Assalamualaikum..
Last week Shein join school activity. Learning program ke Butterfly Park KL. This is Shein punya second time ikut school activity tanpa I dengan Sazli. Masa first time dulu school bawak pergi Taman Tasik Ampang Hilir je. This time jauh sikit. Masa Shariffah bagi email tu, I dah sebak-sebak rasa. Boleh ke Shein pergi kalau I takde? Ok ke dia? Sapa nak jaga? I risau macam-macam. Boleh ke dia jaga diri? How if Shein nanges? How itu how if ini. Rasa macam nak cakap kat Shariffah I nak ikut sekali. Hahaha. Macam-macam dalam kepala tapi sebab I know Shein akan dijaga dengan baik oleh Shariffah, Mr David and Teachers at BBI so I think, I patut bagi Shein chance to join this learning program. Lagipon Shein dah nak masuk 4 tahun, rasanya dah ok kalau nak join activity macam ni. Shein sangat-sangat happy at school. I know Shein had a great time everyday at school. Happy tengok Shein berdikari dekat sekolah, ada discipline, ada kawan, seronok semua. I really can see that bila sesekali I ada chance hantar/jemput Shein dekat sekolah and Sazli pon cakap Shein memang happy at school + Mr D and Shariffah pon memang close dengan all the kids. Dorang tak garang pon tapi tegas. Happy bila tau ada orang lain yang jaga dan sayang anak kita. Sebab tu I senangggggggggg hati sangat Shein dekat Building Blocks International School ni. Was thinking untuk Shein ambik O level je dekat sini nanti. Tak payah masuk Sekolah Kebangsaan. Biar dia dekat BBI ni sampai berbulu la senang cerita. Haha.
Ni masa otw ke Butterfly Park. Suka eh Kau Shein takde Mama? I selalu fikir, kalau tetiba I mati, Shein ingat I tak? Ke dia tak kisah pon I ada atau takde? Sebab I tengok dia ni happy semacam je. Hahaha.
OMG hensemnya lah Shein ni. (Aci je puji anak sendiri) tapi biar laaaaaaaaaaa. Shein ni dia comel ok? Tengok tu pipi dengan mulut dia. Comel. He's so cute. Subhanallah. (Ni memang symptom emak-emak rasa anak sendiri paling hensem. Harap tabah). Yang sebelah tu is Sarhan. Shein punya kawan baik.
Belakang yang mulut nganga tu is Bryton anak Mr Lee. Lepas tu ada Salma yang pakai hair clip, Reham and Mr Mohamad daughter. Yang depan belah kanan tu is Adriyel. Ingat tak? Kawan Shein masa kitorang pergi sama-sama ke Tanah Aina?
Yang ni kawan sekolah Shein jugak. Semua kena pakai baju kaler putih. Yang ada taik lalat tu daddy dia bawak Porche Macan. (Motif bagitau?) Haha.
Mana Shein? Yang pakai cap tu is Teacher Sarah.
So now is coloring time! Mr David cakap, Shein sekarang kalau color cantik. Tak banyak yang keluar line and his butterfly so colorful.
I rasa sekarang memang is the right time untuk Shein pergi Butterfly Park ni sebab recently dia memang sukaaaaaaaaaaaaaa sangat-sangat butterfly. Kalau kata la I marah dia apapa macam dia bergurau kasar dengan I ker, nanti dia cakap sambil sebik bibir. 'Butterfly... butterfly....' Taktau la apa motif dia cakap macam tu. Hahaha. Tapi comel sangat la. Balik dari trip ni dah pandai sebut betul. Kalau tak dia sebut Butterfudge. Haha. Kalau dalam Youtube pon suka tengok Butterfly jugak. Lepas tu sebut banyak-banyak kali. Tak cukup tu, dia pegang pulak muka suruh sebut sama. Kekadang sampai 40 kali butterfly butterfly. Tu yang ada I jawab. 'Yeeeee Sheinnnnnnn. Butterflyyyyyyyyy!!!'. terus member nanges. HAHAHAHAHHA,
Ok time to go home! Kenapa Shein dah tukar seluar tu? orang lain elok je lagi pakai seluar panjang. Rambut dah bertoncet. Hahahaha.
How I wish, I ada sama dengan Shein waktu ni. He was soooooooooooo happy kata Shariffah.
Tengok la his face. Priceless. I love u son. Nanti jaga Mama bila Mama dah tua ye?
Dekat BBI ni, kalau I sekolah dekat sana pon I suka. Macam-macam learning activities ada. Teachers day, Mother's day and macam-macam jenis day. Bila ada any perayaan nanti ada one day, dorang pergi sekolah pakai Baju Kebangsaan ikut perayaan. Time Merdeka pon best. Ada hari-hari yang kena pakai certain color and I pretty sure Shein punya favorite is masa Halloween sebab time tu ramai la kids pakai Superhero punya costume, Teacher Ainu terus jadik Crocodile. Naseb Mama tak join, kalau tak I wanna be a pwincess! I nak jadik either Cinderella or Snow White. I rasa nak jadik Snow White la. Hehe. Nak jadik yang cantik-cantik je. Eh, biar laaaaaaa. Hahahaha.
