Wednesday, November 23, 2016

#ayangeddyassemoga - Part II (Kawan-kawan Makcik Dia)

Asslamualaikum..

Tenkiuuuuu pada tetamu-tetamu Kaklong and Abang Long yang hadir masa Majlis Perkahwinan Ayang and Eddy dekat Dewan Merak Kayangan Sabtu lepas. Al-hamdulillah majlis berjalan dengan lancar and tetamu pon ramai yang datang. Happpy sangat-sangat Mak Bapak Pengantin. Bukan takat Mak Bapak Pengantin, Makcik Pengantin yang sama naik bizi pon tak pepasal happy jugak. Kemain dia tu. Sampai sekarang macam tak boleh nak get over pulak sebab tak sangka Bersih yang $%$#@$%!! tak bagi effect pada majlis Kakyang. Tetamu ramai! Start dari 12.30 ke atas, tetamu makin ramai makin ramai. Sebelum tu  dewan kosong macam Birthday Party je. I tengok Kaklong and Abang long muka dah cemas tapi Alhamdulillah lepas tu tetamu bersilih ganti datang and ada yang datang in between nak topap lauk, maka makan nasik dengan lauk apa yang ada je.

Dengar cerita ada yang sampai 4 kali beralih tempat and bertambah-tambah makan. Alhamdulillah. So dekat sini, I mewakili Kaklong, Abang Long dan keluarga nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada kawan-kawan, keluarga kedua belah pihak dan semuaaaaa yang hadir memeriahkan majlis. Terima kasih banyak-banyak and from the bottom of our heart, kami rasa sangat berbesar hati menerima kehadiran anda semua. Hanya Allah yang dapat membalas budi baik anda sudi memberi kebahagian kepada kami pada hari tersebut. Tsssk tsssk. Sebak pulak. Anugerah ini juga, saya tujukan untuk Mak dan Ayah eh Ayah dah meninggal. Mak di kampung dan semua peminat-peminat Suraya Fan Club. Ketua dia Ain, Penolong Ketua Aisyah. (Tetiba ucapan macam menang anugerah) Haha.


Gambar dengan Cikgu Viral Hengseng letak paling atas la. Harap Rish tabah gambar dia bawah-bawah. Haha. Dari Kiri : Anny, Ellis, Cikgu vnkery, Kaklong and Siti Nurhaliza

Untuk entry ni, I share apa gambar yang ada dalam henpon I je la eh? Maksudnya I punya tetamu je la. Yang I jemput. Yang tetamu Kaklong, hantaran la apa semua tok nenet tunggu la Kakyang dapat gambar dari official Photographer. Kata dia lagi dua minggu. Masak la aku yang stressed, ni ha melambak dah tanya bila nak up entry Kakyang kawen. OMG korang harap bersabau semua eh? I bizi bizi biziiiii menyelamatkan dunia and now part time menyelamatkan kucing dekat Brolly sebab dia pregnant, maybe tak cukup makan. Semalam masa makan dengan Anny, I bagi dia salad dia taknak. Anny bagi ayam percik rendam dalam air sebab takot kucing pedas. Lepas bagi, dia pandang je I lagi. Pegi la pandang Anny. E! Lepas tu kesian, I belikan dia Tuna dalam air tu. Selesai setengah tin makan, dia dah kenyang main blah je. Takde la nak cakap terima kasih ke apa. Ni kang jap lagi nak kena turun bawah pulak tengok dia. Kot dah makan ke belum. Ishk tak pepasal terlibat dengan kucing ni pulak kenapa?????? Hahahaha.

Pada kawan-kawan I yang datang, thank you very much. Lepas tu boleh tak I lupa nak ajak Kak Yus? OMG Kak Yusssss mintak maaf. Not that Su lupa Kak Yus tapi bila dah macam-macam dalam kepala ni tak boleh nak fikir. Ada je yang terlupa. Yang selalu kita ingat pulak, macam tak berapa nak respon and kesah pon. So lepas ni you will out from my list! HWAAAAAHWAAA WAAARRRRRGHHHHH!! (Gelak syaiton). Kita nak tau sapa yang sayang kita time ni la. Macam mana effort dia nak bagi kita happy. Ye dak? Ok dah jom layan gambar. Ni gambar tetamu I je tau? Yang lain kemudian. Lepas tu ni dah satu hal nak dapatkan FB Kaklong balik sebab dia kata, FB dia lupa email and password. Dah pulak satu hal nak selamatkan FB Kaklong OMG memang masa aku ni habes macam ni je la. 


Intaaaaan! TQ Intan susah payah bekerja keras tolong bagi souvenir untuk tetamu. Tak sangka Intan boleh tunggu sampai majlis habes. Masa ambik gambar family pon tetiba Intan dah ada atas stage. Aku pon tak paham kenapa. Hahaha.


Ini wife Cikgu Kery. Tini nama dia. Lembut, kurus orangnya.


Siti Hamira. Dia datang sebab dia jadik emcee. TQ Hamira. Ni kali kedua dia tengok Shein semenjak 3 tahun yang lepas. Ye dak Mira?


Dari Kiri. De I, Siti Nurhaliza, Kaklong and Dik Ar. Dik Ar ni jiran dekat kampung tapi duduk dekat KL. Ni pon supporter kuat blog ni. Haha. TQ Dik Ar datang kenduri Kaklong.


Izzy si pengantin baru pon datang jugak membalas kunjungan pada Kaklong.


Pakai spek tu kawan sekolah I. Hasnol Hisyam dengan wife and family dia. Ni kawan sekolah menengah I dulu merangkap kawan I and Eddy la. Paham?


