Monday, February 13, 2017

Resepi Sayur-Sayuran SEDAP!!

Assalamualaikum..

Stressed pulak rasa bila Sazli tengah diet tak makan nasik ni. Dia punya willpower memang level power rangers merah la. Memang tahan godaan. Dia cakap February ni is NO RICE MONTH. So far dia dah 13 hari tak makan nasik and survive. Malam pon dia tak makan and dah start jogging balik. If dia lapar pon dia akan makan light je. Tahan godaan pulak tu. Weekend ni segala lauk pauk hebat terhidang depan mata sikit pon dia tak heran. Dengan ketam masak lemak cili api, sambal belacan semua haaaaram dia nak sentuh nasik ok? Makan la ulam cicah sambal belacan and cili kicap tu ha. Kalau I orang tanya confirm ke taknak makan nasik ni? Tanya sekali I tolak, tanya dua kali I diam, tanya 3 kali dah, meh la nasik. Gua tak tahan. Hahahahah. Sazli takde. Kalau dia cakap No Rice maksudnya memang no rice. Ko buat la tiger show depan dia takde der dia tergoda. Ni ada lagi 15 days to go. Selamat berjaya diucapkan. Kalau Sazli berjaya one month without rice, I memang salute la. Untuk orang yang nak diet and tak makan nasik ni mental kena kuat. Akan ada yang cakap, ‘Ala, tak makan nasik tapi you makan carbs lain, ambik air manis, makan mee goreng semua sama jugak calories intake u. Salah ni diet u. Makan je la nasik’. No. Jangan pedulikan. Bab salah diet, calories intake sama dengan nasi ke tak, itu jatuh nombol dua. Yang penting sekarang is keeeeeeeeeeeeeeeeena elak nasik. So bersempena dengan suami taknak makan nasik maka beliau request untuk I buat sayur. Salad ke apa terpulang. I offer nak gorengkan sayur sedap-sedap bila Sazli mintak nak makan kangkung rebus je. Alahai kesian. So dipersembahkan 3 jenis resepi sayur goreng yang not so healthy but InsyaAllah sedap!


Kailan Sotong ni improvise dari resepi Ain. Ain buat simple je tapi biasalah aku taknak kalah. Mesti nak lagi sedap. Hahahaha. Tengok gambar dah tau sedap. (Memang pon)
**Click Read More for Full Entry


Cara-cara dia senang je. Memula sotong tu matikan air dia dengan cara masukkan dalam kuali and lepas tu dia keluar air kan? So air tu korang buang, ambik sotong je. Nak kasik rasa smoky poyo bawang putih ala-ala Cozy House yang poyo, korang kena goreng bawang putih sampai garing and ketepikan. Dalam 6 ulas macam tu. Bawang putih untuk tumis sayur lain ok? Yang tu korang hiris bawang putih, bawang merah and ketuk cili padi. Tumis bahan-bahan ni lepas tu masukkan batang kalian. Sampai la batang kalian tu lembut. Lepas tu masukkan ada 2 sudu sos tiram dan 2 sudu kicap manis. Garam dalam setengah sudu kecik and gula dalam 15 butir (kah kah kah). Lepas tu masukkan sotong and daun kalian. Siap! Cepat-cepat matikan api nanti overcook pulak. Eh? Dah tutup api baru masukkan bawang putih goreng garing tadi. Nak berkuah letak la air sikit. OMG Sedap gileeeeeeer!! Bukan la nak puji diri sendiri masak sedap tapi serius ni memang sedap. Hahahahah. Ain sah-sah berbulu je baca ni.



Ni yang Ain masak. Tak sangka Ain pandai masak.


Ni resepi dia. Orang cakap kacang = senang dia pergi cakap kacang takde. Ngek.
Ko tengok dia save nama I apa? 'Suraya The Boss' T____T


Yang ni pulak Garlic Kangkung. Ni I masak Sabtu haritu. Resepi sama macam Kailan Sotong. Pon sedap wei.

Untuk yang suka makan Kangkung Goreng Belacan I nak suggest, korang try la masak garlic ni. Lagi sedap wei. Sungguh! Ada yang suka letak belacan jugak dalam resepi ni tapi acu terai masak macam resepi I ni. Sama macam resepi Kailan Sotong. Seeeeeeeeeeeeeeeeedap! Bak kata Jalaludin Hassan. ‘Saya bagi 5 markah!’ (Padahal patut 5 bintang). Hahahahaha. Memacang perangai ongtue. Jalaludin Hassan ni pon kelakar jugak haritu masa dia jadik pelakon undangan waktu Sepahtu Reunion tu. Dah la asyik salah skrip. Geram nak tunjal. Ok back to resepi kangkung garlic ni, sotong I tukar dengan ikan bilis. Nak pedas cili letak lebih. Memang sedap. Sazli pulak kalau I masak apapa, semua pon sedap. Lepas tu pesan nanti masak lagi ye Mama? Thank you Mama, sedap sangat. Papa suka. Iyerlaaaaa. Hehe.

-eNd-

1 comment:

Sheila Adziz said...

sedapnya kailan sotong tu sis:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...