Assalamualaikum...
Kesian Sazli.. Last week dia punya tonsil attack back. Seksa tengok dia menelan makanan. Lepas tu nampak I makan Ayam Goreng Mc Donald pon air mata bertakung. Kata Sazli, lagi dia banyak cakap, lagi sakit tekak dia sebab nak telan air liur pon sakit kan? So dia banyak diam. Badan asal malam je panas. Siang dedar. Macam biasa, first 3 4 days tu memang tak boleh makan at all. Makan french toast pon nampak seksa sangat. Package dengan cough and flu lagi. Memang doktor cakap yang tonsil Sazli akan datang balik selagi tak operate. Now dah ok sikit but flu masih ada. Makin kurus dah member now. Tapi ok la, sebab lose weight ni henseng skek. Hehe. Ok cukup bab tonsil. Sabtu lepas, lepas Zohor kitorang gerak ke area Sungai Buloh and lepas tu ke Setapak sebab Sazli dah suka dengan satu menda ni. Harley Electric Scooter yang dia nampak iklan dekat FB yang finally we found out FB tu scam. Dia jual satu unit memula RM1,499.00 je and tetiba turun jadik RM999.00 include postage pulak tu. Barang dekat Limbang, Sarawak. I pon dah kena block sebab pergi peramah komen bagitau tu scam. Kah kah kah. Kitorang dapat tau pon sebab masa pergi Setapak tu, owner FB Page sebenar Harley Electric Scooter tu cakap, Scammer tu ambik semua gambar dari page dia and jual harga waaaayyyy murah. Police report pon dah banyak orang buat tapi biasa la, penipu ni jenis hati kering maaa. Dia tetap jugak jalankan 'business' dia. I tengok share dekat FB pon 1k. Nanti at the end of this entry I share number scammer tu.
Harley Electric Scooter ni ada banyak jenis. Ada yang takde absorber, ada yang satu absorber depan sahaja and ada yang depan belakang. This one kitorang tengok dekat gudang di Sungai Buloh. Harga RM2,500.00 ada warranty 6 bulan. Cool kan? Shein pon comel je duduk belakang.
Scooter ni boleh tampung berat max 200kg lepas. Kuasa battery. Charge 8 jam boleh jalan 40-50km and kelajuan +-55km sejam. Slow jer tapi ok la. Boleh bawak pergi kedai beli rokok atau cucuk duit dekat Petronas. Digital power on off and ada kunci so orang tak boleh curi.
Sazli cakap dia punya feel seronok bawak sama macam bawak Harley Davidson sebenar. Haha.
Kata Sazli, I lagi pandai handle Scooter ni dari dia. Masa test drive I boleh bawak slow tapi kaki takyah jejak tanah, Shein berdiri dekat depan and takde pon nampak macam off balance ke apa. Dia lupa kot bini dia ni orang Felda? I darjah 4 dah masuk longkang jatuh motor masa mula nak belajar bawak. Apa ada hal? De I siap langgar budak lagi sampai berdarah kepala. Hahaha. So takat scooter ni takde apa laaaaaa. Bukan susah pon. Pulas je lepas tu control dia punya handle. Brek kaki boleh, brek tangan boleh, brek mulut boleh. Brek tangan tu betul la sebab memang situ kontrol brek dia. Brek kaki pulak manually pakai kaki brek macam naik basikal yang macam Flintstones tu and brek mulut pulak jenis jerit cakap 'breeeeeek'. Lepas tu bila terkejut, terus brek la. Hahahahhaha. Bongok! Anyway I motor ada clutch pon boleh bawak. Unfortunately lesen takdak. Hahaha. Minah rempit mana layan ambik lesen (jangan tiru perangai ni)
Ada gaya dah tu you.
Dekat Sungai Buloh ni ok la. Harga dalam RM2,500.00 ada absorber dekat depan. Cash and carry konsep dia. Bayar lepas tu bawak balik kalau kereta muat. Kalau tak muat, dorang boleh hantar FREE DELIVERY area Klang Valley. Warranty 6 bulan tapi dorang ni macam tak berapa tau sangat la pasal scooter ni. Batery ok ke tak, tahan berapa lama, spare-part apa semua pon taktau. Kalau compare dengan IG : Harley_Electric_Scooter ni, of coz dekat sini lebih convincing tapi harga pulak lebih mahal. Jenis yang sama dia jual RM3,200.00 and best price dia bagi RM2,800.00. Tapi puas hati sebab if rosak ke apa, nak tukar battery atau nak tukar tayar dorang ada sediakan service ni. Kata dorang, yang kitorang tengok tu murah sebab battery tak bagus and takde lampu brek belakang. Yeeeeeeer je.
