Tuesday, November 22, 2016

Rojak Ayam Terpaling Sedap Dalam Dunia. I Promise!

Assalamualaikum..

Dulu masa kerja dekat Balai Felda kitorang selalu la makan dekat kedai ‘Makcik Sombong’ ni. Gerai ni dekat dengan Kolej TM yang kedai tepi jalan area Semarak tu. Gerai bodoh-bodoh je tapi OMG sedap giler ok makanan dekat situ. Ada Bakso, Mee/Mee hoon soup kuah pekat makan dengan Ayam Goreng celop tepung and celop kicap special, sambal kicap perrrrrghhhhhhhh!! Yang paling I suka is dia punya Rojak Ayam. Ayam goreng, tempe, tauhu, paru goreng campur kuah kacang letak taugeh, timun and kuah kicap special OMG sedap nak mampos ok? Ni bukan macam masakan dekat kedai lain. Korang takkan dapat dekat mana-mana. Lepas tu ada Nasik Lemak, Lontong and many more makanan. Semua pon sedap. Lauk Nasik Lemak ada sambal kerang, ada sambal sotong, sambal paru and sambal biasa dia pon killer. I cerita ni pon telan ailio. Kalau makan Bakso, I suka makan dengan soo hoon. Baru layan. Tapi biasa akan makan 2 dish. Bakso semangkok letak meatball lepas tu Rojak Ayam satu. Kah kah kah. Because I cannot decide what to eat so I will order both. Untuk yang sangat particular bab kebersihan persekitaran well this is not your place. Sebab kedai area TM Kolej ni semua kodok giler. Tapi bersih la. TIdak la karim beterbangan and tikus lari atas kaki cuma gerai tepi jalan, tau kan keadaan dia macam mana?


Ni la Rojak Ayam YANG TERPALING SEDAP DALAM DUNIA U WILL NEVER EVER GET THIS DEKAT MANA-MANA. I PROMISE!



Yang buat special is dia punya kicap. I nampak macam kicap biasa tapi ada cili but bukan kicap biasa and bukan sambal kicap jugak sebab cili blender dia asing. Tak boleh nak describe. Kak Intan (Owner) tu pon taknak kasik tau sebab secret recipe kata dia. Poyo je nak secret-secret Kak Intan ni.


Sedapnya lah Bakso ni (^_^)

I makan dekat sini since 13 years ago and rasa dia tak pernah berubah. Dari Arwah Makcik ada, sampai la gerai ni Kak Intan take over. Rasa dia sama! Makcik meninggal tahun 2008 kalau tak silap I and after that Kak Intan la jalankan kedai ni dengan bantuan Makcik Indon yang garang tu. Hahaha. Dia memang garang ok? Muka mana nak senyum. Pakai kasut Pua Chu Kang. Kerja dia bahagian air. Dulu I pernah datang dengan Kaklong. Lepas tu Kak Intan tanya, ‘Lin, nak air apa?’ Lepas tu Kaklong jawab, ‘Air apapa la Intan. Kalau mintak pon bukan penah dapat betul. Hahahahaha’. Sebab Makcik Indon muka ketat tu each time datang bagi air salah. So biar lah dia nak bagi apa. Suka hati dia. Dah la garang. Jangan banyak komplen, kang kena siram kepala dengan air tak pasal. Hahahaha. Tapi dia baaaaaaaaaaaaaaaik. Cuma muka je la ketat. Biarkan ajer dia. Jangan dikacau udah.

Asalnya dapat nama Makcik Sombong ni sebab Kaklong vongok tu la. Kitorang pon taktau nak panggil kedai ni kedai apa sebab dia takde nama. Tapi masa Arwah Makcik handle, muka dia kan ala-ala garang? Cakap apa pon jawab nak emos je. So panggil la Makcik Sombong. Tragedy kantoi dia tau nama kedai dia kitorang cakap Makcik Sombong sebab Suzalina Sulatin la. Ada sekali masa dia nak order (sebab sini konsep macam KFC. Kena order dekat kaunter). Ada kawan dia call lepas tu dia pergi jawab, ‘Ye, datang la. Aku kat Makcik Sombong ni’. Lepas tu Makcik tanya dia, ‘Ko kata kedai aku apa?’ HAHAHAHHAHAHAHAHHAHA. So kena la marah manja dengan Arwah Makcik. Muka Makcik nampak sombong tapi dia baik je. Cuma muka dia pesen macam tu.

