Assalamualaikum..
I kan, kalau pergi carnival makan-makan, I agak I
ialah diantara yang banyak spend duit.
Sebab I jenis tak boleh nak tengok makanan. Asal nampak sedap beli je. Padahal nampak
sedap bukan tentu sedap. Macam tadi dekat carnival usahawan offce I ni, I tengok
gambar Banana Shake dalam botol nampak sedap, sekali order rasa kelat esen
vanilla. Sendawa pon dah bau vanilla. Kaklong lagi bongok, ‘Kenapa air nenas ni tadi aku rasa macam pisang?’ Dah kata Banana
Shake, celah mana nak rasa nenas entah? Bila orang cakap, ‘La memang la rasa pisang sebab BANANA SHAKE’. Lepas tu dia cakap, ‘Lain kali cakap la pisang. Eeeee kenapa ko
bagi aku air pisang? Uweeeek!’ Hahahaha.
Ko kenapa Kak? Mabok ke? Shein pon tau BANANA = PISANG. Hahahaha. Dulu masa
bujang I duduk dekat Setiawangsa. Bazaar Ramadhan jalan kaki pon dah sampai.
Hari-hari penuh tangan kiri kanan dengan makanan yang end up masuk tong sampah
tapi tak pernah serik sebab esok akan beli lagi. Bukan apa, nak cari yang
berkenan dek tekak bukan senang. Tu yang terpaksa beli hari-hari (alasan). Kata
la kalau I dah jumpa yang jual sedap atau memenuhi kriteria, memang yang tu je la
I ngadap sampai ke sudah. I akan beli yang sama je. Macam kalau bulan puasa
kan? I akan berbuka dengan air cincau sahaja. Kedai yang sama. Pernah la tukar
minum air lain macam katira kan? Tapi lepas tu menyesal tak minum cincau.
Sebesar-besar
Food Court Pavilion, 8/10 visit, I akan makan Char Kway Teow ni. Selebihnya
Yong Tau Foo atau Ayam Penyet. That’s all. Padahal Food Court Pavilion ni
punyer la luas.
Sama jugak kalau makan dekat restaurant, I akan
order yang sama je. Macam hidup takde variety tapi kalau I pilih yang lain, if
tak sedap nanti mula la menyesal. Sama macam konsep makan dekat VS haritu.
Menyesal ambik Ribeye. Kalau dekat Pasar Malam dekat Jengka pulak, I akan beli
Coconut Shake, Sata dengan Keropok dekat tempat yang sama je. Makanan lain
pulak tengok lah kalau ada mood and nampak sedap baru beli. Tu jadik macam tu
sebab tempat dah familiar. Cuba ko kasik tempat baru, memang balik penuh la
tangan kiri kanan dengan makanan sahaja. Konsep dia, beli dulu. Makan atau
tidak tak payah fikir. Tapi tu la, membazir amalan syaiton. Masuk dalam peti
ais lama-lama pon InsyaAllah akan berkesudahan di dalam tong sampah. Susah kan
nak cari makanan yang sedap sama macam kita expect? Kekadang menda simple macam
Air Mango kan? Pooooon ada jugak yang tak sedap. Tawar la, tak pon paling busuk
owner restaurant blend dengan kulit-kulit yang hijau tu.
Dekat
Dotty’s ni pulak I datang untuk meeting dengan Anny je (sekadar gambar hiasan)
Haha.
Dulu suka la dengan dia punya Salted Egg pastries.
Yang donut tu macam manis sangat pulak. I suka dia punya croissant, tapi now
croissant dia dah tak buat dah. Si Anny suka je. Setiap kali datang dia akan
order Salted Egg Doughnut dengan Salted Caramel Doughnut, coffee dua cawan, air
kosong 2 cawan. If breakfast pulak dia
suka egg benedict. Sekali makan I suka, dua kali makan dah muak. Si Anny pulak
boleh makan ratus juta kali egg benedict dekat sini. Dia tak kisah. I pulak
memang order hot chocolate je. Pastries dia dah lama tak makan. Kata Anny, dia
la paling bahagia dengan makanan dekat Dotty’s ni while I pulak krik krik krik.
Sebab tu la kalau cakap bab makan ni susah nak cakap. Ada yang kena dengan
tekak kita, but ada yang tak. Ada jugak café yang I sampai taktau nak order apa
sebab rasa macam semuanya tak best I. Semalam I makan Tortilla Chips dengan Guacamole
dekat Juan Valdez Intermark, Jam tu la tekak nak makan Tortilla Chips dengan
Salsa. Naseb baik la dekat Intermark ada Jaya Grocer so boleh beli terus Salsa
and malam tadi jugak, bersila depan tv layan makan Tortilla Chips and Salsa.
Terfikir, boringnya hidup orang yang makan Tortilla dengan Guacamole tapi
sebenarnya orang yang suka Guacamole tak suka pon salsa and cakap sapa makan
salsa hidup dia boring.
(Untuk Mak, nanti minggu ni Not tunjuk apa tu
Guacamole dengan Salsa ok? I tau you nganga je baca entry ni sebab tak faham
apapa. Ok la I letak gambar bagi you paham ok? Sweet tak I?)
Ni
Tortilla Chips. Sebut dia tor-ti-ya. Asal dari Mexico diperbuat dari jagung.
Potong bentuk wedges macam ni. Jenis goreng pon ada, bakar pon ada. Pilih nak
mana satu.
Makannya
dengan Guacamole. Buat dari avocado, tomato, peas, coriander and ada
macam-macam version resepi dia.
Yang
I suka makan tortilla chips ni dengan salsa. Salsa ni masam+pedas baru la
layan. Buat dari tomato, cuka, pickled pepper. Sebab tu rasa dia masam+pedas.
So senang cakap, makanan ni apa yang kita suka
makan belum tentu orang lain suka makan. Topic makan tu pon dah global sangat
dah. I kalau berborak dengan orang yang suka cakap pasal makanan boleh layan
jadik geng terus la pendek kata. Hahahaha. Semenjak Mr David cakap pasal
keburukan MSG, Oyster Sauce, Process Foods ni I jadik seram dah tengok kalau
orang masak pakai banyak bahan perisa and oyster sauce. Sebelum tido, I suka la
layan video masak dekat IG (orang sebelum tido baca quran, ko layan video
masak). Tengok ada sorang wife celebrity ni suka masak tapi setiap masakan dia
wajib letak sos ikan, sos tiram dengan kicap. Wajib. Hatta dia masak lemak
kuning udang, sambal ponnnnnnnnnnn dia letak sos tiram and kicap manis.
Whyyyyyy???? I cannot brain this.
Ok
last but not least, jangan lupa untuk join kelas BASIC MAKEUP WORKSHOP BY ANS
BEAUTY AND KAAY COSMETICS OK? Masih ada seat but very limited. Apapa WhatsApp
012-9184042. RM160.00 je untuk belajar dapat ilmu, dapat product bernilai lebih
RM150.00 and hi-tea + jumpa Siti Nohalijah.
-eNd-
2 comments:
Mcm tau je sis wife celebrity tu. i pun cannot brain sejak menjak start eat clean ni. Yg i penah tengok dia letak sunquick dlm one of the menu. Baik pakai braggs liquid aminos tu instead of sos tiram. Tapi suka la tgk dia masak2 sbb ketagih tgk vid org masak2 ni
bini celebrity=bini fad bocey kan kak su?hahahaha
Post a Comment