Tuesday, February 14, 2017

Lauk Pauk Punya Banyak Sampai Entry Cecah Ke Lantai. Haha.

Assalamualaikum..

Tabah ajer la dari semalam sampai harini, Siti Nohaliza korang ni tak abes-abes dengan cerita makan. Hahaha. Naseb baik la badan menten je dengan hasil memakai Corset dari HOUSE OF CORSET. Sabtu Ahad dekat kampung kita bedal makan sesuka-suki lepas tu Isnin-Jumaat pakai corset pergi kerja. Setel badan tak naik. Isnin – Jumaat elak la makan manis, elak nasik semua. Control portion. Sabtu Ahad bedal la makan banyak mana as a reward. Ok? Sapa nak harga kasih sayang, WhatsApp I dekat 012-9184042 ok? Tengok la level bodek korang tahap mana. Manaaaaaaaaaa la tau I kasik sampai RM100.00 sehelai kan? Hehe. Ok, back to cerita makan.

Weekend bebaru ni I balik kampung. I bawak Encik Ahmad pergi pasar malam dengan Mak. Mak pulak beli ketam (kan dia excited nak bagi anak makan sedap bila kat kampung?) and I pulak lupa ketam and udang ni air dia kalau menitis dalam bonet memang bau bangkai. Haritu masa I potluck dekat rumah Reham nak masak Sambal Udang Petai so beli la kat kedai Usop lepas tu air menitis dekat alas bonet. Sudahnya kereta 3 4 hari bau busuk giler. Habes segala arang, roti I letak dalam bonet hatta lepas cuci pon kereta semua still bau busuk. Lama jugak nak hilang. Masa dalam kereta dah start berbau. Hadoi. Tak cukup dengan bau busuk kena pulak kencing dengan kucing. Kisahnya Si Sazli pon anginkan kereta. Dia bukak la semua bonet, pintu semua. Seeeeekali masuk pulak kucing pelarian kencing dekat carpet seat depan package dia cakaunya leather seat OMG ni macam double trouble punya problem ni. I rasa bersalah giler. Tapi Sazli cool je handle. Dia cakap takde rezeki… Seat tu dia dapat tempat yang boleh tukar bahagian yang calar je. Kena buat la jugak sebab sakit mata memandang kan?


Sebelum sambung cerita, nah I belanja Ketam Masak Lemak Cili Padi yang GF I masakkan ni. Bapak la sedap ok? Kuah dia kalau tak habes jangan dibuang. Boleh panaskan lepas tu pecah telur pulak. Nak sedap, carik telur Itik. Samadengan PENGSAN.
**Click Read More For Full Entry

Ingatkan setel la setakat tu. Kereta bau busuk air ketam, kena kencing dengan kucing and kena cakar kucing dekat leather seat. Tak ye? Balik dari dinner dengan Shariffah and Mr David, sebotol pulak air mineral tumpah dekat kaki seat belakang so dah jadik kolam dah En Ahmad. Masa Sazli bagitau, Tak tau nak gelak ke nak nanges. Rasa bersalah tu bertambah-tambah bila Sazli sikit pon takde komplen or marah. Body language tu ada la lain tapi I agak tu sebab I sendiri rasa bersalah so bila dia marah Shein masa Shein tak duduk diam dalam kereta, I assume dia marah sebab kejadian kereta ni padahal tak pon. Biasalah orang dah bersalah memang macam ni kan? Hahaha. So masa dinner dekat rumah Shariffah I cakap pada semua orang, ‘Please finish this Ketam Masak Lemak. Ketam Masak Lemak is not the story but the whole story is about the incident because of these ketam’. Hahaha. Drama kan? Padahal ketam je pon. Moral of the story is, kalau lepas ni nak pergi pasar and beli haiwan-haiwan semua ni, kena letak tray, besen dalam bonet so that nanti air tu tak meleleh kena dekat kereta. Ok? Haritu setel la sebotol Febreeze sembur nak kasik hilang bau. Sebetol tu sebab Shein take over kerja menyembur. Habes semua lantai, pokok bunga pon dia sembur dengan Febreeze Mak.

