Thursday, February 16, 2017

Dinner With Auntie Munie at Pegaga Restaurant

Assalamualaikum..

Last week kitorang dinner dengan Auntie Muni, Syazana and Firaz dekat Pegaga Restaurant. Memula tanya Auntie Muni nak makan dekat mana, western ke local lepas tu dia cakap nak makan local. Baru ingat nak bawak Auntie Muni makan dekat Jibby East tu. Tak sampai-sampai lagi kitorang kat sana until now padahal dekat je dengan Ampang. Kata Auntie Muni dia dah tak larat nak makan Western. Sesekali balik Malaysia nak makan la masakan orang Melayu. Si Firaz ni last jumpa dia kecik je lagi. Tak silap dalam tahun 2012 kot? Now dah bujang hensem dah. Badan dah tough tapi bila nak makan dia request nak makan dekat kedai yang takde lipas. Hahaha. Pegaga ni InsyaAllah lah takde lipas sebab restaurant ni pon lawa je. Sebenarnya yang beria nak makan dekat sini I la. Bedebar-debar jugak masa tanya Auntie Muni dia nak makan kat mana sebab dekat rumah dah plan nak makan 2 pinggan nasik, lepas tu lauk nak 6 jenis, siap dessert. Hahahahha. Yang duduk Malaysia nampaknya lebih bersungguh nak makan beria aku pon tak paham kenapa. Masa kitorang sampai sana tu, tengok dari jauh kedai macam kurang pengcahayaan. Ingatkan tutup. Rupanya bukak. Lama jugak I tak makan dekat sini. Dulu masa Si Anny mengandungkan Ayden, seminggu wajib dua kali makan kat sini. Sudahnya yang mengandung rilex je tak gemok ni aperhal yang meneman pulak badan naik. Hahahaha.


Ok, belanja 1 gambar la. Sambal Sotong Putih. Sedap! Tak pedas sangat pon. Besungguh Suraya makan. Siannnnn dia dah lama tak makan dekat Pegaga.


Lupa pulak nak introduce sapa Aunti Muni. Auntie Munie ni kira macam Mak Angkat Sazli, Azrul, Zack Galak and bebudak Dandan masa dekat Perth dulu. Kata Sazli, dulu memang rumah Auntie Muni la dorang selalu lepak. Buat macam rumah sendiri. Kena datang hari-hari kalau tak nanti Auntie Muni bising suruh datang. Bila nak exam memasing la concentrate study nanti Auntie Muni akan call suruh datang makan. Lepas makan nanti sambung la study balik. Lepas tu kalau datang pulak bukan sekejap-sekejap. Bermalam siap semua dekat sana. I tanya Auntie Muni, tak serabut ke orang datang lama-lama siap susah nak balik? Kata Auntie Muni dia happy dengan Sazli, Azrul semua. Sayang and anggap macam anak sendiri dah. Happy je Auntie Muni masakkan dorang selalu masa dekat sana. Bila hari raya, rumah Auntie Muni la yang dorang tuju. Mak Bapak jauh. So tumpang la kasih dengan Auntie Muni ni. Shazana pulak masa tu remaja lagi, dia la yang tolong bancuh air bagi abang-abang minum. Suami Auntie Muni nama Pak Akob. Dorang duduk Perth memang dah lama since 2002 kalau tak silap. Buat catering business. Dulu la. Now tak sure. I pon lupa nak tanya. Nak kena tanya ke macam mana ni? Haha. Ok sambung cerita makan.


Untuk Sazli, I orderkan Garlic Kailan. Dia tak makan nasik, nak makan lauk je. Tahan pulak tu godaan. Stressed pulak rasa.



Telur Itik Masak Lemak Cili Padi. Ya Allah sedapnyaaaa telur itik ni. I suka kalau telur itik masak macam ni.


Ni nama beliau is Udang Karipole. Udang Goreng Nestum sebenarnya. Udang tak nampak, kena kuis-kuis baru nampak. Sedap!


My favorite ever. Ikan Bawal Goreng Garing salut tepung lepas tu atas dia ada bawang goreng, cili kering, daun kari renjis dengan kicap manis. Ni wajib order bila makan dekat sini.


Ni Kangkung Goreng Belacan. Autie Muni la mintak order sayur banyak-banyak dekat Sazli. Sian dia tengok Sazli tak makan nasik.

Masa dekat Pegaga ni, Pak Akob tak ikut sebab dia nak berehat. Tapi sebelum balik sempat la jumpa Pak Akob. I dengar je Auntie Muni call Pak Akob, ‘B, turun la. Ni Sazli dengan Su nak jumpa B sekejap’. Awwwwwww melting sangat rasa. Anak dara dah nak kawen, anak bujang pon dah ada GF (Faiz dia tak ikut balik Malaysia) tapi still panggil sweet-sweet macam ni. Mana nak dapat? Lepas makan, kita layan makan dessert pulak tapi I tak ambik gambar. Lupa sebab too focus. Hahahaha. Happy sangat dapat spend time macam ni dengan Auntie Muni. Sebetulnya Auntie Muni memang balik tetiap tahun ke Malaysia tapi each time dia balik, ada je halangan nak jumpa. Ni Auntie Muni ajak pergi Perth bebila dalam tahun ni. Flight 8 jam kan? MATILA. Hahahaha.


Sazli and Syazana. Kulit Syazana ni cantik sangat. Warna kulit dia pon cantik. Wangi, rambut cantik semua lah cantik. Very soft spoken.


Ni la Auntie Munie. Ikutkan tak payah pon panggil Auntie sebab muda je lagi. Beza umur dengan I pon dalam 9 tahun tak silap. Kata Auntie Munie panggil Auntie la Su… Lebih mesra…


Tu Firaz duduk hujung. Shein mana Shein?


Syazana and Firaz. Amenda la bagus sangat quality gambar malam ni?


Kata Firaz, ‘Mama, I want to bring Shein to Perth. I want to keep him. He’s Cute’. Hahahahaha.

Masa kitorang jumpa ni on Monday. Wednesday tu Auntie Muni dah balik Perth semula. Sebulan dia dekat sini tapi banyak duduk dekat Kelantan. Thank you Auntie Muni bagi angpau dekat Shein. Untung Shein, tak raya lagi pon dah dapat angpau. Hehe. Thank you jugak sebab dulu layan Sazli dengan baik masa dia dekat sana. Time tu I tak kenal lagi Sazli. Kalau tak boleh pergi Perth lepak rumah Auntie Muni. Dulu naik flight seronok je. Turbulence apa pon tak kisah. Nguap siap. Ko cuba sekarang? Hahahaha. Auntie Muni ni memang baik la. Family dia semua pon baik-baik. Dari jauh ku pohon doa semoga Auntie Muni sekeluarga sentiasa dalam lindungan Allah selalu…. Tetiba macam skrip dalam kad raya. Hahaha. Auntie Muni tunggu eh? InsyaAllah tahun ni sampailah Su dekat Perth. Tapi tu la. Kena naik kapalterbang acane? Huwaaaaaaaa.

-eNd-

1 comment:

Haniza Abdul Halim said...

Tak sempat nak jumpa Aunty Muni aritu sbb sakit gigi punya hal. She and her family sgt2 baik. Treated each and every one of us macam anak dia sendiri. Allah ja mampu balas jasa baik diorg.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...