Mimy Hamid! Tak pernah yang tak datang kalau I jemput. Tenkiu Mimy. Dah la kurus sekarang. Nanti dah meletop gorjes, jangan lupakan aku disini eh? Ni pon dengarnya ramai dah himpit-himpit dia. Woooopsss!


Ni Rafisah also kawan sekolah I. Datang dengan family. 


Dyba and Rish pon datang jugak. Dyba datang lambat, lepas tu dia cakap tak dapat makan Laksa Johor. Padan mukeeeeer. Haha.


Ex- Staff Dr Adrian, Siti. Siti selalu la bagi I makanan sedap-sedap. Dah lama tak jumpa sebab dia pon dah berenti kerja.


Wakil dari family Abang Yut. Kak Sheena and family. Thank you for coming Kak Sheena. Dia doktor tau? Dia ada Klinik dekat Cheras nama Klinik Makmor.


Farah yang cantik (wife Faiz), Siti Nurhaliza, Sazli and Faiz. Antara kawan office I yang rapat. Tapi Faiz ni ramai benar peminatnya. Habes semua peminat dia nak tarik muka dengan I, insecure tak tentu hala macamkan orang nak sangat ngorat Faiz dia tu. Hahaha. 


Shae! TQ datang jugak. Kata dia datang lambat sebab ada job. Takper... Janji datang :)


Anny Ariffin dengan Family. Uncle Nazran tu kalau dengan Sazli ngam la borak. Anny. Love you. Dulu aku selalu la baca pasal nko dekat dalam blog, tetiba sekarang kita dah jadik Business Partner. 


Ni kawan-kawan rapat dari rumah kitorang.  Kak Fiza, Abang Amri, Abang Syahrul and Family serta Abang Zai and Family.


Building Blocks International Buddy! Mr Lee and Hazel, Mr David ans Shariffah and Reham. Mr Mohammad is not coming sebab kena jaga Haiya at home. Haiya not feeling well and Reham cakap kalau Haiya ada nanti dia boleh duduk sekejap je sebab Haiya kaki drama. Hahaha.



Kak Azian, (dua dari kiri) also BBI Buddy. Dia datang tapi balik awal sikit.


Kak Tinie sayang! Nanti Su datang rumah Kak Tinie, Kak Tini masak sedap-sedap ok? Love U!


Kawan Blogger. Nova Leeza. Nova ni apa pon I invite, semua dia datang. job sekecik-kecik payment pon dia tolong untuk support kawan-kawan. Semoga murah rezeki.


Letak la lagi sekali gambar kitorang sebab macam lawa pulak lighting. Cecece.


Huda Manja yang baaaanyak tolong untuk majlis ni. Seribu cake in a jar dia buat untuk Kaklong. All gone. Dah la sedap lepas tu kasik harga kasih sayang nak mampos pulak tu. Sarah datang masa bila pon I tak perasan tau-tau nak balik je. Tenkiu BB!


Twins Errie and Awie pon datang tapi tak sempat nak ambik gambar sama.


Imaan Elulue make up artist paling ngek wujud di alam semesta. Tengkiu datang. Nanti minggu depan kita makan keeeetaaaaam!


Suria Zainal. Kawan Abang Yut pon datang. Kawan dia boleh datang, dia tak datang. Ada hal la sangat. Menyam.


Haizan pon datang dari Shah Alam. Tenkiuuuuu


Ni anak Nisa. Also blog reader. Gambar anak pon jadik la. Member tengah pregnant, takde mood nak ambik gambar.



Sorry Nina Zee sebab tetinggal. Jangan mareeeeee. Hehe. Belanja Kaksu air lemonade sedap plz?


Eh. Cinina kira kawan jugak ke? Hahaha. Ni anak sedara Eddy. yang sebelah kiri I tu, kakak Eddy.


Last but not least, Ayang Kamell Ibrahim and Linda yang paling disayangi. VIP dua orang ni. Makan pon dalam bilik. Entah bila la balik, tau-tau takde je. 

Itu je rasanya. Ke ada lagi? Kawan office pon susah nak kira as kawan I sebab tu kawan Kaklong jugak. Hahaha. Kitorang kan FELDA forever? Dengan Kaklong, Abang Long, Eddy semua kerja FELDA. Tok nenek pon semua FELDA. Sebab tu la Mak orang kuat Najib. Eh Mak? Terhutang budi eh dengan Felda? (Soalan carik pasal kah kah kah). Anyway, kalau ada yang tertinggal mintak maaf ok? Puas tengok henpon rasanya macam takde yang tertinggal dah. Dengan sedara mara pon tak sempat nak ambik gambar. Terkilan jugak. Especially sedara Mak and Arwah Ayah yang datang dari Johor. Dok sekejap sekejap sudahnya takde. Gambar dengan Kakyang masa dia lepas nikah pon takde. Gambar Family pon sekeping tu je. Tu pon tetiba ada Intan sekali. Dia consider diri dia sebagai family jugak. Takper laaaaaa. Hahahahahah. Hurm. Macam teringin nak makan Laksa la. Nak makan la balik ni dekat Ah Cheng. Dah kat tekak dah rasa. Okla. Bye.

-eNd-

p/s: Macam jilake tak ending. Tengah cerita wedding, tetiba tingin laksa terus bye. Hahahah.

3 comments:

Hani said...

Tak ajak pun :(

Mommy Cici said...

gojes meletup kak su <3

Nur Aishah said...

YEAYY JADI PENOLONG KETUA DARJAH!!
HAHAHAHA...padehal aisyah tah sapa2... ah tak kiraa..
janji nama sama.leh nyamar2 kan su kan.. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...