Monday, December 12, 2016

9 Tips Untuk Melambatkan Proses Penuaan

STICKY POST
 *Please scroll down for new entry*

Assalamualaikum..

Sapa cakap bila umur 30 tahun tak payah risau lagi pasal proses penuaan? Ada sesetangah orang fikir, tua tu bila 45 tahun keatas. Or bila menginjak ke angka 40. No. Jangan sesekali fikir macam tu ye sebab sebenarnya proses penuaan bermula seawal usia 25 tahun. Waktu tu, badan kita dah kurang menghasilkan collagen secara semulajadi dan mula merosot dari tahun ke tahun. Waktu ni, pretasi sel yang rosak dan mati pon akan mula menurun akibat dari kekurangan nutrisi penting dalam badan. Sebelum I share tips macam mana nak melambatkan proses penuaan, jom kita check dulu antara faktor utama yang menggalakkan proses penuaan.
  • Merokok dan asap rokok
  • Masalah Kegemukan
  • Tak jaga pemakanan (gula berlebihan, makanan segera dan makanan yang tinggi glisemik)
  • Tak pakai sunscreen protection bila terlalu terdedah kepada cahaya matahari
  • Kekurangan zat
  • Dadah dan alcohol
  • Memakan ubat-ubatan dalam jangka masa yang panjang akibat dari masalah kesihatan
So, dalam list dekat atas, ada tak yang terlekat dekat diri korang? Mesti ada punya kan? Mulai dari harini kena check balik. Untuk yang tak merokok, asap rokok pon boleh menjadi salah satu dari punca cepat tua. So lepas ni, kalau nampak ada orang hisap rokok, suruh mereka hisap rokok jauh-jauh sebab nanti korang pulak yang tak pasal-pasal cepat tua. Kan? One more thing, please take note untuk Ibu yang kerap hamil dan menyusukan anak paling cepat akan mengalami proses penuaan. Sebab tu la biasa kita nampak Ibu yang ada 5 6 anak nampak cepat tua walaupon badan slim (probably sebab penat menguruskan anak). Salah satu sebab adalah kerana kekurangan nutrisi. Oleh itu penting untuk Ibu-Ibu menjaga pemakanan? Ambik makanan berkhasiat, bersenam dan jangan stress selalu.


Nak nampak muda ke nak nampak tua? You choose.

Now I nak share tips, macam mana untuk melambatkan proses penuaan. InsyaAllah kalau korang amalkan tips dalam akvtiviti seharian, mampu untuk melambatkan proses penuaan. Memang la tua itu pasti tapi penuaan dan menjadi tua tu 2 perkara yang berbeza. Kena jaga tabiat pemakanan dan gaya hidup sihat dari sekarang untuk kekal awet muda. Sebab sebenarnya, kalau kita nampak sihat, cergas dan cantik automatically kita akan lebih berkeyakinan untuk buat apa sahaja dalam hidup kita. Let's start from here and never too late. OK?


  • Makan makanan yang berprotein tinggi. Contohnya seperti dada ayam, minuman protein dan putih telur. Protein yang tinggi dapat mengawal berat badan dan mencegah penyakit kronik.

  • Amalan memakan sumber makanan yang mengandungi Vitamin B6 dan B12 untuk mengurangkan kortisol dan meningkatkan paras seretonin dalam badan. 

  • Bersenam - Dengan bersenam tubuh akan menghasilkan hormon yang boleh membantu melambatkan proses penuaan.

  • Jangan stress - Banyak cara elakkan stress. Boleh pergi spa, reward yourself. Spend seminggu sekali untuk buat manicure and pedicure pon ok. Dari segi rohaniah pulak, kena jaga solat, mengaji al-quran, bersedekah. Sesekali pergi la urut badan dan minum teh herba pon boleh melegakan stress

  • Tidur yang cukup - At least kena tidur 6-8 jam sehari. Ini paling penting sebab masa kita tidur, badan kita akan berehat. Paling bagus, bila bangun tidur, mandi terus and jirus air mulakan dari kaki dan naik keatas sampai kekepala. Lepas tu baru jirus macam biasa dari kepala.

  • Minum air kosong at least 2 liter sehari. Paling bagus kalau dapat 3 liter. Selain untuk keep body tak dehydrated, air juga berfungsi untuk meningkat sistem imunisasi tubuh. So susah la nak demam/sakit

  • Senyum. Trust me. Orang yang selalu senyum akan nampak lebih muda. Senyum je pada sesiapa. If orang cakap sewel pon lantakkan. Janji kita muda sentiasa.
  • Sentiasa bertenang dan berfikiran positif. Mana-mana yang bagi unnecessary stressed and negative vibe, sila elakkan. 
8 tips diatas adalah diantara cara untuk kita melambatkan proses penuaan. Boleh mulakan dari sekarang ok? It's all about mengamalkan gaya hidup sihat. Jaga pemakanan dan bersenam serta minum air yang cukup setiap hari. Tetapi, selain dari tips yang I bagi tadi, korang jugak boleh menggunakan produk anti-aging di wajah untuk membantu menganjalkan kulit, melembap dan mengurangkan garis halus pada wajah seperti Olay Regenerist series.


 Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream, Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence dan Olay Regenerist Micro-Sculpting Night Cream. 3 Produk dari Olay Regenerist yang boleh membantu anda melambat proses penuan di wajah


1. Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence.

Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence ini boleh memperbaiki kulit dengan membantu memperbaharui sel-sel kulit mati serta memberi dua kali kuasa tambahan bagi melambatkan aging process. Paling bagus dipakai bersama dengan  Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream serta Olay Regenerist Micro-Sculpting Night Cream. Hasilnya kulit muka akan tampak lebih cantik dan 10 tahun lebih muda dari usia sebenar.



2. Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream

Krim ini membantu melembutkan wajah, mengurangkan garis halus dan kedutan serta melembapkan kulit. Nanti kulit akan nampak tegang dan muda.



3. Olay Regenerist Micro-Sculpting Night Cream

Pakai setiap malam. Krim ini bertindak untuk membantu menegangkan kulit, melembut serta membuatkan kulit wajah lebih sihat dan berseri.


Ketiga-tiga produk ini dapat membantu kita untuk menjaga kecantikan wajah serta tidak lagi takot kepada proses penuaan. Gabungan ini  boleh membantu wajah untuk melambatkan proses penuaan, melembap, menegangkan serta menghilangkan kedutan serta garis halus pada wajah.

I percaya, sebagai wanita kita kena berusaha dengan sehabis baik tak kira usia muda atau tua untuk sentiasa kelihatan cantik. Produk Olay ni boleh membantu kita untuk kelihatan lebih cantik. Percayalah, dengan wajah yang cantik serta kulit yang sihat, kita mampu bergerak lebih jauh serta maju dan lebih yakin untuk melakukan semua perkara dalam hidup. Setiap wanita dalam dunia ni berhak untuk mendapatkan kulit yang cantik dengan menggabungkan unsur sains, aesthetics dan pengetahuan.  Bila cantik, terasa diri sempurna dan lebih berkeyakinan. Kan? Untuk more info tentang produk Olay ni check out dekat https://www.everydayme.com.my/olay

#OlayMalaysia 
#MiracleDuo
#BestBeautiful

-eNd-

2 comments:

E'in said...

huishhhh.. nak kena take noted nie.. tak lame lg pun e'in nak masuk 30 series.. hihi..

cikkyra90.blogspot.com said...

Tq tips tu. Dulu2 permah guna olay. Mmg best la.