Assalamualaikum..
Cukup sebulan baru up entry ke dua untuk Izzy is Off The Market. Punya bizi la I kerja part time sebagai Power Rangers Kuning. Part I korang boleh baca dekat sini. Now Izzy pon dah selamat kawen dah pon. Tengah bersukaria dengan hubby dia dekat Lombok sana nu. Intan pantang betul kalau orang baru kawen cakap 'I dengan hubby I'. Dia berapi je menyirap. Hahahahaha. Takper Intan, Intan jangan la sedih. Semalam masa meeting dengan ANNESURAYA SKINCARE team, Kaksu dah follow up dengan Kerol dah pasal Intan. Dia pon dah merah-merah telinga sebab malu. Orang tua cakap, kalau malu tanda mahu. Hihihi. Anyway, dekat entry ni jugak I akan share dengan korang semua macam mana nak buat simple celebration yang nampak meriah, tak ambik banyak masa, fun and semestinya cantik di dalam gambar. Ok? Yang penting semua kena sporting and jangan ada yang jenis semua nak bangkang. Itu taknak, ini tak boleh, situ haram sini haram tak ikut syariat belaka, dah kalau macam tu tak payah nak celebrate apapa. Yer la kan sebab ada orang yang cakap menda-menda celebration macam ni takde dalam ajaran Islam. Dah kalau macam tu, takyah join udah. Takyah spoil mood orang. Bagi I simple je, semua terpulang pada niat. Niat yang baik la. Bukan niat yang tak elok macam, 'Bunuh diri sebab harga rokok naik' atau 'Mencuri untuk beli ubat Mak'. Niat meraikan bakal pengantin ni untuk bagi pengantin happy makan sedap-sedap. Itu jer pooooon mak enon. Bila ada niat nak bagi orang happy, itu pon dah dapat pahala.
Sapa yang pengantin dalam cerita ni? Dah kenapa Intan yang malu lelebih? Haha. Sebenarnya 7 orang total tapi gambar ni Izzah yang tolong ambik, so dia la takde dalam gambar.
Boleh tahan lawak jugak preparation untuk Izzy ni. Intan tu la sekejap kan call Izzy dekat mana sebab takot terserempak kitorang bawak belon semua ni. Bila Izzy tanya kenapa Intan cakap 'Emmm takperlah'. Hahaha. A day before kitorang pergi Pavilion sebab nak beli sejambak belon yang dalam gambar atas tu. Ada 'Queen of a Day', belon love dengan belon polka dot. Belon jenis ni tahan 2 3 hari. Kekadang sebulan pon tak kempis-kempis lagi. So korang boleh sediakan awal. Belon jenis helium tak tahan lama. Paling lama pon 8 jam I agak. Yang tu tak boleh beli awal nanti dia kempis. Kitorang beli jugak crown with veil untuk Izzy, 'Bride To Be' sash tu dengan cekak 'Hens Party'. Tak payah nak party sangat la! Hahahahaha. Semua ni tak silap I tak sampai RM150.00 pon. Korang nak murah, beli dekat any party punya store. Ni dekat mana-mana mall pon ada.
Since kitorang buat on weekdays and hari bekerja, so semua kena cepat, pantas. Sebab kitorang ada dalam 2 jam je. Yang lunch ni, kitorang buat dekat Brolly during lunch hour on Friday. Makanan kitorang order awal-awal masa booking so takde la take time untuk dorang prepare. Izzy nak makan 'Shell Out' so kita ikut la cakap dia. Lagipon Shell Out dekat Brolly ni bapak punya sedap ok???? Now dorang dah keluarkan dari menu. I pon tak paham kenapa. Selalu la frust dengan restaurant macam ni la. Dah elok ada dalam menu, pergi take out. Menyam! Macam yang korang baca dalam Part I, simple deco tu by Event4U. I mintak Lien bagi I 10 belon (Mix pink and Black) sempena dengan warna tema kitorang yang di DECIDE OLEH INTAN. Dia beria pesan pink 8 juta kali tetiba hari kejadian pakai light pink and pink belacan. Geram je!
Masa ni Izzy masih lagi memegang title 'Bakal Pengantin'
Intan nak juga duduk dekat Chairman punya tempat ni. Hahaha. Kasik chance la. Masa Izzy pakai sash dengan crown ada veil tu, dia jeling je. Tak puas hati betul Intan.
Siti Nurhaliza, Neelofa dengan Dyba. Dyba kita nak bagi nama artis apa eh?
Tengok la shawl I, selagi boleh pink kan? Punya takot Intan marah. Kaklong pon ada sekali. Happynya Kaklong dah ada dekat Menara Felda so boleh la join partaaaaay tapi lepas ni I macam nak kena pindah Balai Felda pulak ikut boss. Huwaaa. Mereput la kat sana sorang-sorang takde kawan.
Intan masa hari kejadian memula dia macam diam je. Takde mood. Tapi lama-lama baru la dia happy balik. Intan manjaaaaa jangan la moody macam ni. Sebab bila Intan moody, semua orang tak happy.
Eh, Sarah mana Sarah? I agak masa ni Sarah tak sampai lagi kot?
Ambik gambar ni sebelum makanan sampai. Hope you like it Izzy.
