Assalamualaikum..
Sabtu bebaru ni I ada Girls Day Out dengan
Shariffah, Reham and Aina. Patut Hazel join sekali tapi dia tak free so takpe,
next time plan lain. Nama group ni is ‘Hubbly
Bubbly’ inspired by Reham la. Taktau la apa maksud dia tapi kekonon macam
malam berjimba. Berjimba style makcik-makcik. Hahaha. Ni semua plan dah lama.
Kekonon nak girl’s day out. Anak dengan suami tak yah ikut. Plan citer nak
gempak je. Nak makan, lepas tu nak dessert, lepas tu nak tengok live band, nak
lepak macam zaman dahulu-kala zaman muda remaja tapi sudahnya pukul 10.00pm
Aina dah menguap. Acane? Masa nak balik pon I tanya Reham, ‘So, this is it?’ Lepas tu semua gelak-gelak je. Ongtue cenggini
la, pukul 10.00pm dah tingat bantal. Hahaha. Takper la, ni baru vol 1, nanti
vol 2 kita plan lain la. Movie ke, karaoke ke, gittew. Shariffah tu masa cakap
maybe next time kita try Karaoke pulak terus dia cakap, ‘Redbox buffet is nice’. Tetap subject dia ialah makan. Hahaha. Memula
Shariffah cakap nak dinner dekat Greenhouse je sebab ada makan, boleh coffee
and dessert semua at one place. Tapi I taknak. Noooooo Greenhouse. Nooooo.
Meroyan la kalau makan dekat situ sebab dah terlalu kerap makan dekat sana.
Sampai Supervisor dia yang nama Henry tu tetiba dah jadik kawan Mr David. Bincang
punya bincang sudahnya makan kat La Risata. Ampang jugak tapinya T___T Baru
ingat nak makan kat area Bukit Bintang ke or yang jauh dari Ampang tapi tu la
kan, Ampang People macam dah stuck here probably forever la kot. Redha je la
Mak Jemah. Haha.
Dari
kiri : Aina, Shariffah, Reham and Maya Karin (harini up sikit, biasa Siti
Nohaliza)
Theme
: Black with accessories. Gitew. Keluar outing dinner pon ada kaler tema. Punya
besungguh. Click read more for full entry.
Mr David husband Shariffah busy body je tanya
kitorang nak lepak mana. Nanti later dia datang la dengan Rayyan, Sazli and
Shein. Terus kena protes dengan kitorang. Whyyyyy you guys want to follow? This
is girls plan. Lepas tu memasing senyum je tayang gigi. Hahaha. Sebok kan? Ni
pempuan-pempuan punya hal je la. Sazli pulak masa petang tu dia tanya nak makan
kat mana, bila I jawab La Risata dia ketawa je sebab kata dia dekat sangat.
Shariffah tu seberang jalan dah sampai La Risata. Kata dia nanti later dia datang la dengan Shein naik
scooter. Hahahaha. Lepas tu I cakap kitorang nak makan sekejap je lepas tu nak
pergi lepak tempat lain. Poooon sebok nak tau. Hahaha. Bukan apa pon tu, saja
la menyakat isteri. Semalam I dengar Mr David cakap pada Sazli, ‘Sazli, Mr Lee I (Hazel Husband) is missing
you. We should plan a meet up. Are you free tomorrow? (harini la)’. I yang
jawab, Isnin I penat, nak tido awal. Lepas tu Mr David tak putus asa, ‘Tuesday then’. HAHAHAHAHA. I cakap,
jangan la tanya I nak lepak bila. You guys lelaki-lelaki plan la lepak sama. Kitorang
tak kisah. Perempuan time weekend bizi la nak buat kerja rumah. Macam I ni,
masalah kain memang takkan selesai FOREVER. Lepas kain, kain. Ni tetiba ada
mood nak sort out baju bajan yang dah tak pakai. Ok sambung citer makan.
Carpaccio
Manzo nama dia. Sedap! Ni I boleh makan sorang and habeskan. Hahaha. Sebab
sedap. RM26.00
Yang
ni my favorite. Spaghetti ala risata. RM39.00. Portion dia besar and banyak.
Makan 3 orang pon boleh. Tapi sementara nak sampai pinggan orang yang ketiga,
dia makan kulit kupah je la. Hahaha
Penne
Pesto. Pon sedap. RM35.00
Macam
sedap sangat pulak. Biasa la I jenis kalau makanan orang tu rasa macam extra sedap.
Cuba order sendiri takde der dia nak sedap.
Insalata
D’anatra. Tu kalau dalam bahasa Itali. Kalau dalam bahasa Melayu nama dia akan
jadik Duck Salad. Tp tu English. Haha. Salad itik. Sedap! Combination manis,
masam semua bergabung meletop dalam mulut. RM26.00
Pizza
Pesce Affumicato stsu Smoke Salmon Pizza. Sedap! RM42.00 harga beliau. Pizza
dekat sini semua sedap. Dekat Alexis pon sedap. Ishk tingin pulak Pizza
cendawan dekat sana.
