Assalamualaikum..
Last week ialah hari I nak makan steak je. Naseb la
dekat office ni ada 2 restaurant yang ada steak. BLVD dengan Brolly. Taaaaapi
kan? Sebenarnya lah kalau tekak I, pusing-pusing I suka Victoria Station jugak
sebenarnya. Dulu ada satu masa asyik nak makan dekat Menate. Now dah tak berapa
suka dah. Lagipon kecik hati masa Waiter tu tanya I masa I mintak medium rare, ‘Awak tau ke medium rare tu macam mana?’
Bila kita jawab tau dia tanya balik, ‘Are you sure?’ Sama kes macam dekat VS
jugak la dulu sekali. Sampai hati tanya banyak kali dekat I tau ke tak medium
rare tu macam mana. Orang taaau laaaah. Batu belaaaaah. Hahahah. Dekat VS tu
ada jugak I bengang dengan waiter sarcastic masa Kaklong buat-buat bodoh pergi
tanya ada juice apa, lepas tu Waiter tu muka kerek pergi cakap, ‘Air buah ada tapi buah rambutan tu takde la’
sambil buat muka annoying rolling eyes yang malas layan tu. I pernah cerita
dekat meluahkan perasaan pasal double standard dekat restaurant and designer
boutique tu dekat sini. Mementang la kita dulu tak Siti Nurhaliza time tu sebab
tak pakai ANNESURAYA SKINCARE dengan tak makan Zenia Collagen, Transgluta and
Transbella selamba kena hina. Cenggitu lah… Kekadang Waiter yang kerja dekat so
called 5 star restaurant ni suka la buat muka bajet kalau dia rasa kita tak up
to their standard. Kenapa la nak kena belagak ye dak? Ko pon kerja je kat situ.
Bukan owner pon. Tapi kalau owner pon, mana boleh belagak jugak. Tak baik.
Berdosaaaaaa.
Kali ni makan dekat BLVD House (lagi).Yang
ni ialah Australian Rib Eye Steak. 250 gram berat dia. Harga RM125.00
Ada
tomato, bawang putih selabu terus buat buang angin dengan mushroom sauce
I
memang suka makan steak dengan sautéed mushroom. Yang ni side dish boleh order
lain. Harga dia RM10.00 jer
Anny
makan salad sebab dia sejenis kambeng. Sama macam Sarah. Dia suka makan ayam
and udang. Daging dia tak berapa suka. Tak pernah nampak Anny order steak
semenjak kawan dengan dia 18 tahun lepas. Yang ni Crispy Baby Prawn Salad.
RM35.00
Ni
pon Si Anny punya favorite. Biasa dia order small size je. Kali ni big. Haha.
Spicy Chicken Boxing. RM35.00
Gambar masa hari kejadian takde sebab I dengan Anny
sebok buat muka cantik time tu. Nasa suami Marion ada belakang meja kitorang.
Lepas tu nampak jugak yang sorang lagi tu abang dia sapa entah nama. Pernah
viral kes dengan anak and wife dia dekat court. Dalam pada buat muka cantik,
makanan tetap licheeeeen. Hahahahaha. Anny suka datang makan area opis I ni. Ada satu lagi dia
suka makan Egg Benedict dekat Doppio. Minah tu memang suka makan telur. Tu la
Anny…. Pindah la office ANS BEAUTY dekat Naza Tower. Lepas tu kita habeskan
duit makan dekat bawah ni je lepas bersungguh buat kerja jual product. Kah kah
kah. I ingat I nak buat deal dengan diri sendiri la, dalam masa 2 weeks, nak
makan tak lebih dari RM10.00 sehari, nak tengok berjaya ke tak. Kita mulakan
dengan harini ok? Ok chaiyok!
Ni
gambar masa birthday Intan last week. Ko kenapa Anny? Sakit gigi ke?
Mamat
kat Harrods tu perati je perangai dua orang ni. Kah kah kah.
Tak sangka now dah November kan? Rasa macam sekejap
je masa berlalu especially bila I dengan Anny ada ANNESURAYA ni. Pagi petang
siang malam fikir pasal business je. Kekadang ada rasa down, tapi Anny dengan
Lin jenis kuat semangat. Selalu encourage cakap jangan give up. Paling sedih
bila teringat pasal orang yang susah nak bagi kerjasama satu masa dulu. Kena
reject, orang taknak tolong you name it. Tapi Allah tu ada. Dia selalu tolong
kita kalau orang lain taknak tolong. Although ANS BEAUTY ni masih baru, tapi I and
Anny ada banyak plan dah untuk Syarikat ni berkembang pada masa akan datang.
Memana yang buat-buat tak nampak especially kawan-kawan lama tu takper laaaaa.
I takde pon paksa beli ke, tapi apa salah kalau notice/acknowledge sikit dengan
I. Kalau I share dalam group tu, apa salah ambik la hati sikit buat-buat tanya
kot ye pon taknak beli. Ni bila share ada product semua krik krik krik. Tak
reply langsung. Haih.
Tak share, di kata sombong, dah share buat tak tau
pulak. Gitu lah. Sebenarnya tak semua orang senang hati kalau tengok kita maju
sikit. PHD tu ada je. Tapi biarlah… Kecik hati 5 minutes lepas tu bangun balik.
Malas nak kena tazkirah lama-lama dengan Anny. Haha.
-eNd-
No comments:
Post a Comment