normal dia vegetarian so kira Anny 70% Herbivor la. Eh, sesuka hati buat term sendiri.


Sedapnya lahai Long Fed Sirloin ni. Paling sedap and paling kena dengan tekak I. RM84.80 harga dia.


I pelawa Anny rasa Steak I. Dia cakap, dia memang tak pandai makan daging. Anny akan makan lepas tu ambik juice dia je, and hampas daging tu dia akan keluarkan balik. Dia tanya I, boleh makan ke menda ni? Ko telan macam mana? T____T Ruginyalah hidup kalau tak menikmati rasa steak macam mana. Hahaha. Macam Anny ni, apa I tala depan dia semua dia makan je. Sashimi ke, escargot ke dia makan je except daging and Korean Food. Yang tu pon dia takde komplen time makan tapi bila dah lamaaaaa baru dia cakap dia tak boleh masuk Korean Foods. Kalau sambal tu dia makan macam ulam. Sambal-sambal I memang dia suka la especially Sambal Ketuk. Ada 2 3 kali dia request I buat pekak je. Malas nak layan. Hahahaha.


Escargot dekat VS paling sedap. I suka dia punya Garlic Sauce. Half Dozen RM22.54


Yang ni tak pernah order. Boleh la try. Nama dia VS Mini Salmon Fillet. RM7.45

Aik. Murah pulak


Kita acah-acah hipsturrr ambik gambar dari atas


Ok dah cerita pasal VS. Ni masa hari lain pulak. Kalau dekat Platinum Park ni, Anny suka la lepak minum kopi dekat Doppio. I pon ada sat masa meroyan dengan dia punya salted egg series tapi lama-lama dah cool down sikit. Menda yang tak boleh move on ni kalau tak layan lama-lama dia akan cool down sendiri. Sama la macam Suri Hati Mr Pilot. Kita bagi sebulan la, lepas ni mesti takde kecoh dah. Kecuali Rish. Rish ni lain sikit sebab dia macam sawan Fattah Amin pon ada I tengok. Hahahaha. Dekat Doppio ni Anny suka makan Egg Benedict dia. Dia makan sekejap je zaaaappppppppppp tau-tau tinggal pinggan je. Hahahaha. Telur suka pulak. Tak paham aku.


Egg benedict Doppio. Harga tak sure berapa. Dalam RM15.00 keatas kot?


Anny ni memang suka coffee. Tu air dia tu, one sip dia minum gone. Semua ni dia makan less than 10 minutes. I perasan Anny jenis heavy breakfast. Makan tengahari dengan malam tak berapa sangat. Photo taken from My Instagram. (Tak pepaham ke suruh follow?)


Memang 80% warna baju yang kitorang pakai akan sama setiap kali jumpa. Takde janji apa pon. Ni nama dia sehati sejiwa. Cecece.


Haaaaaa. Ini la ghupernya Anny punya Souled Out. Patut tapaukan I sikit, dapat la rasa. Menyam.


-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...