Friday, December 16, 2016

Assemoga Shein - Partt III

Assalamualaikum..

Yayyy! Selesai dah Birthday Shein at School. Suka la dia dapat blow fruit cake tadi. Walaupon masuk kali ketiga baru dapat blow sebab member sebelah lebih excited nak blow sebelum lagu habes. Hahaha. Tu la Shein, lemmmmm sangat kan? TQ pada Sazli and Bapak yang bagi contribution untuk Foods and Party Pack. Pada Yummy Flowerz for the Real Fruit Cake, pada Abang Madee yang datang ambik gambar (Walaupon dia sampai lambat naik terkencing terberak I tunggu sebab takot tak sempat ambik gambar for the cake cutting), NZ Delicacy for the Foods and pada Building Blocks International especially Ms Shariffah for the arrangement, Reham for the topi and blow thing menda ntah tadi tu nama dia and for the Teachers, Classmate and Friends for memeriahkan majlis. Simple je pon Birthday Shein ni. Nothing Fancy. Saje je la nak dia happy-happy dengan kawan-kawan. Nanti tahun depan boleh la buat meriah sikit. Tu pon kalau Mama kaya la. Bebudak zaman sekarang birthday party dah macam kawen dah. Lepas tu Mama dia ni biasanya excited terlebih nanti kang semua menda dia nak tapau. Tak kena gaya habes segala Photo Box dia nak ada. Nanti dah ada rumah sendiri boleh letak Bouncing Castle terus. Tak dapat letak dekat yard, kita letak je dekat jalan. Apa ada hal? Hahaha.



Tengok bebudak sekarang birthday siap ada sash lagi. Mama teringin nak pakai Sash ni. Eh ke dah pernah pakai eh masa Birhtday? Lupa. Rasanya macam takde.



While waiting Uncle Madee to come. Ni pakai baju ni sebab Abah Shein request. Custom made ni. Beli kain dekat Jakel lepas tu buat dekat Kedai Pakistan. Upah RM70.00 je sepasang.


Today is the last day for Term 1, nanti masuk sekolah balik on 5th January for Term 2 kalau tak silap so 2 minggu jugak la bebudak ni tak sekolah. Today pon ramai dah yang takde. While waiting for the party to start, kena tengok amenda ni? Macam tak menyeronokkan je rancangan ni? Tapi apesal semua concentrate bukan main? Haha.


Yayyyy! Dah boleh makan. Harini birthday Salma so buat sekali la untuk Salma and Aaron yang tengah tu I tak sure bila birthday dia. Maybe on December jugak kot?


Ni I mintak Yummy Flowerz buat 2 kek. 1 watermelon, 1 honeydew. Macam ni small size harga dia RM130.00 FREE DELIVERY


Yang ni is watermelon base. Yang atas tadi Honey Dew. I mintak Cantaloupe tapi Yummy Flowerz tak dapat cari size besar. Request no chocolate coating. Semua kena Fruits. Nanti kalau ada Choc coating Mr David akan murka. Hahaha. BBI Kids tak dibenarkan ambik gula-gula fast foods semua ni. Strictly Prohibited.


Tapi ni apa kes? This cake for Aaron but actually not for him. Acah-acah macam dia punya je. Kira macam hiasan jer la sebab this cake for parents and adults only. Shein elok pulak takde meroyan nak makan kek ni ke apa. Try dekat rumah, memang dia melekat je la dekat kek ni.

I ada cerita kan I carik bahan untuk Party Pack dekat Mydin dalam entry ni. So I strongly advice if korang nak buat pary pack banyak-banyak, beli je la dekat sini. Let say budget RM3.00 sorang pon boleh dapat pencil color, letak la dalam zip bag yang elok-elok. Pon best jugak. Budak-budak ni sebenarnya tak kisah pon kecik besar mahal murah barang-barang yang dorang dapat janji ada. I naik rambang mata nak pilih letak apa dalam paper bag. Memula rasa macam nak bagi fruits as well tapi tak sempat dah sebab terlalu bizi menyelamatkan dunia. Ni pon semalam pakkal la Ain ada tolong update blog. I akan pastikan during working days, if I tak boleh update blog pon akan ada jugak entry paksaan dari Ain. Kah kah kah. Sorry Ain sebab tak habes-habes Kaksu susahkan Ain. I love you so much! Yang label ‘Shein is 4’ tu pon I yang buatkan jugak.




Ok siap susun dah semua. Malam tadi Shein tido awal, probably penat sebab semalam kan Year End Concert dia? So malam balik dari dinner dekat Nong and Jimmy terus tido. Aman la Mama nak buat kerja. Ni kalau ada dia ni memang sekian la kerja takkan setel sebab dia biasa sama naik nak menolong.


Bag ada 3 kaler. Belasah je la. Campur-campur la best.


Dalam dia ada Coloring Books, Pencil Color dengan Stationary Set (Ada Pencil, sharpener, ruler, eraser and pencil box). Semua ni berharga only RM9.96 sahaja


Ok, Up 1 lagi gambar. Dah la carpet rasta ni boleh tahan kepam

Nanti later I dapat gambar dari Abang Madee then only I share dengan nkorang eh? Ni update ni pon sebab dah tak tahan. Hahahahaha. I tadi pon lari sekejap time lunch hour. Datang dengan Kaklong and Dyba. Intan tak ikut sebab dia bizi dengan assignment. Sazli pun ada datang. Anny pon ada. Anny tu menyirap je dah 2 kali nak datang sini, Waze bagi jalan merapu. Memula ada la rasa moody sebab takot tak sempat nak ambik gambar Shein potong kek sebab Abang Madee stuck dekat PJ punya Star tapi dia pon sampai tepat on time so Alhamdulillah semua ok. Nanti InsyaAllah kalau ada rezeki, Mama and Abah buat yang proper one for you ok Shein? Promise!


-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...