Monday, December 19, 2016

LANGKAWI GIRLS TRIP : NASI DAGANG PAK MALAU

Assalamualaikum...

Quick update sebab sekarang ni I ada dekat Langkawi dengan GF, Kaklong, De and Ain. Kitorang akan berada dekat Langkawi ni sampai la Rabu ni, InsyaAllah. Semalam sampai dalam pukul 11.00am macam tu. Flight delay dalam 2 jam. Beria la bangun pukul 3.30am tetiba flight delay, geram je. Flight is smooth tapi I memang dah bermasalah nak naik plane sekarang ni. Takot. Masa langgar awan pon rasa macam nak gugur jantung. Padahal bukan la turbulence beria tapi memang dah tak boleh. Selagi tak landed, selagi tuuuuulah rasa macam antara hidup dengan mati. Ni azab dah lepas, nak tunggu flight balik pulak. Huwaaaaaaaaaaa!! Korang doakanlah semoga semuanya smooth and selamat ok? Now I on the way nak breakfast dekat Nasi Dagang Pak Malau. Ni la paling banyak recommendation dari readers and friend. Must go place bila ke Langkawi. Makan sedap tepi Bendang lepas tu foods is cheap and marvelous. Dengar cerita la. Tapi tak try lagi ni tak tau macam mana. Nanti I dah try I akan share dengan nkorang eh? Malam tadi pon makan sedap jugak. Ingat esok malam nak try Shell Out pulak dekat Pantai Cenang. Pack with activity and hopefully dapat la makan Laksa Ikan Sekoq. Dah sampai dari semalam tapi sampai sekarang takde chance lagi. Kalau tak dapat makan memang terkilan sebab tempat yang kitorang stay ni pon area Kedawang tak berapa jauh dari Airport and Padang Mat Sirat.


Sementara nak siap taip tetiba dah sampai dekat Nasi Dagang Pak Malau. SEDAPNYAAAAAA!! I makan dulu eh?


Oklah, tak boleh borak lama. Nanti petang or malam or esok lusa kalau ada masa I akan update lagi ok? Kepada orang KL diucapkan selamat bekerja dari kami orang Langkawi. (Baru duduk sehari dah claim orang Langkawi hahahaha)

-eNd-

3 comments:

cikel said...

Jgn balik kl..kl xda air..

Faizah Syakira said...

hahah over ayat ending tu

Faizah Syakira said...

selamat berchoti-chotian :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...