Mintak maaf sebab now kaksu dah buat rules baru ain kena buat entry dua minggu sekali. sesuka hati je buat rules and tak bagi option. Lagipun today dia busy sikit. Sejak ada AnneSuraya ni memang 24 jam tak cukup untuk dia. Kadang kesian, tapi kadang padan muka jugak sebab bila dia tak berapa busy dia suka carik pasal. Haha. So mintak maaf lah mana yang nak entry daripada kaksu je, but then terpaksa jugak la baca entry yang ain buat.
Kaksu pesan update pasal 'makan'. Cikgu kat sekolah or lecturer kat universiti pun kalau bagi task tajuk complete panjang siap dengan specific subject, tapi sebab kaksu adalah kaksu, dia bagi arahan macam tu je. lepas tu bagitau nak kena masuk pagi. Ada lagi arahan gambar tak boleh gambar google. Kejam boleh tahan, selalu bebel suruh orang diet, tapi update suruh pasal makan. Lepastu kalau bagi duit suruh makan sedap-sedap jugak. Langsung tak simetri arahan dia. Bebel pasal suruh orang diet kemain pung pang pung pang. Tapi kaksu tetap Siti Nurhaliza. haha i love you boss! (lepas mengumpat counter balik)
So today ain share few tempat makan kat johor yang ain dah banyak kali jugak pergi. Semua price reasonable. So if memana reader kaksu from kulai-johor boleh lah pergi try. Sebab bila nak makan takkan balik-balik nak pergi fast food macam pizza, kfc, subway, mcd, dominos semua, now pon belambak cafe ada. tinggal lagi sedap ke tak je.
1) Ecru Tuckshop Cafe, Kulai.
Sini konsep dia more macam kopitiam pon ada. simple food. Infact meal for breakfast pon kalau nak makan pukul 10 malam takde hal. Makanan pon ok. Tapi yang paling sedap kat sini and ain selalu order adalah hazelnut white coffee cincau. Siapa suka coffee memang kena try.
Air Hazelnut white coffee cincau terpaling sedap |
Gambar Google untuk menu lain. Tak kisah lah gambar google pon, sorry kaksu. |
Sini konsep dia more chill and sesuai la siapa suka selfie/bergambar. Decoration kat sini cantik, cuma if fullhouse pack sikit la sebab cafe ni kecik je. Dekat sini paling sedap beef nanchos dia. Tapi menu lain macam chicken, lamb, steak, pasta semuaaaa ada. Harga pon tak mahal sangat. Dia bukak pon sampai awal pagi, so nak lepak pon ok. Takde siapa marah, janji makan bayar.
Dekat sini boleh dikatakan most of meal sedap. Ain selalu jugak pergi sini. Sebab sini servis memang cepat walaupun penuh. Boleh pilih nak duduk dalam ke luar. Kalau duduk luar borak sampai kedai tutup pun takpe. haha. Kat sini ada grilled chicken + fried rice yang antara paling sedap. Nasik dia sedap. Ayam dia sedap. Minum pulak coke float dengan vanilla ice cream. Gemok memang padan muka. Lepas tu kena bebel dengan kaksu pon padan muka. kah kah kah.
Sirloin steak. Sedap dan murah. |
Tu yang sebelah sana tulah chicken grilled served with nasik goreng sedap. Haha aci boleh je, nama menu lupa. Tu coke float tu kaksu tengok memang membebel la dia. Kah kah kah. |
4) Sangkaya coconut ice cream, Jalan Dhoby, Johor Bahru.
Yang ni saja peramah bagitau sebab Sangkaya ni kira baru jugak bukak kat JB. So mana yang teringin nak makan ice cream kelapa sedap macam kat thailand, sini ada. Coconut Shake dia pon sedap sangat sangat.
5) Warong Pak Abu, Kg. Jaya Sepakat, Senai.
Ok kat sini kalau korang nak makan makanan panas yang sedap memang kena try. Walaupun warong tapi boleh kata menu-menu yang ain pernah try semuaaaa sedap. Nasik goreng udang/daging sedap. Mee bandung sedap, and kawan-kawan lain cakap mee/kuey tiaw goreng/sup semua sedap. Sini kalau lunch hour memang pack sangat. Nak sedap makan kat situ. Panas kepam sikit apa ada hal, janji sedap. Hehe.
Terpaling sedap! Nasik goreng udang gemok. RM7 je. Ada jugak cakap RM7 mahal, nak murah boleh, datang bawak udang sendiri la ok? menu lain korang search la kat FB/Google sendiri. |
Ok cukup la lima tempat dulu ain share this time, lain kali kalau kaksu suruh update pasal makan nanti dan takde modal pulak. Dahla gambar tak boleh google. Dia ingat semua orang ada perangai amek gambar before makan. Hahahaha. Kalau mood ok amek lah gambar, kalau malas or lapar kisah pulak nak amek gambar kan. Kaksu lain lah, itu hobi dia. Hahaha. So mana-mana duduk kulai-senai-jb boleh lah try kalau nak rasa. Detail tempat makan tu korang google or waze jela eh? insyaallah ada. Nak makan kena effort sikit. Mana boleh malas sangat. Haha.
.
Lain kali, ada rezeki, berjumpa lagi, kita share lagi :)
.
.
Bye.
Ain.
No comments:
Post a Comment