No 16, Persiaran Ampang
55000 Kuala Lumpur
Tel : 03-42526269
Siap makan dekat La Risata kitorang terus ke
Pavilion pulak sebab nak makan dessert. Yang dekat La Risata ni dessert dia tak
menggairahkan sangat. Masa nak pergi Pavilion tak boleh nak decide mana nak
makan. Takper, naik kereta dulu later kat Pavilion kita decide. I dengan
Shariffah and Aina dengan Reham. Sampai Pavilion memula nak makan dekat Ben’s,
tapi queue panjang. Lepas tu nak makan crepe dekat depan Ben’s tu tapi tak
jadik jugak. Tak ingat sebab apa tak jadik. So terus ke TGI Fridays tapi
parfait yang mini tu dah takde so terus la ke Franco. Kata Shariffah sedap
jugak dessert dekat Franco. I tengok dekat Pavilion pon dah ada Serai.
Spaghetti Carbonara dengan Pavlova Serai ni pon sedap jugak tapi takpe, next
time pulak kita makan dekat Serai. Jumaat lunch ni ke? Kaaaaaan? Tapi Intan
takde. Dia pergi Langkawi.
Reham
and Aina. Reham ni Mak nye Si Salma satu sekolah dengan Shein. Orang Jordan.
Lurus giler orangnya. Kalau cakap apapa pon dia percaya je. Haritu Si Reham nak
kirim passion fruit dekat Mr Lee melalui Shariffah. So Shariffah tanya la,
passion fruit nak flavor apa? Lepas tu dia tanya, ‘Passion fruit got flavor?’ Hahahahaha. Lurus sangat.
Shariffah
and Maya Karin
OMGGGGG
teringat pulak. Ni nama dia Chocolate Soufflé. RM19.62
Berries
Cheesecake Parfait. RM14.91. Pon sedap
Franco
French Toast. RM16.79
Sedap dessert dekat Franco ni. Nanti boleh la
datang makan for dessert dekat Franco Avenue K pulak. Korang kalau ada tempat
makan yang sedap nanti suggest la dekat I. Kekadang tingin jugak nak makan yang
sedap selain yang biasa makan. Tapi nak yang sedap la. Yang biasa-biasa taknak.
Kalau boleh yang area Ampang je. Hahahaha. Masa dekat Franco, I tengok orang
macam takde. Kitorang je 4 orang. Macam sewa satu restoran pulak rasa. Dekat
sini pon banyak lagi dessert sedap I tengok. Soufflé tu Green Tea pon ada. Next
time kena try yang tu pulak la. Yang lain-lain pon tengok gambar macam sedap.
Hadddddddoi. Dah tingin pulak.
Sebelum
balik, ambik gambar dulu la depan restaurant. Baju dah sama tema dengan
dinding. Nice one.
Sebelum
balik, mintak Shariffah ambikkan gambar. Malu kat oghang amek gambar tetengah
jalan. Masa dekat Pavilion ada la bump dengan blog readers tapi biasa la kan
korang ni, bukan nak tegur. Nanti dalam IG baru komen cakap nampak. Next time
kalau jumpa kita beramas mesra ok? I tak gigit orang. Hehe.
Dalam 10.30pm kitorang dah gerak meninggalkan
Pavilion. Nak beli roti dekat Lavender pon semua dah habes. I sebenarnya roti
ni, makan tak berapa suka tapi suka beli. Kekadang membazir macam tu je sebab tak
makan tapi sukaaaaaaaaaaaaa roti. Ingat nanti nak belajar la buat roti. Kena mintak
Sazli provide oven besar yang belakang dia ada angin/kipas macam Huda punya tu
(Alasan nak overn besar). Sebulan sekali boleh la sedekah dekat sesapa. Seronok
jugak macam tu kan? BTW, korang tau tak ada pembuat roti yang jenis masa malam
kita masukkan tepung, yeast, air semua lepas tu nanti bangun pagi, roti dah
siap jadik and boleh makan panas-panas. Macam magic. Rasanya ada I terbaca
dalam FB dulu tapi macam tipu je. Masukkan tepung tetiba esok jadik roti. Hahaha.
Anyway, I had a great time with them. Nanti next time boleh keluar macam ni
lagi. Tq pada semua suami-suami kitorang yang bagi izin untuk keluar macam ni.
Suami-suami kitorang pon kenal each other, anak-anak pon memasing satu sekolah.
Senang. Tapi gitu je la kan? Circle dekat situ je la. Hahaha. Till next Hubbly
Bubbly!
Franco
Franco Pavilion
Lot 6.01.4
No 168 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala
Lumpur
03-21100236
-eNd-
2 comments:
ada la kak su.. namanya breadmaker.. malam ni masuk segala tok nek tepung, yis apa ke jadah.. besok pagi bangun rumah semerbak bau roti tau.. wangi...
breadmaker...biasa lm 2-2.5 jam cmtu siap..kalo nk tdo...set delay time je lah...nt kul 3-4 pagi dia start buat..kul 6-7..dh siapppp..hahaha
Post a Comment