Tuesday, November 1, 2016

Tak Banyak Pon Turun. 14 KG JER.

Assalamualaikum..

Dah masuk 4 bulan semenjak I first day jual House of Corset, now I agak ada almost 300 helai dah terjual kot? Padahal tak selalu pon up dalam blog. Sebulan 2 kali jer. Ada yang repeat order selang sebulan sebab size turun cepat. Lagi cepat dari I pon ada. Ramai yang puas hati sebab suka kualiti korset ni yang tahan lasak and memang indirectly membantu weight lost journey mereka sesambil ada yang selesa sebab masalah sakit belakang dah berkurangan. I ingat lagi first month I ambik size 2XL. Time tu punya seksa nak pakai tapi tetap tabah. Ada masa, 5 cangkuk keatas tu I bukak sebab rasa perut macam nak meletup tapi now pakai XL pon dah relax and I rasa lebih comfortable, badan lebih kemas. Seronok sebab to date berat dah jadik 55.6 kg dari 69.7kg. Total weight lost dalam +-14kg la macam tu. Ada masa berat dah static takmo turun tapi I study and tukar strategy la sikit. Now makan takde dah la strict macam dulu tapi I control portion. Sugar pon ada dah berani ambik sikit-sikit sebab sesekali nak self-reward cuma bila dah makan bulan and dah jadik routine I makan dengan portion sikit, I dah terbiasa and takde masalah tak cukup makan macam dulu. Kalau tak dulu, if makan and rasa tak cukup I tak puas hati ok? Menyentan-nyentan. Now malam I makan sikit, by that baru la berat turun selepas static dalam sebulan lebih jugak. Maybe metabolism I low kot? So bila makan and ada energy sikit, so dia help to lose weight. Ni I main agak je. Kang kena bash dengan pakar diet tak masal je.


I start pakai House of Corset masa gambar before (dalam April-Mei 2016). Seksa sangat rasa sebab gemok kan? Rasa susah nak bernafas and tercekik pon ada. Lepas 2 months pakai and nampak ada beza, then only share dengan nkorang semua

Ada jugak anonymous yang komen (tapi malas nak publish sebab semua tu buat orang yang tengah nak turunkan berat badan bila baca boleh morale down) and cakap diet I salah la semua tapi lantakkan ajer. Salah silap ko buat la cara ko sendiri. I salah diet pon, I takde masalah constipation, Low BP etc. Ok je. Turun pon banyak je. Dia yang komen, entah berat 100kg lebih kot? Deeeeengki lettew orang dah turun banyak. Hahaha. Siap cakap pakai Korset ni tipu diri sendiri semua. Nanti bila bukak korset badan flabby jugak. Ko dah kenapa? Nak kurus dengan cara sendiri teruskan. Taknak pakai korset pon ikut suka nko, takde sapa nak marah. I pakai sebab nak badan nampak kemas and dapat control portion makan je. Yang HOC punya magnet function semua tu I tak kisah pon. Yang penting, apa pon diet yang nkorang amalkan macam GM ke, kira calories ke, Atkins ke yang penting kena konsisten and jangan half way. If berat tak turun lama, jangan give up and teruskan je. Understand your body. Kalau dah rasa tak larat sangat dah, its ok untuk cheat sana sini sikit tapi kena keep on going. Mana komen yang negative, pekakkan ajer telinga. Buat dek je.

Kata la kalau tak start lagi, start now. Now tu maksudnya NOW. Let say korang sekarang masa baca entry ni tengah besuka ria makan kan? Start dengan tolak tepi la semua kacang-kacang jajan semua. Air sedap jangan buat ulam pulak. Minum air kosong terus. Lepas tu balik karang buat air detox. Beli la lemon sebijik, hiris letak dalam air. Kalau sebelum ni jenis makan nasik waktu malam, malam ni mulakan dengan takyah makan nasik, tapi makan lauk je. Esoknya pulak kurangkan portion lauk untuk 2 3 hari. Lepas tu makan salad and whole meal bread and buah sahaja. Bila badan dah rasa boleh adapt dengan tak makan nasik/kurang portion then only jangan makan malam at all. Try ambik early dinner before 7pm. Perencah apa semua kurangkan slowly. Ambik yang grilled and rebus-rebus. Sesekali layan la cheat day (yang beragak). Takpe. Takder der diet seminggu, cheat day sehari terus naik 3 kg. Yang penting cheat day tu jangan jadik macam Ain pulak. Memula cheat day, lepas tu cheat week lepas tu cheat month. Sekarang cheat forever. Ha, lantakkan ko debab forever dekat situ. Hahaha.

Kenapa start NOW? Sebab kalau tak now, bila lagi? Biar turun slowly, tapi turun jugak. Takper. Jangan patah semangat. Kalau korang berat yo-yo. Kejap kurus, kejap gemok nanti badan tak firm. Tak padat. Dah tu akan jadik selulit. Buruk rupanya. Jangan terlalu push tapi kena kuat semangat. Slowly. Macam Mimy Hamid, dia dari 100kg over, now slowly turun. Sekarang dah macam Neeeelooofa ok? Makin kurus, makin hot. Hot dari zaman anak dara pon ada I tengok. Bila kurus, memacam baju dia pakai and nampak lagi stylo.

