Wednesday, February 15, 2017

Makeup Workshop 1.0 by ANS Beauty

Assalamualaikum

Lama dah terperam entry Basic Makeup Workshop by ANS Beauty ni. Tauke kedai sebok share pasal makan makan makan tak habes-habes. Hahaha. Maafkanlah dia. Basic Makeup Workshop ni kitorang buat pada 21 January lepas bertempat di Kinrara Golf Club, Puchong. Al-hamdulillah berjaya walaupon baru first time organize. Memang takde experience apa tapi takde any hick-up, syukur sangat. Program buat semua on time and cukup-cukup je masa. Makan cukup, tempat selesa, dapat sambutan and dapat share ilmu yang pentingnya. Semua yang datang happy sebab dah tau cara macam mana nak make up dengan betul. Padahal basic make up tapi sengsorang balik muka dah Siti Nohaliza je semua. Semua cantik-cantik. Balik tinggal main pondok-pondok je. Hahahahahaha. Kitorang buat pukul 2.00pm and al-hamdulillah by 6.30pm semua dah selesai. Terima kasih pada ANS Team especially Lin, dibantu oleh Kerol for setting tempat semua. Thank you pada Iman and Linda as MUA yang berkongsi ilmu. Sorang duduk atas buat demo, sorang jadik Guru Besar check make up peserta. ELMA yang sponsor bb cushion, Make up Murah by Numi sponsor hadiah, Huda and Haizan sponsor kuih-kuih dan brownies dan paling banyak terima kasih dari ANS Team ialah kepada semua peserta yang memberi kepercayaan kepada kitorang untuk organize event ni and bagi kerjasama 10 bintang. Semua mendengar cakap. Redha je kena sergah dengan Iman. Iman ni garang sikit la time mengajar. I pon takot. Gaya dah macam Guru Besar. Pakkal takde rotan je. Memula elok la pakai heels, towards the end dia kaki ayam je. Lengoh dia cakap. Yerla, berdiri lama atas stage dengan mengandung mana la dia tak penat. 


Thank you Linda for make up. Linda paham apa yang I nak dekat muka I. Takyah la nak experiment memacam. Biarlah monotonous je makeup takde variety yang penting I puas hati. Kang kasik pakai lipstick maroon nanti mula la muka I ketat tak boleh nak senyum.


Ok, I nak brief sikit pasal Make up Workshop ni. Semua peserta yang datang memang I mintak muka takyah bermake up at all. Mana yang pakai tudung, memang kena lose sehabes lose tudung. Taknak mekap macam tak sepenuh hati. Iman memang ajar dari mula make up . Maksudnya dari zero. Dari mula pakai pelembap, fon-die-syon semua sampai la pakai lipstick. Iman ajar detail. I pon happy sebab dapat tambah ilmu. Baru tau sekarang nak draw kening tu ada 3 point kekdahnya. Selama ni main sondol je. Rupanya bila kita ikut step by step, memang siap pakai compact powder muka dah nampak cantik. Mana yang kening lebat pon ada teknik nak bagi nampak kemas macam mana. I never know. Ingatkan kena trim baru nampak cantik. Ada cara macam mana nak kasik nampak tulang pipi naik by shading semua ni. Ooooooo memang melopong la mulut masing-masing. Imagine eh? Dengan yuran RM200 je korang dapat ilmu, goodies bags yang bernilai lebih dari RM100.00 and belajar tempat selesa ada aircond semua and makan sedap. Rugi sangat kalau tak join. Kan? Disana jangan menyesal. Jangan bilang disini tak beritahu yaaaaa.


With Founder Annesuraya Skincare. Miss Anny Ariffin. Kecil molek orangnya. Anak dah 2 orang ni. Pandai jaga badan.


Ok, class start. Ada peserta terdiri dari blog readers and ada jugak yang join dari Instagram. 


Ni masa pakai foundation. Tu yang paling gembira tu nama dia Huda. I punya darling. Dia punya barang make up memang dah setaraf professional make up artis dah. Aku pon tak paham dah kenapa nak join class basic ni. Hahahaha. Tapi kata Huda, ‘Su, berbaloi sangat kelas ko ni Su. Dah la murah. Aku join kelas make up lain RM700.00 belajar pon tak detail macam ni’. Yang sebelah kiri dia is Haizan. Readers yang now dah jadik kawan dah.


