Monday, February 27, 2017

Shein and Barber Ampang Jaya

Assalamualaikum..
Hari Sabtu haritu kitorang potong rambut Shein. Potong tu sebenarnya trim depan supaya kalau Shein nak melihat tak payah la dia selak rambut dia. Kalau dia selak depan tu I tengok macam Dr Rozmey pon ada dah. Macam langsir kena selak tu. Haha. Macam tu la ghupernyaaaa Shein, iyan iyer. Yang trim depan tu potong straight macam Abu Bakar Ellah tu ha. Lepas tu belakang takyah nak beria layered ke apa. Sikat letak air kasik basah lepas tu potong sebaris je dalam 1 inch. Setel. Kang kalau layered nanti hilang la kenteng dia maka hilanglah identity kenteng Shein Iskandar. Dulu ada la sorang ni nama Latipah (Bukan nama sebenar) tanya I, kenapa potong rambut Shein macam tu? Kesian dia.. Potong la elok-elok. Serius benar soalan dia masa tu. Memula I ingatkan dia memain, tapi muka macam serious je ni. Hahaha. I jawab dengan senyuman je. Alaaaaaaaaaaa comel apa? Biarlah…. Nanti Shein dah besar nanti, I potong la macam David Beckham. Ni kasik la chance dia nak rambut tempurung. Lagipon Shein happy je sebab dia kalau lari suka la libas-libas rambut fe-feeling macam iklan shampoo. Nanti ada chance I ambik video okey? Ni kalau ikut Abah nye Si Shein, memang dia nak biar panjang macam rambut si Merah anak Awie tu. Comel la kenteng panjang macam tu. Rock star woooooo!!


Ni kalau la anak pempuan rambut kenteng ikat macam ni, omelnya la kan? Tu anak rambut dekat bawah tu sebijik macam Abah dia.


Kitorang bawak Shein potong rambut dekat Barber Ampang Jaya ni je. Sebaris dengan kedai Mamak and Dobi. Orang Ampang Jaya sure tau tempat ni. Dekat sini pon Shein ada favorite Barber dia. Sorang Ane ni dari Chennai sana dia datang mari KL kerija potong rambut worang. Ane tu takde paksa-paksa Shein, so dari kecik lagi dia memang dengan Ane ni je la. Dulu ada la kes sorang Ane yang tak paham bahasa Malaysia ni dah digondolkan rambut Shein sampai habes kenteng dia hilang, tak dapat tido kami laki bini malam tu. Hahaha. Tu je la sekali potong dengan dia. Yang lain memang dengan Ane ni je. Sekali potong RM8.00 je. Murah! Shein pon suka. Nanti dia duduk la atas Sazli lepas tu dah boleh start potong rambut. Bebudak ni jangan paksa tau dekat salon/barber nanti dia phobia. Kot dapat anak pempuan takper la boleh simpan rambut panjang, kalau anak lelaki acane? I ada ramai kawan yang anak dia taknak potong rambut dekat kedai. Dapat Mak Pak tangan lembut ok la boleh potong rambut. Dapat yang tak berapa kretif mau tobek rambut. I memang tak pandai nak potong rambut. Potong rumput boleh. Hehe.


Before potong. Shein suka dah sekarang nak potong rambut. Senang bagi kerjasama.


Ok, kita potong depan dulu.


Kena atas dari kening, so makan la 3 bulan baru datang potong balik


Ni la Ane favorite si Shein ni. Muka baik je. Tak cakap banyak pon. Dulu dia ada ramose depan dah macam Jain From Taiping With Love. Now dah takde dah. Taktau kenapa. Haritu nak tanya tapi lupa pulak. Haha.


Sisi, kasik nampak telinga.


Cecece macam ada jambang je dia nak shave.


Amacam, hensem tak?


Suka eh kau Shein? Gigi bawah dah la jarang. Haha.


Ni la Barber tu. Gunting Rambut Jayya nama dia. Bukan every day except for Friday.


Kedai ni nampak je old-school tapi aircond 16 ok? Sejuk macam dekat oversea.

Haritu ada soalan. Shein ada masalah gatal/ruam tak sebab rambut panjang. Kutu ke? JAWAPAN : AL-hamdulillah takde. Kutu ni usually dapat dari nursery or sekolah kan? Tapi bebudak dekat Building Blocks semua ok. Clean and kutu’s FREE so Shein takde masalah kutu lah. Shampoo usually I pakai yang mandian head to toe tu jenis apapa pon tak kisah janji wongi. Lepas tu sebab rambut dia kenteng so I pakaikan conditioner jenis Dalan D’Olive yang Sazli punya tu. Lepas shampoo, letak conditioner and biar seminit dua lepas tu bilas. Nanti wangi je. Kepala Shein pun kalau dari pagi tu pergi sekolah, balik tu cium bau la strawberry lagi. Tapi kalau menjelang malam ada la bau kambeng. Hahahaha. I cuci rambut Shein hari-hari and Shein memang always wangi kalau cium tapi jangan membawak ke malam tak mandi la. Sama dengan kambengggggg tapi still addictive untuk I. Yerla kan, anak sendiri bau kambeng pon ko cakap bau strawberry. Kah kah kah.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...