Semua hensem-hensem ni dah kenapa? Aaron why tak ikut theme? Baju Shein tu, Maktok beli dekat India masa dia pergi area Taj Mahal last year. Ke awal tahun entah. Tak ingat.
Salma dah macam Karisma Kapoor. Kuat berangan semua ni. Confirm! Haha.
Kata Shariffah, Shein was so happy dancing a Hindi Song. Party eh korang dekat sekolah? Memasing la layan joget masa end of the event. Seronok kan? I sekolah dulu takde pon macam ni. Sedih la. Tadika pon tak masuk. Terus masuk darjah satu je. Masa tu teringin tengok kawan-kawan pakai baju tadika, I pon pinjam pinafore De buat pakai. Lepas tu jalan pergi kawan pakai baju sekolah. Ko dah kenapa? Haha. Bila orang tanya pergi mana, bangga jawab pergi sekolah. Takper la. Atok dulu tak senang macam sekarang nak sekolahkan Mama. Now, selagi Mama and Abah mampu, all we want to do is to make you happy and bagi sehabis baik untuk Shein and adik-adik Shein. InsyaAllah. Most important thing, Shein happy.
Next is Halloween Theme! Shein jadik Ultraman!!
I ingat Jumaat tu Shein tak sekolah. Naseb la Sazli bukak communication book. Padahal Shariffah dah remind dalam whatsApp cakap pasal Halloween ni tapi I pon tak teringat and tak alert. Petang tu, Sazli text I and I terus pergi carik dekat Wangsa Walk. Taktau la kenapa nak pergi sampai kesana padahal dekat GE Mall ada je. Konon nak carik yang gempak sebab kata Ellis, ada costume untuk Halloween dekat sana tapi sudahnya I tak jumpa and nasib baik ada kedai jual baju-baju Superhero yang ala-ala macam Shein pakai ni. Takper son, next year Shein pakai besi terus jadik IronMan ok? Yang Shein pakai ni RM40.00 je kalau tak silap I. Siap ada mask. Cumanya ketat sikit la. Kata Sazli, dari Shein siap mandi and nak pakai baju sampai la kesekolah memang dia kena belasah dengan Shein. Dah kena rasuk dengan roh Ultraman.
Sampai dekat sekolah takde dah bye-bye or hug Sazli. Biasa sampai tu bukak kasut elok-elok, letak bag dekat tempat bag, ambik water bottle letak atas meja, hug Sazli then only masuk class, ikut la aturan semua but masa yang Halloween day ni, Shein nampak je Sarhan terus chiaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Hahahaha. Happy la dia sebab semua pon pakai baju macam-macam character. Kasut, bag semua entah kemana. As a father, kata Sazli, bila tengok anak happy macam ni at school berkawan, cikgu baik, makan makanan sihat, apa lagi yang dia nak? Dah cukup senang hati.
Teacher Ainu siap buat face painting lagi. Ada jadik Darth Vader, Jedi and many more. Tengok Shein busy dengan mask dia. Ketat eh Shein? Tu la kepala besar sangat. Harap otak pon besar la. Hahaha.
Group Photo!
Every week, ada sehari yang budak besar akan belajar Iqra' jugak. BBI ni guna IGSCE English as the first language and as their core curriculum. Parents boleh hantar start dari umur 2-5 tahun untuk pre-school learning program, primary and secondary levels. Ada trial day if let say korang nak tengok anak korang ok atau tak dengan BBI ni. BBI is under Kementerian Pendidikan and bukan Tadika yang under JKM. Bagi I and Sazli, I more than happy to send Shein here and mana kawan-kawan pon I suggest untuk hanttar anak mereka dekat sini. Banyak yang bagus dekat BBI ni. Hati pon senang now dekat tempat kerja sebab I tau Shein ok dekat sana. Alhamdulillah. Allah temukan kitorang dengan a great person like Shariffah and Mr David. Semua secara kebetulan tapi end up close with them like this. They are great people. Orang baik-baik and bijak. Shein pon TERLALU banyak improvement. Makan pon healthy foods, perangai pon dah jadik manusia dah. Hahahaha.
Mana-mana emak-emak yang duduk area Ampang, give them a call. Datang sini untuk mintak advice pasal pendidikan anak-anak. Fees dia memang la tak sama dengan sekolah lain but InsyaAllah duit boleh carik untuk anak-anak kan? To see Shein punya progress and to see Shein happy at school, I rasa macam berbaloi bayar fee's. I yang bayar? Cecece. Sembang nak kencang je. Padahal Sazli yang bayar. Hahahaha. Korang boleh tengok website Building Blocks International dekat sini and kalau ada apapa nak tanya, just give them a call ok? Okbye. Ni bukan paid review atau sponsored post ok? I suka la nak share a good thing like this dengan readers. Menda baik, tak salah kalau nak berkongsi. Okbye!
-eNd-
1 comment:
comelnyaaa <3
anak anak I takut butterfly. asalnya lipas pun dorang tak takut, tapi sebab dia tengok mommy nya lari bila nampak semua tu, dorang pun join sekaki.
Post a Comment