Bila suruh stop dia buat dek je. Bila tanya ‘Shein do you understand or you just stubborn?’ Dengan muka tak bersalah Si Sendong korang jawab, ‘Just Stubborn’. Hahahahahha. Nak marah pon ada, nak gelak pon ada. Macam pagi tadi sebok I nak bersiap pergi kerja, dia dah bangun. Lepas tu sebok la nak macam-macam. Dia nampak Cream Puff atas meja, dia makan roti je. Cream dalam tu dia tak makan. Berlemus la tangan. Tetiba dengar je bunyi dia tarik kerusi lepas tu bunyi air. Ooooo basuh tangan sendiri. Yang tak tahan show off giler. Siap basuh tangan, dia datang dekat I lepas tu cakap, ‘Mama? Pandaaaaai!’ Hahahahaha. Puji diri sendiri pon boleh Shein. Mama tak salahkan Shein la sebab Mak engkau pon jenis mengaku diri sendiri Siti Nohaliza. Hahahahha.


Ni Ikan Patin Goreng. Favorite Si Sazli ni. If balik Jengka, pergi pasar malam wajib dia mintak ni. Mak siap garam kunyitkan ikan ni. Later sampai rumah Shariffah kita tinggal goreng je so dapat la makan yang panas-panas. Sedap ok?


Ikan Kembong Masak Asam Pedas campur Bendi.


Kailan Sotong. Resepi boleh tengok dekat sini.


Ni Shariffah masak. Ayam Goreng Kunyit.


Sambal Tumis Mak. Ni WAJIB each time balik kampung. I memang mintak Mak masak. Sebab dia masak sedap J


Ikan Jaket Sumbat curah Cili Kicap. Lunch, I makan ni je. Tak makan nasik sebab I jenis lambat hadam. Sehari only sekali heavy meal. Sebab nak early dinner dengan Shariffah so tengahari kenot take rice lah.


Ni la Ikan Cencaru Sumbat. Ni I yang buat ni. Resepi : Lada kering 10 tangkai, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, serai, air asam jawa, gula and garam. Blend hancur semua tapi jangan banyak air. Sumbat dekat Ikan Cencaru belah belakang ni and goreng. Siap! Memang sedap and layan giler. Kalau ada Lengkuas lagi sedap tapi takde pulak lengkuas kat rumah Mak. Shein suka Ikan cencaru ni. Kata dia, ‘Dinosaur’. Hahaha. Beria marah masa I cakap Fish. Shein tengok mulut ikan tu ngeri je, tu dia cakap Dinosaur.


Ni Buah Bidara yang tengah viral sekarang ni dalam FB. I beli dekat Pasar Malam juga. RM12.00 sekilo. Rasa macam combination Apple Hijau dengan Buah Jambu Batu. Sedap! Rangup. Tak masam at all.


Kicap + Bawang + Cili ni favorite si Sazli. Makan dengan Ulam. Jangan perah limau nanti jadik cair pulak. 


Sambal Belacan ni Shariffah punya. I suka Sambal Belacan dengan Limau Kasturi.


Punya banyak makanan dah macam buffet Ramadhan dah. Haha. Tu pon Mak offer nak masak Tempoyak Ikan Patin and Goreng Ikan Pekasam. Ko dah kenapa Mak? Hahahaha.


Tu ulam-ulam tu request by Mr David. Dia memang really appreciate ulam. His favorite. This time ada Daun Selom, Ulam Raja, Petai and Jering Muda. Now I enjoy makan ulam lebih lagi selepeas kenal Mr David. Sedapnyaaaaaaaa!!

Semua ni kitorang makan habes ok? Hahaha. I pon memang balas dendam makan and cakap nak take my own sweet time makan semua ni. Slowly makan sebab nak meniqmati semua makanan yang ada atas meja. Semua orang makan selera. Shein pon hebat, makan sendiri je takyah bersuap. Takot dengan Mr David la tu. Hahahaha. Sazli je yang tak makan nasik. Dia only makan lauk-pauk je. Tahan pulak tu godaan dia. Siap makan Shariffah serve pulak English Tea. I memang suka tea dari coffee. Favorite is tea dengan Mint Leaf yang fresh tu. Buat manis-manis buah. Sedapnyaaaaa. Dulu masa kecik-kecik air tu letak atas piring lepas tu baru hirup dari piring. Now dah besar takde la buat macam tu lagipon malu la kat oghang. Haha. Esoknya saiko masuk oiffice terus timbang lepas tu meroyan dekat Ain. Masa makan tak sedar diri. Haaaaaaa tapi takper. Jangan risau. Weekend kita makan je. I nak jugak rasa nikmat makan. Dah kalau semua tak boleh makan baik mereput dalam jamban. (Tetiba emos).

-eNd-

No comments: