Korang kena terima kasih pada Intan, sebab kalau
tak kerana Intan nampak ada gambar Churros atas meja semalam masa dekat Dolly Dimsum,
maka sampai sekarang la I tak dapat share dengan korang Churros yang sesedap
and se purrrfect macam ni dekat korang. (Ke sebenarnya korang tak kisah pon ok bye
haha). I memang suka churros tapi susah sangat-sangat nak dapat yang kena
dengan tekak. Ada yang churros dia bentuk tak memberansangkan and chocolate dip
dia tak sedap. Ada yang terlalu manis and macam-macam lagi la. Tapi semalam
yang I makan dekat Fresca Mexican Kitchen and Dolly Dimsum ni alahai sedapnya.
Macam kena repeat nampaknya ni. 6 stick, 2 dipping sauce harga dia RM18.00.
Sesuai la dengan kelazatan beliau dan harga sebegini. Dapat la makan sorang 2
stick. Jaaadiklah. Ikutkan 6 stick ni I punya sorang je. Hahaha. Lepas makan
manis macam ni, jangan lupa bilas dengan 1,000ml air kalau tak nanti gemok. I
macam tu jer la buat. If tingin nak makan dessert, makan je tapi flush out
dengan air kosong banyak-banyak. Semalam ni Dyba and Intan teman I COD ANNESURAYA
Skincare dekat Intan Singapore. Dah alang-alang jumpa kat sini, baik makan je
terus. Macam Dyba dengan Intan cakap, dorang dah taknak makan sebab dah setel
sebungkus nasik lemak and kebab wrap Arab tu tapi biasa la, sembang lebih.
Makan selera jugak pon I tengok. I tak belanja semua, I mintak sorang RM10.00
topap total bil. Hahah.
Subhanallah
sedapnya laaaaaaaaaaaaah Churros ni. Actually kalau pandai, boleh je buat
sendiri dekat rumah tapi chocolate dip dia tu kena la sedap. Baru best makan.
DIharap jangan menitis ailio atas keyboard. Ni mesti ada yang buat padangan
Nobita pada Doraemon masa tengok Churros ni. Halololo siannyaaaaa dia.
Yang
dip sebelah chocolate sauce tu amenda entah nama dia. Memula dip dalam warna
putih tu dulu, baru chocolate sauce. Masa masuk tekak, keluar mata putih je.
Punya sedap.
Kata Intan and Dyba, dorang dah kenyang so I order
sikit jer la. 3 dimsum, 1 egg custard bun dengan Salted Fish Fried Rice. Dah.
Memang cukup and just nice untuk 3 person. Let say ada Kaklong, memang tak
cukup ni. Sini satu order ada 3 ketul so cukup la sorang satu. Yang Egg Custard
Bun tu kitorang ambik 2 set sebab 1 mana la nak cukup kan? Kat sini Dimsum dia
memang semua sedap and semuaaaaaaa I suka. Actually Chicken Wings pon I suka
tapi Chicken Wings dekat sini bagi I tak berapa memberansangkan sangat. Terlalu
keras. Bagi I la. Orang lain suka je. Lepas tu dia punya Mee pon sedap-sedap.
Next time kena makan. Air pulak order Tea Pot je, murah and sedap. Nanti kalau
air dah habes, boleh mintak topap dengan air suam. Hahaha. Tapi makan dimsum
memang la kena minum Chinese Tea. Baru la ngam ho.
Tak
pernah tak order kalau datang. Prawn CF. RM12.50 harga dia. Yang sambal dia tu
memang layan giler. Rasa udang geragau. Ni one of Sazli punya favorite.
Dyba
mintak order ni. Crystal Prawn Dumpling. RM9.80 harga. Sedap! Sekali masuk
mulut, gone.
Ni
WAJIB ORDER. Egg Custard Bun. RM7.80 dalam dia ada 3. So order 2 set. Makan
kena time panas-panas. Ishk, memang sedap la wei. Sedap macam mana entah, tak
reti nak explain.
My
favorite. Konon tak boleh makan nasik. Haha. Ala, tapi sesekali takper. Malam
tak payah la dah dinner. Yang ni Salted Fish Fried Rice. RM21.50 sahaja.
Siew
Mai. RM9.80 pon sedap. Ni pon wajib order kalau datang. Ko ni, semua pon wajib
order.
Tauke
@sofeas_wardrobe ni. Sapa nak beli Aleyna Miranda punya tudung yang macam I
pakai dalam gambar bawah ni boleh order dengan Dyba. Nanti dia bagi harga kasih
sayang. Ok?
Tenkiu
you too selalu jadik clown yang menceriakan hari-hari Kaksu yang selalu
stressed lately especially bila permintaan HOUSE OF CORSET terlalu tinggi
walaupon takde iklankan lepas tu supplier janji nak bagi stock tapi delay OMG
stresssssssed!! Huwaaaaaa
Ni
la tudung Bobbi Brown dari Aleyna Miranda. RM60 sehelai tapi kalau beli dua
RM100.00. Material sangat best, senang nak bentuk. Design pon keluar tak banyak
so dia exclusive. Bukan yang kodi-kodi punya tudung.
Ni
waiter ni muka ala-ala Adi Putra. Orang Melayu. I ingat Bangla. Semalam tanya
dia, dia adik Adi Putra ke, dia cakap tak. Haha.
Korang nampak kat dia pakai macam earphone tu? Si
Intan cakap. ‘Kaksu, ni kalau secretary
dengan boss pakai ni kan bagus. Intan, Intan. Masuk sekarang. Ye Dato’, berita
terima roger and out’. Tetiba dah macam polis pulak. HAHAHAHAHA. Pastu Si
Intan berangan la apa lagi. Nampak macam cool je communicate guna menda ni ha. Yang
Si Adi Putra ni pulak masa ambik order churros soalan tanya tak habes, sekejap
kang tanya. Masuk tiga kali I jawab manja-manja. ‘Iyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee aaaaaabang? Ada apa lagi?’ Terus member
gelak. Yer la. Cuba kalau ada soalan tu tanya terus. Orang baru nak pegang
phone dia tanya, lepas tu tanya lagi, lepas tu tanya lagi. Cakap je la nak
number phone, kan senang kerja? Harini Intan takde pulak peramah cakap, ‘She’s married’. Lupa la tu kot? Kalau
tak memana orang lelaki habes dia bagitau macam tu. Orang dalam lift pandang I
pon Intan akan cakap, ‘She’s married’.
HAHAHAHA. Bongok Intan.
While
waiting untuk dapat seat. Dekat Dolly Dimsum ni kalau datang lunch hour around
1.00pm memang la full house. Kalau Jumaat kekadang 40 minutes tunggu nak dapat
table.
Fresca Mexican Kitchen & Dolly Dim Sum
Lot G9, Ground Floor
Avenue K, 156 Jalan AMpang
50450 Kuala Lumpur
03-22012893
-eNd-
1 comment:
hahaah belah mana muka Adi putra tu T_T dok scroll turun naik 3,4 kali tau. hahahaha
Post a Comment