Tuesday, January 3, 2017

SHEIN'S BIRTHDAY TREAT AT GENTING HIGHLAND - PART V

Assalamualaikum.

Sebelum entry ni jadik kepam macam entry Europe dengan Korea baik I buat sekarang. Ni salah satu azam tahun 2017 ni sebenarnya. Nak masukkan semua yang I dah pergi holiday dulu. Cecece. Kite tengok kesampaian ke tak. Manaaaa la tau esok lusa meninggal nanti anak, suami dan kawan-kawan boleh la baca balik lepas tu rindu. Kalau rindu sedekah la al-fatihah. Kan? So ni last entry untuk Genting. Tahun 2017 ni dengarnya Outdoor Theme Park bakal siap, so nanti bila dah siap boleh la kite pergi Genting lagi. Si Sazli rimas sekarang kalau pergi Genting Highland sebab dia rasa macam terpengap je kat dalam bangunan lepas tu rasa tak boleh bernafas. I ok je cuma tak berapa berkenan dengan First World Hotel ni (dah lapan ratus kali bagitau). Next time kena plan la holiday, book bilik awal-awal lepas tu ambik bilik senonoh sikit macam Resort Hotel ke. If bukan peak season I tengok bilik rate dalam RM400++ tu kira ok lagi. Maxims and Genting Grand jadik dalam RM700-RM800 and paling mahal Crocksfords RM2,000 macam tu satu malam. Kentut dia la. Mandi dengan Evian ke apa? Bengang pulak tengok kenapa yang jadik mahal sampai macam tu. Kalau First World pulak if pergi time hari kerja satu malam dalam RM54.00 nett. Kah kah kah. Tapi kitorang tau dah, if nak datang sini cukup la semalaman sebelum Shein meroyan dekat Arcade yang tempat main kereta lumba semua tu. Bukan pandai pon. Kekadang tak guna point pon dia main siap ada sound effect dari mulut sendiri. Yang tu I tak larat la nak tunggu sebab konsep dia selagi tak puas taknak keluar. Kalau paksa keluar = baring tengah jalan. Hahahaha.


Yang jenis macam ni Shein nak main banyak kali Mama ok.  Ni nama dia Circus Ride.Ticket harga dia RM30.00++ kot untuk sehari. Tak sure. Tapi boleh main banyak-banyak kali sampai muntah. Untuk Children Ride ada 2 jenis. Circus Ride (Yang Shein naik ni) satu lagi Busy Bugs.  Untuk dewasa dalam 3 jenis je boleh naik. Semua jenis kapal-kapal tu. Raindeer Cruiser, Mini Train dengan Rio Float. 


Yang ni nama dia Busy Bugs. Pon Shein suka. Lepas dia, dia lagi beratur. Haha. Minimun height is 76cm, maximum 126cm. Kalau tak ramai orang berbaloi la nak naik. Kalau tak kena beratur lama-lama malassssss.


Naik yang ni I ok. Nama beliau ialah Rio Float. Tak seram. I ok yang ni. Walaupon dari bawah nampak tergantung tapi yang ni ok.


Satu kapal kitorang naik 3 orang je. Beratur pon tak lama.


Yang ni I seram. Nama dia Reindeer Cruiser. Eh seram la. I tanya Sazli, 'Lekat kuat ke tayar dia dekat rail?' Lepas tu Sazli pergi goyang-goyang. Ngek. Punya seksa nak habiskan satu cycle tu. I fikir, ni kalau jatuh ni memang mati. Sebab boleh tahan tinggi. Memang taknak dah naik. Ya Allah ongtueee ni kan dia punya gayat menjadi-jadi. Hahaha.


Abah bagi ciuman 'geram' ni sebab si Sendong korang ni meroyan ye tengok Arcade. Macam pandai sangat main. Dah tu tak reti-reti nak keluar. Malam kedua, I yang teman Shein main sampai almost midnite. Sazli tak larat. Dia masuk bilik tidoooo. Hahaha.


Eeeeee geram je dia ni. Pakkal la 'tebal' and kenteng rambut tu. I panggil Shein budak tebal sebab dia debab. Debab sangat dia ni. Daging banyak. Kekadang I gigit je tangan dia. Sebab comel banyak isi.

Show Ultraman kitorang on Sunday pukul 4.00pm kan? Silap percaturan sikit. Patut lepas lunch tu, balik hotel terus mandi and pakaikan je Shein baju cantik terus. Tapi I tidokan dia lepas mandi tak salin baju nak tengok show. Sudahnya ngamok la kena kejut. All the way cranky. Macam-macam hal member tak puas hati. Nak aikrim la, nak masuk Arcade la. Kan sepanjang-panjang perjalanan tu ada Arcade 2 tempa?. Memang mencabar. Shein pulak jenis kalau cakap ‘We going to watch Ultraman Show Shein. No need to play at Arcade’. Tapi kisah pulak dia? So sepanjang dari First World Hotel ke tempat Show, I jalan laju-laju dukung dia yang 22kg tu. Nak patah rasa tangan semua tapi takper la dari dia distracted dengan menda lain. I memang takde borak-borak dengan Sazli. Jalan tegak laju je. Lepas sampai tempat show baru la Sendong korang stop cranky tapi dah muka moody je. Taktau la moody ke atau muka excited tengok Ultraman.