Ni yang dekat Setapak tu. Kedai jual peralatan salon tapi jual Electric Scooter. Hahaha.
Yang ni bini Tauke. Iris nama dia.
Sazli ni kalau ikutkan dia nak ambik je terus. Tapi I suruh dia bersabar sebab Iris ada kata 23 Nov ni masuk warna baru. Lagipon survey elok-elok. Dekat Mudah pon ada banyak yang jual termasuk scammer ni. Hahaha. Tapi I agak market price tak boleh below RM2,500.00 kot? Yang lagi murah tu kalau ada yang jual better korang tengok sendiri barang depan mata then only beli. Kesian je I baca dalam FB Page Harley ni share pasal ramai yang kena tipu dengan Scammer Limbang tu. Kata Sazli, lepas ni kalau ada Electric Scooter ni, if I nak suruh pergi kedai yang jauh pon dia ok. Kata dia senang nak pergi surau. Tapi Surau rumah kitorang ni dekat tingkat bawah je. Hahahaha. Ada je alasan nak beli. Tapi sebenarnya I pon suka. Rasanya kalau ada sorang satu pon best. Lagi best kalau boleh dismantle so boleh bawak ronda-ronda dekat park. Tapi tak boleh bukak-bukak. Nak masukkan dalam bonet kereta pon tak boleh unless bawak van or lorry.
Harley Electric Scooter
Kalau korang nak beli, I share trusted seller ni yang dari IG : Harley_Electric_Scooter. Marcus nama dia. Handphone 017-4899241. Korang boleh tengok barang tu dekat 24, Jalan Prima Setapak 1, Taman Prima Setapak, 53000 KL. Marcus and Iris is very helpful tapi a bit mahaaaaaal la dari yang dekat Sungai Buloh tapi ada la peace of mind sebab spare-part semua dorang provide. Yang FB Scammer tu dia akan pakai nama Mr Jay/Mr Jin. 017-6246967/0178651815. Dia ni semua dia belasah confident iklankan. FB, Mudah semua dia tapau. Ye ye je. Seronok betul kerja menipu orang. Lepas dapat payment, WhatsApp kena block. FB pon kena block jugak. Sapa yang PM tanya macam-macam pon dia block. Siap ada yang kena tipu, WhatsApp dia and cakap 'Nanti Polis Cari You' and provide IC dia sekali dia reply biadap giler. 'Apa polis boleh buat? Haha'. **urut dada I baca.
Tapi sadly memang polis tak boleh buat apa pon. Kita takat boleh report je. So yang ni korang la kena hati-hati. Hopefully jangan lagi dah ada yang tertipu dengan Mr Jay/Mr Jin ni. I nak bg link pon dah tak boleh tapi kalau korang nampak yang RM999.00 Free Postage ke Semenanjung, yang tu la scam. Dia pakai nama FB Harley Electrick scooter&Mini 4weel Supplyr. Nampak sangat ngek, eja pon main belasah je. Hahaha. Ni Page dia I print screen. So kepada korang yang about to buy pleaseeeeeeeeeeeee jangan sampai tertipu ok? Nak beli pergi tengok barang dulu. Jangan main transfer je. Macam Sazli tu sipi-sipi je dia nak kena tipu. Naseb dia refer I dulu kalau tak gone RM999.00.
Ni last month dia sale RM1,499.00 and bebaru ni jadik RM999.00 jer
Tolong viralkan ye? Acc Holder : Lo Kim Ein. Acc No : 7061673475
Harap-harap sapa yang beli ni, akan Google dulu number Mr Jin Tanah ni and end up dekat entry ni and tau yang FB Seller ni Scammer and takkan berputih mata sebab tak kena tipu. I pretty sure dia guna 2 3 page FB. Tipu kiri kanan dah jadik macam makanan dia dah. Untuk trusted seller, korang boleh try dekat IG yang I share tadi lepas tu pergi la tengok barang terus. Macam tu lebih selamat. Untuk FB Page yang sama owner dengan IG tu, korang search Harley Electric Scooter Sixteen Bricks.
-eNd-
5 comments:
cool giler kan scooter ni..
ade nampak fb yg scammer dkt limbang tu siap die buat fb ads kot rasenye..
tapi mmg kesian giler la sp yg dh terkene tu..sob3..
cool sangat!!!!
Husband pun ade usha scooter ni. Pastu dia tnjuk gak yg seller kt srwk tu. Nasib baikkkk tak jadi beli sbb dia pk jauh sgt. Pastu x sure betul ke x. Nanti nak ajak dia g usha kt tpt yg su bgtau ni lah. Timekaseh su cantekkkkk =)
this is true scammer. until now sti there is victi.
yes. this is true scammer. untill now still actively In Facebook and changed name to VIP scooter
Post a Comment