Assalamualaikum..
ENTRY KALI NI SARAT DENGAN INFORMASI. So korang kena
baca ok? Menda-menda simple yang korang rasa macam takde apapa tapi sangat
penting untuk kecantikan dan kesihatan kulit lebih-lebih lagi yang baya-baya
Siti Nurhaliza macam I ni. Sebelum ni Anny dah ada share pasal jenis-jenis
kulit muka semua dekat sini kan? Entah baca entah tak. Tu nampak je ala-ala nak
promote product, mula la scroll laju-laju taknak baca. Yang ni bukan nak cerita
bab ANNESURAYA SKINCARE. Takdeeee pon. Cuma nak share info, bagi tips sikit-sikit
macam mana nak guna segala mala krim
kalau korang sekarang pakai AS. Penting sangat ni. Untuk yang kulit
normal takde masalah takpe. Macam kulit muka I. Memang jerawat tu susah
sangat-sangat nak naik. I ni level kalau naik jerawat dia punya bangga taktau
nak cakap macam mana. Hahaha. Tapi tak semua orang kulit normal. Ada yang kulit
jenis berminyak, kulit kering dan kulit sensitive yang salah sikit nak sentap.
Pastu buat drama bagi Tuan Badan susah hati. Yang tu, korang kena baca ni sebab
info I dapat ni base on experience dari orang sekeliling and pengalaman yang I
cedok dari kawan-kawan yang banyak spend duit dengan Pakar Kulit sebab ada such
skin problem. Entry ni FREE je. So baca ok? Tak kisah la pakai ANNESURAYA ke
atau apapa product, kena take note supaya korang tak salah cara pakai lepas tu
nanti sebab kurang ilmu, muka crack langsung sesen tak guna.
KULIT
NORMAL
Kalau korang memiliki kulit normal, maka korang
tergolong dalam golongan yang beruntung sebab kulit normal memang takde sangat
masalah. But lifestyle korang and apa yang nkorang makan akan mempengaruhi
kulit korang untuk jadik lebih cantik dan sihat. Kulit normal biasanya takkan
nampak sebarang cela/noda pada kulit. Jerawat, jeragat apa semua takde except
lingkarang hitam bawah mata sebab tak cukup tido atau lama sangat mengadap
computer, tu lain citer. Orang yang memiliki kulit normal ni takde apapa
allergic, pori-pori hampir tak nampak dan tak payah pakai apapa sangat pon dah
natural beauty gittew. Biasa orang lelaki memang ramai la jenis kulit normal
ni.
Cara Nak
Pakai ANNESURAYA SKINCARE bagi Kulit Normal
Boleh pakai kesemua Set 5 in 1 ni. Pencuci, toner,
krim siang, krim malam dan treatment cream. Cuci muka 2 kali sehari. Pagi dan
malam. Lepas cuci muka pakai toner lepas tu kalau siang teruskan dengan krim
siang and kalau malam pakai la krim malam and treatment krim selepas pakai
toner. Pakai very moderate. Jangan tebal sangat sebab takde masalah apa kan? Untuk
orang kulit normal, if jenis pakai foundation, korang boleh pakai both type,
water or oil. Takde masalah.
KULIT
BERMINYAK
Kulit berminyak ni senang je nak tau. Pori-pori
jelas kelihatan besar. Kulit berminyak ni usually berkulit tebal tapi cepat
nampak berminyak. Berminyak dengan glowing lain eh? Kulit jenis berminyak ni
kalau lepas cuci pon, berpeluh sekejap dia punya minyak dap dengan blotter
memang ngeri la. Kulit berminyak ni terjadi sebab kelenjar di muka mengeluarkan
terlalu banyak minyak (lipid) dan punca jadik kulit berminyak ni sebab ketidak
seimbangan hormones dalam badan, stress, terlalu terdedah kepada panas atau
terlalu terdedah kepada kelembapan. Mengada aih! Panas tak boleh, sejuk tak
boleh. If pakai foundation, kena pakai yang water base. Sebab kalau pakai jenis
minyak, gabung dengan minyak nanti kang tak payah pakai cermin dah sebab muka
sendiri boleh jadik cermin.