Ada jugak yang panggil kedai Makcik Cantik. Sebab Arwah Makcik ni suka melawa jugak. Jaga gerai kemain mekap Siti Nurhaliza. Now dah arwah dah pon and anak Makcik, Kak Intan took over. Kak Intan ni Subhanallah punya baik la. Memang manusia baik. Cakap pon lembut je. I biasa dapat murah la makan. Orang lain makan sama dengan I usually I akan dapat lebih murah. Kekadang dapat FREE yang tu orang taktau. Hahahahahahahha. Tenkiu Kak Intan. Semoha murah rezeki akak. Kak Intan ni husband dia Doktor. Ada klinik siap. Selalu la I jumpa dekat GE Mall and JJ Wangsa Maju sebab Kak Intan duduk dekat Bukit Antarabangsa. So jangan nak dok peleceh eh orang bukak gerai? Padahal suami Doktor siap ada klinik sendiri. Apa ada hal gerai ni dia bukak ke tak. Dah kayo kot? Tapi kata Kak Intan takper la, Mak dia dah pesan suruh sambung meniaga. Lagipon bagi la Makcik Indon garang tu ada kerja. Kedai pon bukak Isnin – Jumaat dari pagi sampai tengahari je. Sabtu Ahad tak bukak. Kekadang lama Kak Intan tak bukak sebab Makcik Indon balik kampung.


Haritu masa I dapat makan Rojak Ayam macam terlepas rindu. Semenjak duduk Menara ni dah jauh nak datang sana. Bila cuti je zaaaaaaaaaaaaaaaapppppppp I datang la gerai Kak Intan ni. Lepas tu jumpa dengan Faradiba. Dia kata dia pon suka makan dekat sini. Dulu Faradiba kerja dekat TM Kolej ni, now dah pindah Menara Rebung so dah susah nak datang except kalau sesekali datang ada meeting, dia singgah la sini. Kata Faradiba, dia suka Nasik Lemak. I pon tengok macam sedap je. Next time boleh la order Nasik Lemak, Bakso dengan Rojak Ayam sekali. Makan sampai mampos dekat situ. Hahahahahaha.


Faradiba. Sorry letak gambar you yang tak bersedia. Konsep dia, janji I cantik dah. Hahahaha.


Ni la Kak Intan sayang :)


Tu dalam plastic siap tapau untuk Kaklong.


Ni la Gerai Makcik Sombong TM. Sapa nak tau exact location boleh email I, nanti I bagi number hp Kak Intan.

Tenkiu Kan Intan sebab bagi Su makan sedap-sedap untuk this beautiful 13 years. Su doakan Kak Intan terus sihat and sambung legacy Arwah Makcik. Ingat esok nak tapau la. Order siap-siap lepas tu datang ambik je. Tak pon suruh Abang Reen la ambikkan. Upah rokok sekotak dia mesti nak tu. Ni pakkal la Ain jauh. Kalau Ain dekat memang dia la mangsa melunaskan keteringinan apa I nak makan hari-hari sebab I bangsa kalau teringin membawak kedalam mimpi, emotional, nanges, sebak semua-semua. Sangat beremosi dengan makanan. Entah la kenapa. Aku pon tak paham. Kah kah kah. Kepada Ain harap tabah la kalau Kaksu teringin nak makan apapa lepas tu dah moody ke apa, layan je. Jangan carik pasal apa.Paham? Ko apa tau dengan manusia yang ada special bonding dengan earth/foods macam ni. Haha.

Nota kaki : Karim = Lipas
and Chooyaya do eat at gerai. Takde la all the time makan mahal je. Hehe

-eNd-

5 comments:

cikkyra90.blogspot.com said...

hahah seronok dengar u story! jadi terexcited sekali tambah pulak tang cerita pasal makanan tu. haha. adoih meleleh air liur.

baela said...

betul.. gerai ini memang la teramat sedap makan nye.. masa saya study kat Kolej TM dulu ni antara kedai pebret.. hoihh lama x datang sini. last mai pon masa 2005.. sendu sangat hahhahaha.. kena repeat ni bila datang KL..

eda said...

each time g training kat kolej TM tu , sanggup je benti sebelum balik umah kat tepi jln sbb nk beli coconut shake habang tepi tu ... sodap yooo
kenkdang suh dia buat baru , tanak coconut shake yg dia dh sesiap tuang tu huhuhuu ..

Amer Hamzah Jantan said...

Mohon kongsi nombor telefon puan intan. Terima kasih

Amer Hamzah Jantan said...

Mohon kongsi no puan intan