Monday, January 9, 2017

Sedapnya Dinner Dengan Masakan Mak!

Assalamualaikum…

Weekend haritu balik kampung. Dah lama tak balik. Sebulan ada kot? Sebab Mak pon kerap turun KL now. Last 2 weeks pon kitorang spend time sama-sama dekat Langkawi. Ni Mak ada dekat KL lagi. Yayyyy! Happy sangat rasa bila Mak dekat ni. Semalam pon lambat baru dia decide bila nak ikut balik KL. Si Amsyar ugut. ‘Kalau Atok tak datang KL, Adik taknak pergi sekolah’. Boleh? Blakang Atok dia dah risau. Nak pergi ke tak. Tak pergi sian dekat Cucu, tapi kalau pergi kata dia badan tak habes relax lagi. Dah 3 minggu tak lekat rumah. Pergi Johor, turun KL, jalan Langkawi and baru je lekat dekat Jengka sekejap ni dah nak turun KL lagi. I cakap pada Mak, ikut suka dia. Mana yang dia selesa. Kedepan kebelakang Mak memikir nak turun KL ke tak. Kat rumah ni banyak sangat mulut nak suap kasik makan. Dengan burung, dengan ikan. Hahaha. Dulu ada kucing, now I tak kasik dah dia bela kucing. Tiap kali kucing mati/hilang dengan aku sekali nanges aperhal??? So dah tak payah bela kucing. Ni tetiba ada pulak burung Tok Ayoh dia bagi haritu, Mak jugak yang tak over jaga. Ni Mak mintak suruh Abang Halim carik lagi sekor sebab nak bagi burung tu ada pair. I pon kesian tengok dia sorang-sorang macam tu. Kalau ada kawan, tak la sunyi sangat burung tu.

Ok, citer lain pulak. Each time balik Jengka kalau ada chance I akan pergi Pasar Malam. Saja jalan-jalan beli makanan. Lepas tu carik jugak ulam-ulam kampung yang organic untuk Mr David. Mr David memang suka makan ulam kampung. Last time masa kitorang pergi Villaku, happy Mr David dapat makan ulam kampung fresh. Ni dia kirim, so I pon carikkan untuk Mr David. Alang-alang tu, mintak Mak tapaukan sekali la lauk yang dia masak so boleh makan sama-sama dengan Mr David, Shariffah and Rayyan. I suka makan Ikan Patin Goreng fresh yang panas-panas so beli la sekor. RM13.00 je harga dia. Ikan Patin tu kita pilih dari bekas and timbang, then baru siang. Mak masak Ikan Patin Masak Tempoyak bahagian kepala and the rest, Mak goreng. Sedapnyaaaa!! Lepas tu I mintak Mak buat Sambal Tumis Ikan Bilis and Ikan Kembong Rebus makan dengan cili bawang kicap tu. Perrrrrrghhhhh!! 


Ikan Patin Goreng. Makan panas-panas dengan nasik putih. 2 pinggan Shein makan masa lunch tu. Manis isi ikan ni sebab beliau fresh kan? Nak makan tu kena time panas—panas. Kalau tak, tak sedap. Harap jangan la ada yang meleleh ailio tengok gambar ni.



Ikan Kembong Rebus Goreng. Senang je nak buat. Ikan tu rebus dengan garam and asam keping. Lepas tu goreng la. Takyah dah bubuh serbuk kunyit ke apa. Macam tu je pon dah sedap. Ni kalau orang Kelantan, dorang cicah dengan Budu. I also suka Budu. Tapi orang Kelantan buat cicah, I kalau dengan Budu hirup terus. Tu yang jadik sakit tekak/batuk sebab masin. Hahaha.


Mak buat Ikan Patin Masak Tempoyak bahagian kepala. Sedapnya lahai! Semalam pedas sikit tapi sedap!


Sambal Tumis Ikan Bilis. I cakap ‘Mak buat resepi Mak, yang macam Mak selalu masak’. So I tukang tolong je tumiskan bahan-bahan semua. Mak masak memang sedap. Yang kurangnya satu je. Mak tanya apa yang kurang? I jawab : ‘Kurang banyak’. Patut kena masak sekuali besar baru cukup. Haha.


This one is for Ms Shariffah. Dia request Tempoyak. Ni Mak bekalkan sikit. Mak punya Tempoyak fresh. Dia pon guna Durian yang berkualiti buat Tempoyak, mana la tak sedap.


