Thursday, December 29, 2016

Harley Electric Scooter for Sazli is Finally Here!

Assalamualaikum..

I pernah share dalam entry dekat sini pasal Harley Electric Scooter FB Scam tu kan? Sampai sekarang pon still iklan dia naik dekat FB. Dah ada yang kena tipu, buat report polis pon tapi nampaknya Mr Jay tu kebal macam tak bersalah pon naikkan lagi iklan. Dia punya murah sampai level tak masuk akal. RM999.00 je sebijik dia bagi sekali transportation charge dari Sabah sana tu. Punya la tak logic. Sapa komen cakap scam/penipu zaaaappp kena block. Termasuk lah aku. Wahahahahaha. Tak silap I Sazli dok survey pasal Electric Scooter ni since bulan November lagi, only last week baru la dia dapat sebab dia nak design tengkorak. Kata rock star?  Sukaaaaaaaaaaa sangat la Sazli bila scooter ni ada depan mata. Shein pon suka. Sekarang ni siap offer lagi. 'Mama nak makan apa? Papa beli. Ada nak beli bawang ke, sabun ke?' Hahahaha. Kemain rajin. Shein pun asal nampak Abah dia heret keluar scooter ni dari bilik baju laju je dia mengekor. Dia pon pandai berdiri dekat depan tu. Diam je. Sukaaaaaaaaa sangat Shein. I pon suka jugak. Ada sekali Sazli bawak makan keropok lekor dekat Ampang Jaya waktu malam. Naik la kitorang bertiga. Tak jauh pon dari rumah dalam 500 meter je. Best jugak sebab scooter ni ada lampu depan belakang. Cuma signal kena guna kuasa tangan la. Mengipas-ngipas I dekat belakang bila nak masuk simpang. Hahahaha.



 Ni Sazli punya. Smart kan? Scooter ni boleh tampung berat max 200kg. Kuasa battery. Charge 8 jam boleh jalan 40-50km and kelajuan +-55km sejam. Slow jer tapi ok la. Boleh bawak pergi kedai beli rokok atau cucuk duit dekat Petronas. Digital power on off and ada kunci so orang tak boleh curi.


Scooter ni Sazli bawak masuk dalam rumah. Takot kena curi lettew. Haha. Nasib baik muat naik Lift Bomba. Letak dalam bilik baju tempat I iron baju tu. Menyirap jugak tengok tapi sebab Sazli tak pernah susahkan and jaga kebersihan so kira ok la. Lagipon I happy bila Sazli occupied and dapat buat apa yang dia suka. His happiness is one of my priority. Shein too. Sweet kan I sebab boleh tolerate scooter boleh bawak masuk rumah? **Rolling eyes. 

Tak bestnya sebab Scooter ni tak boleh fold and tak muat nak masuk dalam bonet kereta I atau Sazli unless pakai Alphard or Velfire baru boleh muat. Maksudnya lepas ni kela la beli satu untuk sumbat Scooter ni. Hahahaha.  Kalau tak I agak memang lepas dah kitorang ke Tasik Titiwangsa, Tasik Ampang Hilir atau tak kena gaya lepas ke Jengka. Kalau boleh fold, memang I pon nak jugak ni. Shein boleh pilih naik dengan Mama or Abah. Now I tengah bising suruh Sazli beli helmet untuk dia dengan Shein. For safety. Memang la tak masuk jalan besar, tapi bagi la I peace of mind dekat rumah sebab dua beranak tu kalau keluar dengan scooter kekadang 2 jam tak sampai-sampai umah. Apa di buat entah. Elok pulak tu kawan berdua. Haha.


Shein and Abah.

Pada yang tanya mana Sazli dapat beli Harley Electric Scooter ni, korang boleh terus direct call Ms iris/Mr Marcus Handphone 017-4899241. Location kedai dekat is 24, Jalan Prima Setapak 1, Taman Prima Setapak, 53000 KL. So apapa korang boleh terus direct pada mereka berdua. Very helpful and trusted buyer ok? Jangan risau nak kena tipu ke apa. Sebelum ambik dengan Mr Marcus ni ada jugak Sazli survey dengan orang lain tapi cara dia meniaga macam memaksa lepas tu tak bagi chance langsung kita bercakap walaupon harga dia offer lebih kurang sama dengan Marcus ni tapi sebab serabut tak tentu hala, gelabah so baik takyah la deal. Sazli jenis pening kalau deal dengan orang hingaq. Relax-relax sudah. Chill je bro. Sazli ni kalau dia survey maksudnya dia akan beli. Sebab orang lelaki ni dia lain sikit. Kita pempuan je yang suka window shopping. Dorang takde. Kalau nak apapa, survey, tengok lepas tu beli. Senang.

More Info pasal Harley Electric Scooter ni korang also boleh tengok dengan same entry pasal scam tu dekat sini ok? Haritu ada readers tanya tapi I lupa nak get back balik. Ni dah ada number telefon ni, korang boleh tengok sendiri ok? Harga dalam RM3,000 more-less. RM3,000 boleh beli handbag apa eh? Hahahaha.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...