Tudung hijau tu la Iman. Dia ajar detail and kasik semua orang faham. Dua tiga kali tanya, paham ke taaaaaaak??? Hahaha.


Kita pasang projector supaya yang belakang-belakang pon boleh nampak detail macam mana nak make up


Linda pulak akan berada di bawah untuk membantu mana yang patut. Dia akan check sorang-sorang.


Apa yang dibebel tu Iman?


Ni barisan belakang paling banyak main. Remaja-remaja semua ni.


I pon tolong-tolong la pegangkan eye-shadow, tolong menyebok buat-buat bizi padahal takde function apa pon. Kah kah kah.


Kata Si Syira, ‘Su, aku tau dah kenapa Linda boleh make up nko. Lembut je dia cakap Su…’ – Apa maksud nko ni Syira? HAHAHAHAHA.


Haaaaa tengok Guru Besar dah turun dari stage nak ajar bebetul macam mana cara nak draw kening dengan betul.


Ok, kita panggil la tauke Makeup Murah by Numi untuk jadik model sekejap.


Suka betul yang rantai pink tu. Kemain rambut belah tepi macam Tomok masa form 3.


Ni masa dah siap pakai foundation. 


Ok, time ni pulak masa belajar nak pakai eye-shadow.


Numi, Syida and Syira


Anny banyak jadik pemerhati je. Dia jalan, senyum. Tu je la kerjanya. Memang bab bercakap dia serahkan semua dekat I je.

Kelas habes dalam pukul 6.00pm macam tu. Memasing muka dah kodok  je muka memasing sebab dah lapar. Hahaha. In between tu, I kasik la air and kek gula hangus dari Huda untuk isi perut. Dah siap je kelas, memasing serbuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu makan. Yer la. Duduk dah lama, aircond pulak sejuk mana la tak lapar kan? I pon sekejap kang makan brownies Si Haizan. Tau-tau dah sebaris gone OMG. Sapa suruh sedap sangat. Kuih-kuih pon I bedal jugak. Takde sapa tau. I sorang je tau. Masa orang makan, I relax je. Konon macam diet la. Padahal?


Popia Sira Sambal ni dari Huda


Cucur Udang ni pon Huda yang buat. Bapak la sedap woi!


Mee Hoon dari Golf Club


Sandwich also dari Golf Club


 Karipap Pusing also Huda yang buat


Makanan beratur je ni. Diharap semua peserta dapat besabar. Yang tak sabar I sebenarnya. Hahahah.


Cantik dah Haizan after make up. Muka dia memang flawless. Dengar cerita dia pakai ANNESURAYA SKINCARE. Cecece. Sapa nak kasik tau haaaa. RM90.00 je satu set 5 in 1 (Sesambil iklan)


Semua dah cantik dah ni.


Miamor Syira, half done. Half done pon dah cantik.


Dari kiri : Anny, Linda, Iman, Huda and Siti Nohaliza. Besar benar I bila berdiri sebelah Huda. Dah macam Giant!


Ok. Group Photo! Memasing dah cantik dah semua kan?


Untuk Basic Make up Workshop 2.0 kita collaborate dengan KAAY Cosmetics. Fore sure akan jadik lebih meriah. KAAY pon nanti bakal keluarkan lipstick dorang sendiri. So nanti boleh la demo sekali. This time kita punya Fee’s only RM160.00 je sebab kita manage untuk cari tempat yang lebih murah dari last time. So dapat la kurangkan yuran. Kita buat dekat 9Kedondong, Ampang Hilir. Ampang????? HAHAHAHAHHAHA AKU SUKAAAAAAAAAAAA!! Kali ni mana yang tak dapat datang last time sebab ada hal, lepas tu bagi alasan jauh dari KL and tak join jugak memang siap la kena dengan I. I paksa ok? Hahahaha. Jom la join, dapat la kita belajar mekap sesambil boleh beramah mesra. Taknak ke jumpa dengan Kathy Jem Blogger Famous tu? Selalu baca blog, bila ada chance nak jumpa nip on best jugak kan? So, pada sesiapa yang nak join kita punya class kali ni, boleh WhatsApp I terus dekat 012-9184042 untuk reservation ok? Limited seat macam last time. Kita taknak ramai-ramai sangat sebab takot tak boleh nak focus. 

Barisan Sponsor


Jom lekas-lekas book your seat now!

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...