Yang ditunggu-tunggu. Ultraman Live in Genting 2016

Revenge of Baltan


Tengok la muka Shein. Geram je!


Still tengah ambik mood. Lantak ko la Shein. Janji jangan guling dekat lantai dah.


Bila time show Shein enjoy la. Baru la start suka. Ni show dah habes. Tengah queue nak ambik gambar.


Nak balik hotel, sambung main dekat Arcade lepas Dinner dekat Indian Restaurant. Boleh baca dekat sini.


Untung la jadik Ultraman and Rasaksa. Shein tido siap selimut pok pok lagi. Dah la sempit (katil single cantum dua) lagi nak bagi space dekat ‘kawan-kawan’ dia ni.


Good Morning Shein! Ni masa 12/12 birthday dia. Amboi masamnya muka. Tapi dekat Genting Shein takbau masam gam and kambeng sebab sini tak berpeluh kan? Hahaha.


Kitorang mandi, terus check out. Senang macam tu. Boleh pulak dah hantar bag semua dekat kereta boleh lupa nak masukkan card dalam self-service check out tu. Dekat sejam baru teringat. Naseb tak kena penalty. Kalau tak sesia je bayar lagi lebih. Dah la satu malam RM510.00 (tak puas hati sampai sekarang). Kitorang takde dah sambung main dekat Arcade sebab tak nampak gaya Shein boleh bagi kerjasama walaupon plan asal memang nak bawak dia main dekat Arcade for the last time before balik KL. So lepas check out kitorang makan sekejap and I singgah beli Durian Goreng dekat depan sikit dari First World yang sedap tu, and terus balik KL. Balik KL terus ke Pavilion sebab Sazli nak beli Rasaksa Ultraman. Kata orang kat sana, ada jual dekat Parkson Pavilion tapi keciwa tetap Sold Out. Dekat Toys R Us pon takde. Amenda la orang suka sangat collect Rasaksa ni? Tapi now Sazli dah jumpa satu kedai yang jual murah. Yang kitorang beli RM200.00 sekor tu cuma RM80.00 je sebenarnya. Pundek betul. Tapi taknak kasik tau korang dekat mana sebab nanti semuaaaaaaaaa orang datang sana. Bulan ni dah beli dah Shein sekor. Nanti nak beli lagi.


Ni dekat depan sikit dari lobby First World Hotel


Santa ni pon dekat area situ jugak. Now tak sure ada lagi ke tak.


Last Photo sebelum balik KL. (Macamkan jauh pulak gaya cerita dia nak balik KL tu)


Nyummmmssss sedapnya Durian Goreng ni


Kasik close up sikit. RM7.00 3 ketul rasanya. Tapi memang sedap I beli kali ni. Last time macam durian mengkal. Keras.

Shein ni pulak poyo. Now asal nampak I makan durian atau apapa jenis durian macam Durian Crepe, Durian Goreng ke mesti dia buat muka. Lepas tu cakap ‘yeeekkk’. Amboi. Jangan nak perangai Mat Saleh macam Coco tu Shein. Sedar diri sikit ko tu Jawa Pakistan. Hahahaha. Mama ni punya hantu durian, dapat anak dari kecik lagi tak suka Durian. Tak adil betul. Tapi bagus la, takde la nak meleset je kerja-kerjanya. Kalau tak nanti meleset dia sampai naik rimas. Shein ni manja ok? Tido nak berpeluk. Dia punya peluk rangkul leher I terus. Dah la dia jenis tido berpeluh and Mama pulak tak boleh panas. Kang cepat je rimas tapi anak I olls jenis romentik cenggini apa boleh buat, redha aje la.

For you Shein, ‘Happy 4th Birthday’. Semoga membesar dengan sihat and elok-elok saja.  Mama and Abah doakan yang terbaik untuk Shein. We love you so so much. Nanti Shein dah besar, baca la entry Mama ni ok? Nanti Shein tau Mama sayang Shein banyak dunia J

-eNd-

2 comments:

MrsEnoxis said...

Lama x pergi Genting..tp seriously..napa mahal sangat hotel2 dia..perghh!!
Tp durian goreng tu memang win la..nampak sedapp giler..

Apapun..Happy Belated Birthday Shein!!

Chooyaya! said...

mRSeNOXIS : tENKIUUUUUU. Sini hotel rate ikut cuti punya time. kalau cuti sekolah beliau akan jadik mahal. ni nanti outdoor themepark dah siap tgk macam mana dia punya rate. anyway, ni prima addini ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...