Cara Nak
Pakai ANNESURAYA SKINCARE bagi kulit berminyak
Kulit berminyak ni seeloknya cuci muka lebih
dari dua kali sehari atau cuci cepat-cepat kalau dah berpeluh teruk. Lepas
cuci, lap kering-kering and pakai la day krim nipis jer. Toner, krim malam
semua tu takde masalah boleh je pakai. Moderate. Tau kan blotter? Kena standby
letak dalam handbag and dap pada wajah. Dengan tangan yang bersih. Jangan dap
dengan sebarangan tissue jamban. Tak elok. Muka berminyak ni paling senang nak
naik jerawat. Kena jadik sangat-sangat hygiene. Tangan tu jangan asyik nak
pegang muka and kalau jenis pakai makeup, brush apa semua tu kena selalu basuh.
KULIT
KERING
Senang je nak tau jenis kulit kering. Kulit jenis
ni nampak kesan garis-garis halus pada muka. Tegang lain macam. Kadang-kadang
nampak menggelupas, pecah-pecah and nampak macam ada irritation. Antara faktor yang mempengaruhi kulit kering
ialah genetic, proses penuaan/hormones dan terdedah kepada cuaca yang terlalu
panas atau terlalu sejuk. Untuk orang yang ada kulit kering ni
paaaaaaaaaaaaaling penting ialah pelembap. Cari yang super moist supaya kulit
tak crack. If pergi oversea paling penting pakai moisturizer muka all the time.
Kalau kulit tegang sampai nak senyum pon pedih, jangan cakap sebab kulit muda
dan tegang tapi tu sebab kulit hilang lembapan. Ellakkan mandi air panas direct
kena muka ye? Nanti kulit bertambah-tambah kering. Mandi kolam air panas ke,
sauna ke tak payah mengada-ngada. Itu pon tak digalakkan.
Cara Nak
Pakai ANNESURAYA SKINCARE bagi Kulit Kering
Kata la kalau muka ada makeup kan? Lap dulu muka
dengan make-up remover yang ada Aloe Vera. Sapu lembut-lembut je. Lepas tu cuci
muka pon relax-relax je takyah beria gonyoh. Cukup 2 kali sehari cuci muka.
Lepas cuci muka terus pakai pelembap muka tak kisah la apapa jenis yang bagus.
Toner tu pakai sesekali sahaja. If dapat pakai penyegar lagi bagus. Day cream
pakai nipis and most important is krim malam. Tu kena pakai supaya nak keep
muka lembap. Treatment krim pakai every alternate day.
KULIT
MUKA SENSITIVE
Kulit sensitive ni biasanya nampak kemerahan macam
udang kena bakar, nampak terbakar and tegang lain macam. Rasa macam kalau
tersentuh pon boleh sakit. Kulit jenis sensitive ni jangan buat main sebab
allergic sikit pon dah boleh nampak very bad irritation. Usually kulit
sensitive akan terjadi irritation pada kulit disebabkan oleh sabun mandi, sabun
pencuci, cosmetic, pelembap dan penggunaan krim rawatan dasar kulit yang salah.
Penting untuk yang tergolong dalam kulit sensitive untuk memakai UV Protection
Cream setiap kali keluar rumah, elakkan sinar cahaya matahari secara langsung,
kena selalu cover muka and pakai spek mata hitam, minum air yang banyak untuk
mengelakkan skin dari dehydration, JANGAN MEROKOK, kena cuci muka secara
menyeluruh setiap kali sebelum tido and elakkan tidur dengan mekap di muka
serta kena pakai pelembap yang disarankan oleh doktor pakar kulit.