Ni Sazli request. His favorite. Dia suka makan dengan Ikan Goreng or Ikan Bakar. I pon suka. Kicap + Bawang + Cili Padi


Ni la semua Ulam-Ulaman yang I dapat masa dekat Pasar Malam. Ada pucuk Serai Kayu, Daun Selom, Pegaga, Kacang Botol Kampung dengan Jering Muda. Rangup sangat Jering tu. Menyesal beli RM2.00 jer. 


Pandangan atas. Tu tengok Mr David, orang tak start makan lagi dia dah bedal makan ulam. Mr David makan ulam nampak enjoy je. Dia suka giler ulam. Sama la dengan Rayyan.


Mr David lilit-lilit daun tu, lepas tu  letak bawang kicap tu sikit and makan macam tu je. Sama macam makan snack.


Tak habes-habes Mr David cakap  thank you. Kata dia, ‘Eating Ulam for me just like dream comes true’. Gittew dia punya obsess dengan ulam sampai I pon terpengaruh. Sazli pon sama. Seronok tengok orang appreciate apa yang kita bawak. I kan apapa sebok la presentation? Yang Daun Pegaga tu, I kutip la daun-daun dia je. Dapat dekat Mr David, habes semua stem pegaga tu dia ambik and makan. Do not waste kata Mr David. Sayur ulam ni la sihat and ada good chlorophyll. Kena makan raw macam ni baru dapat semua khasiat dia. Macam sayur yang dah dimasak tu pon ok tapi not as good as ulam yang macam ni.


 Shein ko dah kenapa?

Budak Shein ni pon kemain. Masa makan semalam tetiba je mintak nak makan ulam. I cakap pada Shariffah yang Shein ni kaki bodek. Masa bila entah dia suka makan ulam. Biasa kalau makan kat rumah, nampak sayur je kuis letak tepi. Tapi dekat sekolah ulam wajib kena makan dengan sayur. Tu semalam dia mintak ulam I cakap, ‘Elleeeeeeeeeeeeh. Dan dan la kan?’ Hahaha. Takper lah. At least I tau dekat sekolah Shein makan healthy foods. Mau jugak dia makan sayur masa dekat sekolah. Nak harap dengan I and Sazli takde la dia beria makan sayur sangat.


Time makan semua diam je. Enjoy benar nampaknya


Tengok la ulam ni semua. Licin!


Langsung takde pembaziran. Semua habes. Alhamdulillah.

Bagus la bila makan dengan Mr David and Shariffah sebab dorang jenis tak membazir. If order makan, kena makan sampai habes. Jangan ada yang tinggal. Bagus macam tu. I perasan, I kalau makan suka membazir. Kekadang ada je parts yang tak makan. Dorang pulak jenis tak boleh stand tengok makanan ada yang tak habes. Lepas ni InsyaAllah kalau ada rezeki, kita buat routine la once a month datang dinner dengan dorang and I bawak bekal lauk yang Mak masak + ulam-ulam lagi. Sesekali.

Masa weekend pon diet I tak berapa nak ok sebab semalam je makan nasik 2 kali. Kang kat kampung if tak makan nasik nanti Mak bising. Dia tu kalau boleh every single minutes nak kena makan. Ada je makanan dia bawak keluar. Macam semalam masa dalam kereta Mak tanya, ‘Nak air tak dik?’. I jawab, ‘Taknak’. Lepas tu selang 3 minutes dia cakap, ‘Kalau nak air mintak ye? Mak ada ni. Nak tak?’ I jawab, ‘Taknak Mak. Nanti kalau nak, Not mintak’. Lepas tu dalam 10 minutes dia tanya, ‘Nak air?’. Lepas tu I jawab, ‘TAKNAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAK’. Hahahaha. Mak ketawa je I jawab macam tu. Geram! Macam tu lah dia kalau dengan I. Asyik tanya je nak makan/minum ke tak. Eeeeee macam mana la tak gemuk kalau macam ni?


-eNd-

3 comments:

cikkyra blogspot said...

wah sedap tu. yummy!

adda syuhada said...

sedapnyer...

Chooyaya! said...

cikkyra blogspot : sedap awak. sebab air tangan ibu

adda syuhada : sedap la sebab tinggal makan je. hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...