Tuesday, February 21, 2017

SaufiVille CNY Holiday - Part I (Nero Bianco Deli)

Assalamualaikum

Masa cuti CNY haritu, kitorang pegi ke SaufiVille Resort dekat Janda Baik. This time pergi 2 hari 1 malam je. Memang purposely cari tempat yang dekat-dekat sebab malas nak drive jauh-jauh. Korang pon yang mana duduk KL ni and rasa macam ada limited time untuk holiday jauh-jauh boleh la carik memana resort jenis Villa macam ni. Ada melambak ok? Yang dekat KL area pon ada. Rawang pon ada. Semua dekat-dekat je and affordable pulak tu. Ada yang mahal, ada yang murah. Pepandai la carik. Dekat Airbnb pon ada banyak. Best jugak sebenarnya sesekali keluar dari KL and paling best rupanya kurang dari sejam drive dah sampai tempat yang back to nature macam kawasan Janda Baik ni. Ada hutan, air terjun and resort. Ni kalau naik Electric Scooter Si Sazli pon layan jugak ni. Pakkal la tak muat sumat dalam bonet, kalau tak memang dah angkut. Seronok time cuti  ni dapat kumpul macam ni dengan familiar faces. Cuma yang tak best is SaufiVille itself la. Ada a few menda yang tak best dengan tempat ni. But nanti later I share ok? Later tu taktau la bila hahaha. Maklumlah Siti Nohaliza kan bizi menyelamatkan dunia sebab dia Power Rangers Kuning? Kitorang pergi 4 family. Family I, Aina, Shariffah and Reham family plus in-law Reham. Sebelum cerita and share pasal SaufiVille ni, macam biasa kita layan cerita makan dulu la. Ok? Maklumlah blog ni cerita makan je yang tak controversy. Kah kah kah. 


Nama restaurant ni is Nero Bianco Deli. Dekat tepi jalan menuju ke SaufiVille. Cool la tempat ni. Nampak lain dari lain.  Ni dorang berborak dengan brother yang bukak Archery dekat belakang restaurant ni.



Abang rambut panjang owner tempat Archery tu dulu kerja KL. Born and raised in KL sama la macam owner restaurant ni. Nanti at the end of the entry I share gambar owner Nero Bianco Deli ni. Dorang memang suka Janda Baik and memang nak settle down dekat sini. Rumah dekat KL ada tapi balik sekali sekala je sebab dorang prefer nature macam ni. Beli tanah, bukak restaurant and tempat archery. Katanya lebih damai sebab jauh dari hiruk pikuk kota yang menyesakkan. Gittewww. Sazli pon kemain rancak berborak dengan brother Archery tu. Kata Anis (husband Aina) sama-sama rambut panjang memang boleh ngam. Tengok la Sazli, Mr David and brother Archery tu. Hahahaha. Betul la! Dekat Nero Blanco ni pon ramai la rider punya geng lepak yang jenis bawak motor besar Harley tu. Sabar je Sazli tengok sebab dia memang suka Harley. Mana la tau nanti ada rezeki boleh own Harley one day. Mr David paling tak setuju kalau Sazli cakap nak ride Harley. Hahaha. Safety reason kata dia.


Dekat belakang tu (yang Shein tengah tengok) is tempat Archery. Tapi kitorang tak pergi pon. Lepas makan, terus check in ke SaufiVille.


Safiyya (anak Aina), Salma (anak Reham) and Rayyan (anak Shariffah). Yang sebok dengan sword dekat belakang tu is Shein Iskandar (anak Sazli). Haha.


Kids suka la dekat sini. Boleh main lari-lari sebab kawasan lapang. Belakang sikit dekat belah sana ada pokok kantan. Nampak kan? I tengok ada a few bunga kantan yang dah kembang. Teringat dulu Hui cakap Bungan Kantan as Bunga Kelantan. Hahaha.


Abang Archery ni melayan la the kids with palang ni. Tak ingat pulak apa nama dia.


Hello Mr Shein! Sebok la dengan  pedang dia. Dah la bising bunyik menda tu. Ceng ceng ceng. Bila la bateri nak habes. Last time I letak dalam kereta, asal terhentak sikit berbunyik.

Bagi I, makana ndekat Nero Bianco ni sedap! Sesuai dengan harga dia. Untuk tekak I is ok la. But untuk yang tak kuat masin, steak yang I order tu probably ada masin sikit. Sikit jeeeeeeeeeee. Best sebab boleh mintak medium rare. Kekadang ada western restaurant yang tak boleh mintak macam ni. Steak tu memang sedap, gravy dia pon sedap but if dia kurangkan masin dia dah perfect dah. Banyak pilihan makanan dekat sini dari Steak, Chicken, Lamb, Snacks and Pasta. I tried all and semua pon sedap. Portion pon just nice. Boleh customize as well. Mr David kan very particular bab ingredient and bahan-bahan perasa ni especially for the kids. So masa dekat sana, Mr David mintak buatkan Olio for kids and semua pon dapat habeskan. Dengan Salad semua habes licin. Takot la tu. Hahaha. Padan muka. 


Olio for the kids. Garlic, veggies macam carrots and celery lepas tu spaghetti and sprinkle dengan cheese.


Yang ni Lasagna. Tak ingat la sapa punya, tapi sedap. Semua pon sedap ko ni kan Suraya?


Ni Sazli punya, Burger amenda entah.


Grilled Chicken


Ni pon Grilled Chicken kot? Lupa dah. Hahaha.


I punya Steak. 


Ni Menu and harga. Tak la mahal sangat. Rib Eye baru RM28.00 


Chicken chop pon baru RM10.50. untuk portion macam tu, siap ada mash potato dengan coleslaw dah more than kenyang pon.


Ni antara quotes yang ada dekat Nero Bianco. I suka yang ni. Hahahaha.


I’LL NEVER DIE. Immortal ke? Amboi.


Kesian. Hahaha.


Amboi kemain kan I ambik gambar dengan Mr David? Haha. Yang pakai cap tu is Anis husband Aina. 


Yang duduk belakang sekali tu la is Nero Bianco owner. Dia dulu chef dekat 5 star hotel mana entah. Semua pon lupa. Dah tuweeeeee. Reham, Mr Mohammad, Mr Mohammad parents and Haiya tak ikut lunch ni. Kitorang tapaukan aje untuk dia. Dorang tunggu dekat SaufiVille. Actually dah boleh check in but Villa helper tengah kemas rumah sebab ada one family baru siap check out.


This is how Nero Bianco Deli look like. Tepi jalan je. So kalau korang datang Janda Baik, jangan lupa singgah dekat Nero ilanco ok?

If ada masa boleh jugak try archery tapi trip ni sekejap je 2D1N je. InsyaAllah next time kalau ada kesempatan kita datang balik Janda Baik and plan for the next vacation. Dekat je pon dengan KL. Sekejap dah sampai. I pon suka Janda Baik. Shein pon suka. Nanti next entry I cerita experience I kutip buah Markisa/Passion Fruits pulak ok? Cuaca dekat SaufiVille ni pon best. Tunggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu (tunggu la sampai berjanggut kah kah kah)

Nero Bianco Deli
Kampung Janda Baik
28570 Bentong, Pahang
017-8813450
Operation hours : 11am – 11pm

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...