Cara Nak
Pakai ANNESURAYA SKINCARE bagi kulit sensitive
Boleh pakai kesemua Set 5 in 1 tapi kena sangat
nipis dan tak perlu pakai hari-hari. Isnin pakai lepas tu Rabu baru pakai
balik. Lepas tu Sabtu pulak. Cukup 3 kali seminggu. Paling penting pelembap
yang disarankan oleh Doktor Pakar Kulit. Toner pun sama, pakai only once a
while. Most important is everyday cuci muka lepas tu pakai pelembap. Bila cuci
muka tu, tak perlu tunggu 2 3 minit baru nak cuci. Sapu lembut and cuci terus.
BASIC TIPS
UNTUK PENJAGAAN KULIT MUKA
- Sentiasa pastikan tangan bersih sebelum menyentuh pencuci muka, penyegar, pelembap dan kesemua jenis krim yang nak di apply pada muka.
- Bersihkan wajah dengan air mengalir. Air paip tu. Bukan air kolah.
- Penting untuk mencuci, penyegar dan melembap wajah setiap kali keluar rumah. Cara macam mana nak buat, ikut pada jenis kulit yang macam I dah sarankan diatas.
- Sebelum tido tu, dalam 2 – 3 minutes urut la muka. Buat bulatan pada pipi, dagu, mata semua untuk bagi kulit wajah kita tak stressed.
- Pakai masker 2 kali seminggu. Beli la yang dekat Watson tu ada jual macam-macam jenis dari Korea. Timun la, Siput la semua ada. Sediakan ajer duit. Kalau rajin boleh buat sendiri dengan timun, tomato, yogurt, sengkuang, madu. Tapi ni kena tengok bahan tu sesuai ke tidak dengan jenis kulit. Kena rajin buat research sendiri. Jangan salah bahan nanti kulit makin teruk. Macam masker putih telur tu PALING TAK SESUAI UNTUK KULIT SENSITIVE DAN KULIT KERING. Kena hati-hati ok?
- Untuk Kulit kering and kulit sensitive JANGAN PAKAI MASKER JENIS PEEL OFF. Nanti boleh rosak kulit muka.
- Minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk keep kulit moist.
- MAKAN Supplement. Macam Transbella and Transgluta yang ada vitamins dalam tu or if taknak takpe, makan mana-mana Vit-E yang ada jual dekat Pharmacy.
So, please take note untuk semua yang pakai SET PENJAGAAN WAJAH TAK KISAH LA JENIS APAPA AND MOST IMPORTANT ANNESURAYA SKINCARE. Baca elok-elok dekat atas macam mana nak guna ok? Untuk kulit normal I tak risau sangat tapi untuk kulit jenis Sensitive and Kering please jangan takes thing for granted main redah je semua. Rasa nak terjun sungai kotor, terjun. Lepas balik main snow, dibedal masuk sauna. Terkejut kulit dari sejuk ke panas. JANGAN. Habis rosak kulit muka nanti. Kena understand your skin. Ok? Jaaaaaaaaaaaaangan gatal nak picit-picit jerawat dekat muka or nak sentuh-sentuh muka selalu. Kuku tu paaaaaaaaaaaaling banyak bacteria. Muka kalau dah crack, susah sangat nak back to normal sebab takes time. If nampak jerawat berleluasa tu stop dulu pakai. It might the product tak sesuai dengan nkorang. Tak kisah la pakai jenis apa pon. Ada orang pakai SKII pon tak jadik apa and makin teruk. It’s not the product itself tapi sesuai atau tak product tu dengan kulit muka kita. Ada pahemmmmm?????
Stressed pulak aku kalau share entry bukan berunsur
makan and berilmiah ni. Bahahahaha. Semoga bermanfaat and harap dapat sharepada
orang lain supaya semua orang boleh tau cara yang sesuai untuk menggunakan
sebarang jenama pencuci, penyegar, pelembap, krim siang, krim malam dan
sebagainya. Okeh? Okbye. Nak Uweeeeeet!!
ANNESURAYA SKINCARE
010-4314406
-eNd-
No comments:
Post a Comment