Mimy jenis strict diet. Sesekali dia ada cheat day. Dia ada buat GM, Atkins and kira calories as well. Now I nampak Mimy ambik Konjac punya foods supplement. Korang kalau nak tengok weight lost journey dia, boleh tengok dekat Instagram dia. Blog dia, dia dah malas nak update. Pemalas punya worang. Hahaha. Mimy ni, I memang bagi dia semangat dari awal. Memula masa dia 123kg over dengan ukur lilit punggong dalam 104-110cm Mimy pakai House of Corset size 5XL. Muat! Dia suka sebab badan dia kemas, and fabric HOC ni kuat. Boleh la tampung dia yang berat 123 time tu. Bulan ni, I belanja Mimy HOC size 4XL pulak. Woot woot! Now berat Mimy is below 90 oredi. Dah lebih 30kg dia hilang. Dia set target nak dapatkan 80kg. Good luck Mimy! Mimy jaga diet, and at the same time dia pakai House of corset jugak. So that, portion makan dia sikit and badan dia kemas.

Ni pesanan dari Mimy on dia punya weight journey lost

1) cut semua makanan minuman manis
2) kurangkan nasi, roti anything yg carbo
3) banyakkan minum air putih/masak at least 3-4 liter
4) dinner tak lebih dari pukul 7 mlm
5) minum green tea setiap lepas makan
6) kurang kan makanan bergoreng dan berminyak
7) cut minuman berais
8) banyakkan berjalan utk burn kalori
9) no fast food/cake/choc/desert
10) makan byk sayur hijau dan buah.                                         

11) PAKAI GIRDLE HOUSE OF CORSET


Mimy start pakai House of Corset masa berat dia 123kg, now dah below 90kg
Dari Size 5XL now dah 4XL

Bukan la I nak kata House of Corset ni sapa pakai terus kurus tapi boleh bantu. Kurangkan portion makan and kasik motivasi bila pakai depan cermin, nampak body mantap. Lemak pon tutup, pakai baju pon nampak lebih kemas sebab babat semua hilang. Pakai la 8 jam sehari 5 kali seminggu. InsyaAllah it will help you. Pakai la jenis apa pon korset yang korang nak. Murah mahal takde hal. Tapi kalau mahal sangat, tapi kesan pon sama buat apa nak membazir? Yang murah pulak nanti pakai dekat peha bergulung dah sakit hati. Pakai 5 hari, kain dah kendur acane? Sebab tu la kena ambik corset yang memuaskan hati macam HOC ni. Now I nak buat promo for limited time. Takde due date tapi sampai habes stock yang ada je lepas tu next stock, I jual pada harga asal. 5XL is selling fast. Now stock takde, but dalam 3 4 hari akan ada balik. If nak, kena secure payment now sebab I tak boleh simpan stock. Tak adil pada yang betul-betul berminat.


So this is the offer. Sehelai RM130 (Harga asal RM150)
M (40-45kg) | Waist : 61-67cm | Hip : 80-90cm
L (46-55kg) | Waist : 67-73cm | Hip 83-93cm
XL (56-65kg) | Waist : 73-79cm | Hip 86-96cm
XXL (71-78kg) | Waist : 79-85cm | Hip : 89-99cm
XXXL (71-78kg) | Waist : 85-91cm | Hip 92-102cm
4XL (79-85kg) | Waist : 91-97cm | Hip 98-105cm
5XL (86-90kg) | Waist : 97-103cm | Hip 104-110cm

Nak tau size apa korang pakai senang je. Korang ukur la size punggong. If punggong masuk, confirm muat AND PADA YANG TAK CONFIDENT DENGAN SIZE TAKPE. KATA LA SALAH SIZE, KORANG BOLEH TUKAR SIZE dengan syarat corset tu try je. Jangan pulak dah pakai sehari baru kata salah size. Ada jugak yang size 5XL tu hips 115-120cm also boleh fit sebab dia stretchable.


Kalau beli 2 helai RM240 (Harga asal RM300.00) Banyak jimat tu. For limited time je eh? Habes stock yang batch ni, harga akan balik pada harga asal.



Untuk size M - 5XL ada 3 warna iaitu Premium Blue, Premium Black and Premium Beige. Tapi certain warna selling fast. Kalau nak any specific color boleh check dengan I dulu ok?


Nak cuci senang je. Korang just rendam dalam Softlan and sidai. Takyah masuk dalam washing machine ok? Fabric dia jenis lembut so bila pakai tak panas and takde tulang yang mencucuk-cucuk dekat perut.

Ciri istimewa yang ADA pada corset ini..!!

Membaiki tekstur tebuh anda dan membentuk tubuh anda..
Tak perlu bukak apabila ingin ke tandas..
Sangat selesa kain lembut dan sejuk..
Tanpa tetulang yang merimaskan..
Memberi keselesaan pada si pemakai..
Dilengkapi 7 magnet yang mampu melancarkan darah dan menghapuskan lemak degil.
Sangat mudah dipakai (one piece)

So kalau nak order boleh WhatsApp I terus. 012-9184042. Kita borak-borak la nanti. I akan suggest korang punya size. Bagi I memula ukuran punggong, lepas tu baru berat badan. Yang tu lebih accurate. Sebab ada orang tak berat tapi vontot JLo. Ada yang straight cut tapi berat macam letak batu dalam seluar. So meh I consult size apa yang korang patut pakai. If salah size, takde hal kalau nak tukar. Kalau nak duhet balik pon takpe, post kan aje semula corset tu pada I. OK? Jangan risau semua menda boleh bawak berunding. I tak makan orang cuma a matter of time je. I pon bizi menyelamatkan dunia. Maklumlah part time Power Rangers la katakana. Korang meses je, nanti I free sure I akan balas punyalah! Ok? Ok give me five!

-eNd-

2 comments:

Juls Julie80 said...

salam ziarah & follow sis..menarik ni.. kene simpan bajet hihhihi

Robinhood said...

Cam bes jek...cam minat jek...cam ne yek...😃