Ok dah complete! 7 of us (^_^)
Dari kiri : Intan, Kaklong, Izzah, Siti Nurhaliza, Dyba and Sarah. Yang duduk tu Izzy (Bakal Pengantin)
I duduk diapit oleh Kaklong and Intan. Depan Sana Dyba diapit Sarah and Izzah
Ok, makanan dah sampai! Izzy yang order semua ni. Dia pilih sos, and bayar semua dulu. Dia yang diraikan lepas tu dia yang bayar makan. Hahahaha. Tapi Izzy contribute RM200.00 lepas tu balance, kitorang divide by 6 pulak. Air minum air kosong je sebab jimat. Kah kah kah. Makan Shell Out ni lawan dengan Garlic Fried Rice OMG sedap giler ok??? Kalau dekat Brolly ni, memang ada satu spot long table yang cukup untuk 10-12 people. Tapi kat situ agak panas la sebab aircond rosak and kena pasang kipas pulak. I dah la pwincess tak boleh panas-panas. Lighting pon tak berapa cun kalau ambik gambar jauh. Untuk makan-makan celebration ni, actually Izzy tak tau dia ada crown + veil dengan sash siap simple deco. Dia cuma tau makan sama-sama and ada theme color. Happy sangat Izzy bila kitorang buat macam tu untuk dia.
Tengok gambar Shell Out dekat Brolly ni tetiba I teringin nak makan Shell Out jam-jam ni jugak.
Seriously sedap and affordable. Sampai hati Brolly take out from the menu :(
Satu set ni dalam RM100.00 je tak silap I. Cukup 2-3 orang siap dengan nasik.
Ok, time to dig in!
Al-hamdulillah by this moment, Intan dah senyum and happy balik.
'Kaksu, Kaksu. Intan nak pakaikan Kaksu napkin tu ok?' Ok Intan. As long as you happy .
So Izzy order 3 set of Shell Out + Garlic Fried Rice sorang satu. Lepas tu air kosong. Semua tak sampai RM350.00 pon. Simple tapi kenyang!
Ni mintak tolong abang kat Brolly tolong ambikkan gambar. Kaklong, apesal ko tengah?
Siap makan, kitorang menuju ke Doppio for dessert pulak. Dalam Brolly lighting tak berapa cun and yes! Dapat je chance, terus Siti Nurhaliza duduk tengah siap catwalk. Kah kah kah. Bas ni memang ada park luar Brolly. Cantik kan?
On the way dari Brolly kita akan melalui BLVD baru la sampai Doppio.
Dekat Doppio kitorang makan Salted Caramel Donut, Salted Caramel Croissant dengan Salted Egg Donut. Share 7 orang cukup je sebab size besar and semua dah kekenyangan ketam udang semua berenang-renang dalam perut.
Simple but sweet celebration for Izzy. I sayang bebudak ni semua.
Happy sangat sesekali dapat berkumpul macam ni. Paling happy bila Sarah pon ada sekali. How I miss you BB. I nak sangat you ada dengan I dekat Felda ni. Kerja sama-sama macam dulu. Ada Sarah, ada Ira. Mesti lagi happy kan? I dekat office ni yang buat release tension, seronok sebab ada bebudak ni je. Seronok bila ada officemate yang sekepala macam ni. Semua pon cantik-cantik, jenis boleh tolak ansur and takde yang jenis tak boleh bawak berbincang. Tu paling best! Kalau ada sorang yang jenis keras kepala mesti pening kepala nak handle. Siaaaaan la kawan-kawan lain kalau ada sorang yang jenis carik pasal. Ni I cakap ni sebab I nampak. I yang dengar pon menyirap. Kesian ok dekat kawan-kawan lain?
Ni I summary kan macam mana nak buat simple celebration dengan limited time and budget.
- Pick warna tema. Combine any colors with black/white ONLY. Macam Red + Black, Peach + White, Pink + Black. Jangan ambik Blue + Mustard atau Yellow + Green atau Orange + Purple kang nanti dah jadik pelik macam kumpulan nasyid pulak.
- Not too crowded restaurant. Pilih yang paling nearest to the office kalau boleh. Tak ambik banyak masa untuk drive, parking etc
- Buat Reservation awal-awal, pilih terus nak makan apa and bayar terus. So nanti datang, tinggal makan je. Dah siap terus blah. Kekadang restaurant ni nak dapatkan bill pon makan 10-15 minutes
- Minimalist decoration. Jimat and cantik serta tak membazir. Beli 10 helium balloons. Beli la sendiri dekat kedai baru RM4-RM6 satu belon. Kalau ada budget boleh hire event company tapi nanti jadik mahal dengan service + parking semua. Kata nak budget? Kena la kerja lebih sikit.
- Cari tempat yang ada lighting yang cantik. Tak dapat dekat restaurant, dekat luar restaurant pon ok.
- Sporting. Tu paling penting. Pedulik la kalau orang tengok ko bawak belon, tangkap gambar tetengah mall kan? Ada 7 - 10 orang ni kita tak payah risau orang pandang. Biarkan ajer.
So hopefully tips I ni dapat membantu korang untuk bersama-sama kengkawan celebrate birthday etc sama-sama untuk nampak meriah. OK? Overall haritu kitorang spend dalam RM70.00 je seorang untuk makan, deco semua. Kira ok la tu kan? Untuk Izzy, hope you like our arrangement for you. Nanti you balik Malaysia, kita carik wedding prezen yang macam you nak tu. Pyjama dengan panties dekat La Senza kan? AMBOI.
-eNd-
2 comments:
dyba low profile..xjadi mcm retis xpe, janji dpt balenciaga 1 ...
i dapat bag bonia tapii macam prada pun ok..
Post a Comment